Friday, December 30, 2011

HiDuP hArUs GeMBiRa..



Assalamualaikum semua.bersyukur ke hadrat ilahi kerana msih diberi peluang untuk bertemu di alam maya ini.semoga semuanya diberkati.persoalan pertama yang menerjah di kepala ana ialah

 ADAKAH KALIAN GEMBIRA?

pasti jawapannya ya tetapi kadang-kadang tidak.persaan itu normal bukan.kitakan manusia,atau ada antara kita ni makhluk asing.ada ka?kitakan bergelar manusia yang memiliki berbagai-bagai emosi antaranya gembira,sedih,kecewa,putus harapan,benci,sayang,rindu dan macam-macam lagi.kalau tidak ada perasaan ini kitalah manusia yang tiada perasaan.tidak gembira hidup kita.tiada warna-warni dalam kehidupan ini.tidak mungkin kita akan sentiasa serius sepanjang masa.oh tidak!ia pasti membosankan bukan?di mana dalam kehidupan ini tidak disertakan gurau-gurauan sebagai hiburan atau sakat-menyakat.kita juga harus ingat agar tidak berlebihan dalam bergurau senda,takut-takut gurauan yang ingin kita ciptakan itu akan menukar daripada keadaan yang ceria kepada keadaan yang suram.sebagai contoh,dalam persahabatan itu sendiri,langit tidak sentiasa terang bukan?.kadang-kadang ianya mendung juga.samalah dalam persahabatan yang tidak sentiasa baik.kadang-kadang kesetiaan dan kasih sayang itu hendak diuji oleh ALLAH agar  tahi persahabatan itu bertambah erat dan kukuh.jadi,ayuh kita corakkan lagi hidup kita dengan pelbagai perasaan agar ianya lebih indah.kenapa ALLAH tidak jadikan kita semua ini dalam satu bentuk dan satu perangai?bukan kerana ALLAH tidak mampu tetapi sudah tentu kerana ALLAH inginkan kepelbagaian dalam ciptaanNYA kerana ALLAH mampu melakukan apa sahaja mengikut kehendakNYA.baru meriah dunia ini kerana didiami ramai manusia yang mempunyai pelbagai karenah dan sifatnya.rambut sama hitam,tetapi hati lain-lain.

Thursday, December 29, 2011

MeNgApA aKu TeRaSa LeTiH...



ASSALAMUALAIKUM.bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih berkesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu pemberian ALLAH ini.semoga ianya diberkati ilahi.semoga segala apa yang dicoretkan di dalam blog ini dapat difahami dengan mudah.segala yang baik boleh diambil dan seandainya ada kesalahan seribu kemaafan dipinta.

hari demi hari silih berganti di mana kita juga mengetahui bahawa masa tidak boleh dihentikan.masa akan terus bergerak seperti yang telah di arahkan oleh ALLAH.masa itu ibarat pedang,jika kita tidak memtongnya,dia akan memotong kita.jadi,ALLAH kurniakan setiap hambanya tempoh masa yang sama setiap hari iaitu 24 jam.tiada sesiapa yang dapat satu tempoh yang singkat daripada itu atau satu tempoh yang lebih panjang.ianya bergantung kepada hambanya itu sendiri untuk menguruskan dan mengisi masa lapang itu dengan perkara-perkara yang bermanfaat atau sebaliknya.ramai dalam kalangan sahabat ana membuat keputusan untuk bekerja  untuk menambah duit poket.bekerja merupakan satu aktiviti yang dipilih untuk mengisi masa lapang masa.ia merupakan satu pilihan yang baik tetapi di sini ana berkesempatan untuk memberi sedikit peringatan bahawa carilah kerja yang tidak menghalang kita daripada bertemu dengan YANG MAHA ESA di samping pekerjaan yang halal.apa gunanya kalau kita berteungkus-lumus siang dan malam bekerja tetapi ianya tidak dapat keberkatan ilahi.bekerja itu juga satu ibadah bukan tetapi kalau sampai tempoh bertemu dengan ALLAH juga disekat adakah itu masih dinamakan ibadah?kita tidak cuma tidak bukan hanya memperolehi penat dan lelah.

bagi sesetengah manusia memilih untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya.dalam tempoh ini juga tidak kurang dugaan yang menimpanya.hari demi hari diisi dengan rutin yang tiada perbezaan ketara.hari-hari kerja yang sama.diulang dan terus diulang.tempoh perulangan itu telah berjalan hampir sebulan.baru sebulan telah dirasai sebagai setahunn.badan mula terasa letih dan hati mula meragui apa yang telah dilakukan.

Wednesday, December 28, 2011

SeTuLuS HaTiMu...

ASSALAMUALAIKUM...sedikit cerita untk dikongsi dan diambil ikhtibar..


Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai dan sepadan.
Gambar hiasan
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya, “Sayang, aku baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita” katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.
“Masing-masing perlu mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia…..”
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikkan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatatkan apa yang terlintas dalam benak mereka masing- masing.

