Thursday, January 05, 2012

uBaT PeNYaKiT dEnGKi..



ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN,

ana teringin berkongsi sedikit ilmu pengatahuan yang ana peroleh daripada majalah GEN Q.sebenarnya majalah ini penuh dengan artikel-artikel yang boleh membantu kita mendalami lagi ilmu ALLAH yang luas itu.tidak salah kalau kita hendak membeli bahan bacaan lain tetapi biarlah kadang-kadang kita keluarkan duit untuk mendapat manfaatnya serta kasih sayang ALLAH.tidak kenal maka tidak cinta bkan?jadi,untuk mencintai ALLAH,kita perlu kenal dulu SIAPA ITU ALLAH?baru kita akan mencintainya sedalam-dalamnya tanpa ada rasa ragu-ragu.semua orang mudah bukan meluahkan kasih dan cintanya kepada ALLAH tetapi sejauh mana ia dapat dibuktikan.tidak mudah bukan.ana menasihati diri ana terutamnya yang terlalu banyak salah.kadang-kadang ana menjadi takut kalau menduakan ALLAH.na'zubillah.jauhkanlah ia daripada kita semua.cinta bersama manusia terdapat banyak rongga-rongga dan peluang untuk kita disakiti dan dikecewakan tetapi berkasih sayang pada ALLAH tidak pernah disakiti dan dikecewakan.itu sudah pasti.berkasihlah kepada ALLAH wahai sahabat-sahabtku terutamanya diriku yang dhoif ini.

kita kembali kepada tajuk yang ingin dikongsi iaitu UBAT PENYAKIT DENGKI :

* SENTIASA bersyukur dengn segala nikmat yang ALLAH s.w.t pinjamkan.biasanya kalau tidak bersyukur nanti ada rasa tidak puas hati tengok kejayaan orang lain.
* SELALULAH melakukan amal soleh dan membantu orang yang memerlukan.biasanya kalau tidak beramal soleh nanti maksiat pula yang datng dekat kita.
* perlu ingt setiap masa bahawa rasa DENGKI itu akan merosakkan amal kebajikan.biasanya kalau tidak ingat begitu nanti kita lebih suka buat maksiat daripada amal kebajikan.
* TEKUN dan BERUSAHA mencari rezeki yang halal.biasanya kalau  kita berusaha untuk sesuatu yang haram nanti kita terjerumus ke lembah hina.
* BERBAIK SANGKA terhadap orang lain dalam setiap tindakan.biasanya kalau kita berburuk sangka nanti orang lain akan menjauhi kita.
* selalulah mengikat SILATURAHIM dan saling BANTU-MEMBANTU antara satu sama lain.biasanya kalau kita tidak buat demikian nanti tiada sesiapa yang mahu berkawan dengan kita.
* sentiasalah MENJAGA perkataan dan perbuatan daripada menginggung perasaan orang lain.biasanya kalau kita bersikap kasar nanti kita akan hilang kawan dan saudara-mara.

wallahualam.selamat beramal..wasalam

2 comments:

  1. betol..
    jgn hanya tau nak dengki jer..
    bsyukur dgn apa yg Allah da bg..
    dan!!
    cinta kpd Allah mmg xkan dkcewakan..
    hehehe..

    ReplyDelete
  2. salam.
    btoi tu btoi..
    ayuh bercinta dengan ALLAH..
    syok2..
    100% untuk kamoooo

    ReplyDelete