Monday, December 26, 2011

SeJaUh MaNa PeRubAhaN iTu DaPaT Di KekAlKaN...


Assalamualaikum.kalifa halukum?syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk mencoret sedikit pandangan yang tidak lah seberapa tetapi moga-moga ia sedikit sebanyak dapat membantu kalian.maap kerana blog ini dibiarkan bersarang buat seketika.ada bayak masalah yang tidak dapat dielakkan.terima kasih kerana masih ada lagi sahabat-sahabat yang tidak berputus asa menunggu dengan penuh kesabaran.semoga ALLAH permudahkan urusan sahabat-sahabat sekalian.

semua orang boleh berdiri dengan gagah dan cakap macam-macam dengan mengeluarkan ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis yang hebat-hebat sehingga membuatkan orang yang mendengarnya terasa kagum dan menggeletar lulutnya kerana takut akan hujah yang dikeluarkan tetapi ingatlah mengamalkan sesuatu amalan tidak semudah berbicara mengenainya.berdakwah itu bukan sahaja boleh dilakukan dengan hanya berbicara dengan huraian-huraian yang power-power.ketahuilah bahawa mereka yang tidak lancar dalam berkata-kata juga mampu berdakwah dengan berkesan.bagaimana?caranya mudah dengan hanya melihat keperibadian diri kita.cara kita menyusun kata dalam menasihati,cara kita memberi kata-kata semangat kepada teman-teman,cara kita memelihara kehormatan diri dan lain-lain.memiliki keperibadian yang luhur dapat menjadi ikutan adik-adik,sahabat-sahabat malah orang yang lebih dewasa.kita manusia,menginginkan sesuatu yang indah.itu fitrah yang dimiliki makhluk yang bergelar manusia.mata kita akan terdorong untuk melihatkan sesuatu yang menyenangkan dan indah.melihat seorang wanita yang berwajah comel dengan melindungi dirinya dengan penuh kesabaran.menutupi perhiasannya dengan penuh ketaqwaan itu lebih indah jika dibandingkan dengan seorang wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya tidak berpakaian.tutup sebahagian yang lain tetapi membuka sebahagian yang lain.yang mana lebih enak  dipandang?wanita yang menjaga maruahnya atau sebaliknya.sudah tentu wanita yang terpelihara maruahnya bukan?lalu kita juga terdorong untuk melakukan sedemikian rupa juga dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amanah yanga dikurniakan oleh ALLAH.jadi,dengan penampilan dan tutur kata juga boleh mencegah kepada kemungkaran dan mengajak ke arah kebaikan.mereka yang hanya pandai berkata tetapi tidak pandai mengamalkannya tidak akan menghasilkan cara dakwah yang berkesan malah ia akan terdorong dalam menfitnah agama.na'uzubillah..semoga dijauhkan daripada kita semua.bukan sahaja ianya tidak akan berkesan tetapi ia turut akan dibenci oleh ALLAH,RASULULLAH dan masyarakat.jauhilah daripada cakap tidak serupa bikin.satu istillah yang tidak asing lagi daripada kita.

Wednesday, December 21, 2011

JoM SoLaT !!!

ASSALAMUALAIKUM.apa khabar sahabat-sahabat yang amat ku kasihi kerna ALLAH.semoga persahabatan yang kita jalinkan ini akan sentiasa mendapat keberkatanNYA.semoga ukhwah ini berkekalan,ia tidak hanya terjalin di saat pertemuan tetapi ia tetap mekar terjalin utuh walaupun kita terpaksa menerpa sebuah perpisahan.biarlah ukhwah ini hingga ke JANNAHNYA.apa khabar iman saudara-saudari sekalian?ingat !! kita tidak boleh berasa jemur untuk bertanyakan khabar iman masing-masing.seperti yang semua sedia maklum bahawa iman sentiasa bertambah dan berkurang.jadi,apabila ia semakin surut maka kita perlu tambahkan ia dan apabila ia bertambah maka terus peliharalah ia agar sentiasa mekar,bertambah dan terus bertambah.

sepanjang musim persekolahan ini,sekolah sahaja yang cuti tetapi solat tidak cuti melainkan sebab-sebab tertentu.satu perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah masyarakat dengan hanya memandangnya dengan sebelah mata.betapa ia diambil mudah oleh mereka yang tidak pernah timbul rasa takut akan kekuasaan ilahi.bukan ustaz dan ustazah tidak datang memberitahu.segala berkaitan solat telah dijelaskan dan hukumnya juga telah diberitahu tetapi disebabkan hati yang terlalu keras membuatkan jasad terus terpaku tanpa rasa bersalah kepada YANG MAHA MENCIPTA.

ayuh kita berkata soal yang paling penting,semua menggapnya perkara yang biasa kerana sering diperkatakan tetapi ketahuilah bahawa ia amat penting.malah ketika kita sedang disoal siasat akan amalan kita ketika berada di dunia,perkara pertama yang akan disoal ialah berkaitan solat.jika solat sudah dapat lampu hijau maka denagn mudahlah untuk berganjak  kepada amalan yang lain pula seperti bersedekah,solat sunat,membaca al-quran dan lain-lain.tetapi jika  amalan solat lagi sudah tersangkut,macam mana hendak tengok amalan yang lain.jadi,solat ini penting.solat itu juga tiang agama,tanpa tiang maka runtuhlah agama itu.apa itu solat?dari segi bahasa ia bermaksud doa.solat itu doa.doa itu permohonan.maksudnya,dalam solat kita mengingati ALLAH dan meminta sesutu daripada NYA.dalam surah al-fatihah itu tersendiri mengandungi maksud yang terlalu indah.antaranya,tunjukilah aku jalan yang lurus(benar).sedar atau tidak ketika kita solat itu sendiri kita telah berdoa memohon pertolongan daripada ALLAH.mereka yang tidak solat maka hidupnya bukan sahaja tidak tenang dan aman,malah dia dikatakan seorang yang angkuh,ego dan takabur.mereka dikatakan sombong kerana tidak sujud kepada ALLAH.dalam solat,kita rendahkan diri bersujud kepada ALLAH.jika kita tidak solat adakah kita merendahkan diri kepadanya.


Monday, December 19, 2011

HoW tO UsE sUrAh AL-FATIHAH

 salam....

the best way to make a happy life with barakah...insyaALLAH...


1. to make someone(your husband and your children and your friend)think of you all the time,read the al-fatihah 14 times before going to sleep.

2.for terminal diseases,read the al-fatihah 41 times and blow it in the water.drink and take a bath with that water.

3.for the mentally ill,
read the al-fatihah 7 times while rubbing the person's haed once in the morning and once at night
everyday without fail.

4.when in extreme pain,
read the al-fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.then,read the al-fatihah while rubbing the area that is in pain.

5.for babies who cry at night or at any time,
read the al-fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6.for injury,ex.cut,bee sting,bleeding,finger got slammed dy the door
read the al-fatihah 3 or 7 times,using your thumb,take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

alla of the above INSYALLAH will work with several conditions...

* believe that the al-fatihah is the best "penawar" for everything
*read it with full "khusyuk" tawakal to ALLAH
*use it with good "niat"/intentions.


wallahualam...try it

Thursday, December 15, 2011

SuP tAngAn MaNuSiA


Assalamualaikum..
Kepada semua muslimin muslimat serta makhluk allah yang mendiami dunia ciptaannya.marilah sama2 kta bertaqwa kepada allah  dengan melaksnakan segala prntahnya dan meninggalkan segala larangannya.moga2 kta sentiasa dibawah naungan rahmat allah.rakan2 skalian,rindukah rakan-rakan kepada sekolah?semua manusia mempunyai perasaan rindu termasuklah ana.perasaan rindu itu akan wujud apabila insan yang  dkasihi jauh dari pndangan kita disebabkan perpisahan yang dtentukan allah yang sudah pastinya ada hikmah disebalik perpisahan itu.kata ulama’suatu perpisahan akn mewujudkan perasaan rindu yang akn menimbulkan perasaan kasih sayang mendalam’.sungguh indah ayat ini jika kita hayatinya.apabila pertemuan yang dinanti-nantikan tiba,hubungan yang terjalin akan lebih rapat akibat rasa kasih sayang yg terpendam.itulah hakikat sebenar rahsia disebalik perpisahan.
Seperti manusia laen ana juga mempunyai perasaan rindu terhadap insan yang kini jauh berbatu dari ana.sehinggakan allah mengkhabarkan kerinduannya dalam mimpi ana.sekarang insan ini menjadi orang gaji xbergaji sepenuh masa dirumah.itulah matlamatnya iai2 untk berbakti kepada kedua ibubapanya.semoga dia sentiasa dibawah perlindungan allah.
Kali ini ana ingn membuka minda rakan2 sekalian tentang ap itu hukum hudud.apa yg ana kemukakan ini bukanlah ingin menyokong atau membangkang mana2 pihak tetapi ingin menyatakan kebenaran tentang hukum yang telah ditetapkan oleh allah dalam al-quran.pertama skali mengapakah allah menamakan hukum hudud?.hudud diambil dari perkataan hadda yang bermaksud had[sempadan].hudud ialah sempadan2.maksud sempadan dalam erti kata hudud ialah sempadan yang allah letakkan untuk menghalang segala perlakuan mungkar.jika hukum hudud dijalankan maka segala perlakuan mungkar seperti zina,merompak,mencuri,membunuh dapat dihentikan kerana terdapat sempadan yang telah allah tetapkan.perlulah kta ketahui bhawa hukum yang ditetapkan oleh allah s.w.t adalah hukuman yang terbaik dan tidak bleh ditandingi oleh hukum yang dicipta sendiri  manusia.persoalnnya adakah Negara kita mengamalkan hukum hudud?.

Friday, December 09, 2011

GerHaNa BuLaN...


salam semua.indahnya saat kita diberi peluang untuk melihat salah satu kekuasaan ALLAH.kata bahagian falak,dijangkakan 10 disember 2011 gerhana bulan akan muncul.ia akan bermula 8.45 malam dan berakhir pada tengah malam hari itu.jadi,marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk mendekatkan lagi diri kepada ALLAH dengan bermunajat dengan penuh tawadu'.apa yang telah diajar oleh nabi saat gerhana ini tiba.beberapa riwayat  bukhari telah menyatakan bahawa sepanjang hayat nabi,baginda sempat mengalami beberapa kali gerhana bulan tetapi hanya sekali gerhana matahari.


saat gerhana ini terjadi,di ceritakan bahawa nabi muhammad s.a.w dan para sahabat terus menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat gerhana.baginda dikatakan membaca 4 surah yang panjang-panjang sepanjang menunaikan solat antaranya surah al-baqarah,surah ali imran,surah an-nisa' dan surah al-maaidah.peristiwa ini ingin menunjukkan  bahawa rasulullah beribadat sepanjang gerhana itu berlaku.tanpa sedikit pun masa yang ada dibazirkan.jadi,kita perlu ikut apa yang telah dilakukan oleh rasulullah.sepanjang gerhana itu perbanyakkanlah beristigfar,berzikir,menunaikan solat sunat dan bersedekah untuk menghapuskan dosa.bukan sepanjang gerhana itu kita bazirkan masa dengan bergelak ketawa,mengambil gambar sana sini serta berfoya-foya.kata ahli falak lagi,kajian mengatakan gerhana bulan  kali ini merupakan satu ulangan  gerhana bulan ketika 7 november 1957.subahanallah...




Thursday, December 08, 2011

NiKmAt ALLAH


Assalamualaikum.Bersyukur kta kehadrat ilahi krana dengan sifat ar-rahman dan ar-rahimnya kta dapat lagi menikmati sgala kurnian allah dmuka bumi ini yang tidak henti2 allah anugerahkan kepada setiap hambanya walaupun segelintir manusia kufur dengan nikmat yang allah anugerahkan i2.Kawan2 yang dikasihi sekalian,ulama mufassiran menafsirkan  bahawa setiap anugerah yang allah kurniakn kpada kta merupakan sa2 ujian untuk allah melihat sehebat mana kita menggunakan nikmat allah i2.sebelum itu,perlulah kita ketahui siapakah diri kta dbumi allah ini.adakah kita seorng pemimpin,jutawan,setiakawan,superman,spiderman atau pun pelajar saina?walau siapapun kta dmuka bumi kita tidak boleh lari dari kekuasaan allah biarpun kta seorng superman skali pun.lupa nk sebut,superwoman sekalipun.kita tidak bleh lari dari ketentuan allah.

Marilah sama2 kita renung sejenak,apakah segala nikmat yang allah kurniakn kpada kita selama ini kta gunakan dengan betul.Ramai manusia dimuka bumi ini lalai dengan nikmat yang allah kurniakn dengan menggunakan nikmat allah kejalan maksiat seperti mengumpat,melihat benda2 yang haram,mendengar lgu2 yang melalaikan dan sebagainya.Apakah kita mampu menjadi penghuni syurga allah jika kita kufur akan nikmat allah s.w.t.APAKAH YANG DIKATAKN DENGAN KUFUR AKAN NIKMAT ALLAH ITU?.

Wednesday, December 07, 2011

DoA sEoRaNg aDiK

Marilah sma2 kita ambil pengajaran dari kisah ini.


 Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.

Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.

Suatu ketika si abang berdoa memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat digunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya untuk memudahkan mereka pergi mengaji. Allah mengabulkannya. Tidak lama kemudian sebuah kereta dapat beliau miliki hasil daripada bonus pekerjaannya.

Lalu si Abang berdoa memohon seorang isteri yang sempurna. Lalu Allah mengabulkan permintaannya. Tidak lama kemudian si abang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik budi bahasa serta perangainya.

Tuesday, December 06, 2011

BuKaN sEtAkAt iNi....

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian?harap baiklah hendaknya.
setiap orang pasti ada agendanya yang tersendiri sepanjang cuti ni,ada yang bekerja,ada yang ambil lesen(syai contohnya =p),ada yang memantapkan kemahiran hidupnya,ada juga yang menimba ilmu agama ( pondok =0 ),ada yang jadi orang gaji tanpa gaji di rumah dengan rela dan ada juga mereka yang menghadap internet tidak henti-henti..huh..teruskanlah usahamu dalam mengisi masa yang terluang ini sebaiknya.

ana ada sedikit perkongsian pengalaman untuk semua,hari ini mak ana kena pergi sekolah atas urusan kerja.nak dijadikan cerita,ana lah yang kena uruskan makan minum adik-adik ana.memasak?lebih kurang macam tu lah.perkara biasa yang terjadi dalam rutin hidupku.yang menjadikan ia sedikit uniknya hari ini apabila ayahku telah menawarkan diri untuk merasa masakanku.alamak cuaknya?selalunya masakanku hanya menjadi santapan untuk adik-beradikku + my mom.tiba-tiba malam ini ayahku nak mencuba sendiri..betapa berdebarnya hatiku menantikan komen daripadanya..duup..duup!!!takutnya.selesai menikmatinya,lantas ayahku berbicara "erm,sedap.oke la ni..esok masak apa pulak?"huh~lega rasanya dan lucu juga..itu sahaja pengalamannya..bertambah semangat selepas mendengar pujian yang bermakna itu..=)






ayuh kembali ke pangkal jalan,sebenarnya ada sedikit perkara yang ingin sekali ana berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.ianya lebih kepada sahabat-sahabat yang sebaya denganku.30.11.2011,merupakan satu tarikh keramat.satu tarikh yang merupakan tarikh penutup bergelar seorang pelajar sekolah.sekarang kita tidak lagi dan tidak akan lagi digelar pelajar sekolah.semua itu telah berlalu.hanya kenangan yang tinggal dan segala yang telah dilalui boleh dijadikan pedoman di masa hadapan.persoalannya sekarang MAMPUKAH KITA MELANGKAH KE DUNIA LUAR?

Monday, December 05, 2011

KeLeBiHaN pUaSa 9&10 MuHaRaM

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)




Saturday, December 03, 2011

HiDuP bIaR bErBakTi....


ASSALAMUALAIKUM kepada sahabat-sahabat yang amat ku sayangi kerana NYA..

di kesempatan masa yang diberi olehNYA ini,terlintas di kepala ana akan sebuah perpatah arab yang penuh bermakna.

SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH MANUSIA YANG BERBAKTI UNTUK ORANG LAIN...

satu kata-kata yang pada ana skopya terlalu luas.ayuh kita kecilkan sedikit skopnya dengan hanya memberi fokus kepada berbakti kepada IBU DAN BAPA.kepada rakan-rakan yang telah diberi peluang untuk meluangkan masa selama hampir 3 bulan untuk berbakti kepada ibu dan bapa.jangan dipersiakan peluang yang ada ini.sebelum ini,kita sering memberikan sejuta alasan untuk mengelak daripada berkhidmat untuk membantu mereka kerana sibuk dalam pengajian kononya.sekarang tiada lagi alasan yang bisa dicipta untuk lari daripada tanggungjawab itu.bukan ana katakan sebelum ini tidak membantu langsung.tidak sama sekali.cuma ianya sedikit terbatas kerana ada setengah daripada kita hanya pulang ke rumah sebulan sekali.jadi,peluang itu terhad.

Thursday, December 01, 2011

BiArLaH sEbEnTaR.....

DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.....

setinggi-tinggi rasa syukur ana panjatkan kerana dengan limpah kurniaNYA kita masih diberi dua nikmat yang besar iaitu iman dan islam.semoga ia terus bertahta di dalam sanubari kita hingga ke syurga.rasa syukur lagi ku panjatkan kerana telah diberi kekuatan untuk terus gagah berjuang dalam salah satu ujian dunia iaitu SPM =).alhamdulillah

YA ALLAH,
ku telah berusaha semampu yang boleh,
kini berdoa dan terus bertawakal kepadamu atas kejayaan yang bakal kau berikan...AMIN3X

formula mudah:

USAHA+TAWAKAL+DOA=KEJAYAAN...

kali ini ingin sekali ana coretkan sedikit kenangan dan pengalaman yang diperoleh dalam kehidupan.apabila ditanya kepada sesiapa pun,jawapan pasti YA.iaitu YA semua orang  pasti mempunyai teman dan rakan.tetapi tidak semua orang mempunyai sahabat.siapa itu sahabat?sahabat iailah seorang insan yang sering ingatkan kita ke arah kebaikan.apabila dilihat wajahnya akan sentiasa tenang.apabila didengar tutur katanya,kita lekas bangkit untuk beribadah.apabila dilihat gerak gerinya,kita takut akan kekuasaan ilahi.apabila dibincang tentang agama bersamanya,rasa sungguh hebat kebesaran ALLAH itu.itulah  yang dikatakan SAHABAT..


Wednesday, November 30, 2011

MuHaSaBaH aLam kUbUr

" hari ini dengan wang anda mampu bli apa shja yg bernilai di dunia, tetapi dengan wang anda tidak dapat membeli syurga Allah yang tinggi nilainya”

“Hari ini anda makan dan minum sesuka hati di dunia, tetapi suatu hari nanti anda pula akan dimakan oleh ulat, ular dan binatang dalam kubur setelah meninggal dunia”

“Hari ini anda sayang kepada anak, isteri, ibu bapa dan keluarga setiap ketika, tetapi suatu hari nanti anda akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya”

“Hari ini anda mampu memakai pakaian yang cantik dan mahal harganya, tetapi suatu hari nanti anda hanya mampu memakai sehelai kain putih sahaja”


RENUNG2KNLAH

Friday, September 02, 2011

JiKa KiTa JaTuH CiNtA...


"wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.."(24:26)


salam kepada sahabat-sahabatku..
ana bukan seorang yang arif dalam soal cinta.ana tidak mampu menjawab pelbagai persoalan yang dilontarkan berkaitan dengannya tetapi apa yang  ana tekankan  ialah KEKUATAN DOA ITU.seandainya,ana ditimpa musibah dan kesukaran dalam menghadapi dugaan yang diberi ilahi untuk menguji hambanya.SEBUAH KEKUATAN itu dapat diperolehi daripada kekuatan doa dan solat itu.sahabat-sahabat yang diberkati,perasaan kasih kepada manusia itu perkara biasa, hanya kekuatan dalam menghadapinya yang dapat membezakan.itu semua fitrah dan tidak ada seorang pun yang terlepas daripada memiliki perasaan suci ini khususnya remaja.itu di namakan fitrah manusia.perasaan ini akan bertukar kepada satu musibah jika kita gagal mengawalnya iaitu bersangkutan dengan nafsu berahi.ingatlah,CINTA kita hanya kepada ALLAH dan KASIH kita kepada manusia...

walau sekuat manapun rasa kasih kita kepada insan teristimewa,ingatlah bahawa jangan pernah meletakkan cinta kepada makhluk lebih tinggi daripada cinta kepada ALLAH kerana ia hanya akan mengundang Kemungkaran dan kehancuran dalam hidup di tambah PULA hilang keberkatan dalam hidup...

video ini khas untuk semua..


waallahualam..wasalam..

Sunday, August 28, 2011

SiApA iNgiN BaHaGiA??

 salam kepada sahabat-sahabat yang amat dikasihi dan dikagumi sekalian,semoga pertemuan kita mendapat keredhaanNYA.di kesempatan yang masih dikurniakan ini ingin sekali ana manfaatkannya untuk kebaikan kita bersama.

pertama kali ingin ana ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN...

maaf dipinta andai tingkah-lakuku menyakitkan hati,bicaraku mengguris hati,gerak-geriku menjengkelkan dan sebagainya.ana juga makhluk biasa yang bergelar manusia sering melakukan kesalahan.seribu kemaafan ku pinta.

 waktu sekarang ini mungkin semua sedang sibuk melakukan persiapan untuk menyambut hari lebaran iaitu satu hari di mana umat islam meraikan kemenangan kerana berjaya melawan dan mendidik hawa nafsu sepanjang bulan ramadhan  tetapi kita perlu ingat bahawa ALLAH tidak suka akan pembaziran.oleh hal yang demikian,bersederhanalah dalam menyambut hari kemenangan umat islam ini agar kita sentiasa mendapat keberkatan ilahi.


Thursday, August 25, 2011

MaLu iTu beRmAKnA..


SALAM KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN,,,

alhamdulillah kita sudah berjaya berpuasa selama 26 hari.pejam celik,pejam celik dah nak raya.tiba-tiba terasa sedih kerana  ramadhan bakal meninggalkan kita semua.DAPATKAH KITA BERJUMPA DENGAN RAMADHAN LAGI?semoga amalan yang kita lakukan pada tahun ini berlipat kali ganda berbanding dengan tahun sebelumnya.amin3x...

ya ALLAH,
kami bermohon kepadamu agar kami dihindarkan daripada
@ ilmu yang tidak bermanfaat,
@ hati yang tidak khusyuk,
@ perkara yang sia-sia dan 
@ doa yang tidak didengari..
perlihara dan lindungilah kami 
ya rabbi...




APA YANG KALIAN FAHAM DENGAN PERASAAN MALU??
 (soalan yang pernah ana tujukan kepada sahabat-sahabat usrahku)

pelbagai pandangan yang diberikan sebagai tanda bahawa setiap orang mempunyai pandangannya tersendiri tentang malu.kata mereka malu itu....

* sesuatu yang perlu ada dalam jiwa orang yang beriman
* malu itu perlu bertempat,tidak usah malu dalam menegakkan kebenaran
* perasaan malu itu merupakan perisai bagi seseorang wanita itu.
* lagi tebal perasaan malu seorang wanita itu sebenarnya semakin cantik wanita tersebut.
* sifat malu boleh menghindarkan diri kita daripada melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH.


Monday, August 01, 2011

ALLAH kNoWnS...

salam..
khas buat kalian..dengarkanlah....


AhLaN wahSaHLaN yA rAmADhAn....

assalamualaikum kepada semua teman-teman yang mungkin ternanti-nanti post seterusnya.harap dimaafkan di atas kelewatan ini kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan.

kaifa halukum ya muslimin wa muslimat?

pertama kali dan selamanya kita bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniakan kita dipertemukan kembali pada bulan ramadhan yang penuh barakah ini.semoga tahun ini,ibadah kita dilipat gandakan daripada tahun lepas.jangan kerana tahun ini kita hendak menganbil peperiksaan besar,kita dinaikkan pangkat,kita mendapat habuan menarik dan lain-lain kita terus menjadikannya satu alasan untuk mengelak daripada bertemu dengan ALLAH.ketahuilah bahawa semua itu datangnya daripada ALLAH.ALLAH itu maha kuasa ,sekelip mata sahaja ALLAH boleh ambil kembali nikmat yang dipinjamkan kepada kita kerana sikap kita yang mudah lupa dan tidak bersyukur.jadi,kalau kita hendak mendapat keputusan yang baik atau aturan yang cantik dalam kehidupan kita,berdoa dan bermunajatlah kepadaNYA.ALLAH berkata kalau kamu minta nescaya AKU akan bagi apa yang kamu hajatkan itu...

JADI MINTALAH BANYAK-BANYAK KEPADANYA....

hadis nabi muhammad s.a.w pernah bersabda,pada bulan ramadhan,maka dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.


Monday, June 27, 2011

iNdAhNYa sOLaT JuMaAt...



ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABATKU..
 mulakanlah perkataan mu dengan salam..di kesempatan ini ingin benar ana berkongsi pengalaman bersama kalian berkenaan realiti yang berlaku dalam masyarakat kita.semoga kita mendapat keredhaanNYA.

BEBERAPA bulan yang lalu,alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana ana berkesempatan menyertai lawatan BADRI ke sekitar kuala lumpur.setelah bermandi peluh menyiapkan kertas kerja,akhirnya ia diluluskan jua.di situlah nikmat berkerja dengan bersungguh-sungguh.=)

Antara pengalaman yang tidak akan ana lupakan ialah ketika ana dan sahabat-sahabat yang lain turut melaksanakan solat jumaat di MASJID NEGARA.pertama kali dalam hidup ana melaksanakan solat jumaaat.sebelum ini hanya mampu meluahkan keinginan itu di dalam hati sahaja.alhamdulillah...

ketika imam telah habis membaca surah AL-FATIHAH,di sambut kalimah amin oleh para jemaah dengan penuh bersemangat sehinggakan kami(muslimat) yang berada di atas seolah-olah bergetar lutut  tanda kagum dengan kesepaduan suara yang dikeluarkan.suara yang dilontarkan bergema sama seperti suara ketika ingin menuju ke medan perang.

Sunday, June 05, 2011

SeLaNgkAh KitA meNDekAti ALLAH...

 ASSALAMUALAIKUM...

semoga kita sama-sama terpelihara dariada kemurkaanNYA.

ya ALLAH,jika rezekiku jauh,dekatkanlah.....
jika rezekiku berada di atas langit,turunkanlah....
jika rezekiku berada di dalam bumi,keluarkanlah.....
jika payah,mudahkanlah...
dan jika haram,halalkanlah....amin...

ketahuilah bahawa,SELANGKAH KITA MENDEKATI ALLAH MAKA SERIBU LANGKAH ALLAH MENDEKATI KITA...


kalau semua orang paham konsep ini,tidak akan jadi masalah.hidup akan bahagia di dunia mahupun di akhirat.
akan tetapi yang menjadi masalahnya sekarang adalah diri kita sendiri.janji ALLAH semuanya benar tetapi kenapa masih berat rasanya untuk melakukan kebaikan..malah terlalu senang untuk melakukan keburukan.apakah puncanya?

Friday, June 03, 2011

ReMaJa...

 salam kepada semua sahabat-sahabat yang amat ku sayangi kerana ALLAH..

semoga kalian dalam keadaan yang sejahtera baik dari segi external mahupun internal..(rohani dan jasmani).satu muqaddimah yang cantik bukan?

hari ini,ana hendak berkongsi pendapat tentang satu tajuk yang pada ana sangatlah penting.pertama kalinya,ana ingin mengingatkan bahawa ana bukan insan yang mantap ilmu di dadanya.ana hanya insan yang dhoif.sekiranya ada salah silap di mana-mana,harap diampunkan.

remaja merupakan satu perkataan yang terlalu sinonim dengan hidup kita.isu remaja begitu dan begini giat diperkatakan sama ada di dada-dada akhbar mahupun di corong-corong radio.tidak cukup dengan itu,laman-laman web juga tidak ketinggalan membahaskan berkenaan remaja zaman sekarang.

APA YANG SERING DIPERKATAKAN BERKENAAN REMAJA?

adakah kebanyakan perkara yang diperkatakan itu sesuatu yang baik atau sebaliknya?tepuk dada tanyalah iman di dada.ana bukan hendak mencela golongan ini tetapi hanya ingin berkongsi satu realiti yang berlaku dalam kehidupa kita.mengapa semua pihak amat menekankan soal kepentingan remaja itu sendiri?apa pentingnya remaja?kenapa kerajaan sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit demi melahirkan remaja yang 'proactive'?

JuWaiRiYaH BiNTi aL-HaRiTs

Beliau adalah Juwairiyah Binti al-Harits Bin Abi Dhirar bin al-Habib al-Khuza’iyah al-Mushthaliqiyyah.
Beliau adalah secantik-cantik seorang wanita. Beliau termasuk wanita yang ditawan tatkala kaum muslimin mengalahkan Bani Mushthaliq pada saat perang Muraisi’.
Hasil Undian Juwairiyyah adalah bagian untuk Tsabit Bin Qais bin syamas atau anak pamannya, tatkala itu Juwairiyyah berumur 20 tahun. Dan akhirnya beliau selamat dari kehinaan sebagai tawanan/rampasan perang dan kerendahannya.

Beliau menulis untuk Tsabit bin Qais (bahwa beliau hendak menebus dirinya), kemudian mendatangi Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam agar mau menolong untuk menebus dirinya. Maka menjadi iba-lah hati Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam melihat kondis seorang wanita yang mulanya adalah seorang sayyidah merdeka yang mana dia memohon beliau untuk mengentaskan ujian yang menimpa dirinya. Maka beliau bertanya kepada Juwairiyyah: ”Maukah engkau mendapatkan hal yang lebih baik dari itu ?”. Maka dia menjawab dengan sopan: ”Apakah itu Ya Rasulullah ?”. Beliau menjawab: ”Aku tebus dirimu kemudian aku nikahi dirimu!”. Maka tersiratlah pada wajahnya yang cantik suatu kebahagiaan sedangkan dia hampir-hampir tidak perduli dengan kemerdekaan dia karena remehnya. Beliau menjawab:”Mau Ya Rasulullah”. Maka Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:” Aku telah melakukannya”.

Saturday, May 28, 2011

kErJa..BeLaJaR..TiDuR..

 SALAM SEMUA....KABAREWA???(bahasa jawa)

apa khabar semua??semoga kalian sentiasa berada di bawah limpahan rahmat dan nikmatnya.kita jangan lupa saat kita diberikan nikmat dan rahmatNYA,kita perlu gunakannya di jalan ALLAH.Dalam dunia ini,pasti akan ada yang pahit dan indah.semua orang inginkan yang manis dan indah dalam kehidupannya.tidak ada manusia yang inginkan kepahitan dan kesukaran melanda kehidupannya.tetapi mahu ataupun tidak,satu saat kita tetap perlu ambil kepahitan itusupaya kita peroleh kebahagiaan esoknya.ALLAH juga telah berfirman,adakah kamu rasa kamu layak masuk ke syurga??sedangkan kamu belum diuji.ingin dapatkan syurga ALLAH yang sangat bahagia.bukannya mudah bukan??jadi kita perlu berjuang berhabis-habisan demi mencapai keredhaanNYA..

SEORANG DA`IE tidak akan pernah berhenti berjuang dalam menegakkan agama ALLAH tanpa mengenal erti penat dan lelah.perjalanannya sungguh panjang dan meletihkan.orang yang lalai akan bertanya,"MENGAPA kau rela melelahkan diri sedemikian rupa?"jawab sang da`ie itu dengan pasti,sesunggahnya aku mengharapkan kerehatan yang kekal(syurga)..-ibn qaiyyim..

beerbalik pada tajuk asal kita,khususnya kepada calon-calon spm 2011,pasti kadang-kadang terlintas seketika di benak fikiranmu,apa yang akan kamu lakukan bagi mengisi ruang-ruang semasa menunggu result SPM tahun depan..macam-macam pendapat yang ana terima daripada kawan-kawanku tercinta.

Thursday, May 26, 2011

SuKa DaN dUkA...


assalamualaikum...
rasanya sudah lama ana tinggalkan blog tercinta ini menjadi usang dan berhabuk...minta maaf la...ini disebabkan ketandusan idea di samping kesibukan yang melampau(buat teruk)...

sudah lama ana tidak jejakkan kaki di bumi SHAH ALAM...akhirnya,ana pulang juga melepaskan rindu yang tidak tertahan lagi....

dalam kehidupan ini pasti akan ada dugaan yang kita kenali SEBAGAI suka duka atau asam garam dalam kehidupan..tanpa dugaan kehidupan ini amat membosankan...dugaan tidak akan pernah BERHENTI memburu kita dan ia tidak akan pernah habis sehinggalah kita dijemput bertemu denganNYA...jadi kita perlu kuat dan tabah dalam menghadapinya.seperti yang kita ketahui bahawa dugaan itu satu tarbiah daripada ALLAH kepada hamba-hambanya.ia juga dikenali sebagai proses peningkatan iman bagi mereka yang berfikir.bagi mereka yang tidak berfikir akan menganggapnya satu penyeksaan yang abadi..

beberapa bulan di SAINA,berbagai-bagai dugaan telah datang dan pergi kendatipun tidak pernah diduga.apabila kita ketahui di mana puncanya kekuatan itu.kita pasti akan terus bertaut kepadaNYA tanpa pedulikan yang lain yang belum tentu bisa memberi kekuatan kepada kita.dari mana kekuatan itu???

ALLAH


Sunday, March 13, 2011

CiNtA iSLaMiK...

ASSALAMUALAIKUM..PERKONGSIAN ILMU...

 

wujudkah cinta islamik..?(daripada blog intan solehah)



Cinta Islami. adakah yang terpampang di minda kita satu pasangan yang berpakaian sopan, menutup aurat, menjaga jarak antara mereka, dan menjaga kelakuan mereka.

bagi sesetgah orang, cara bercinta yang seperti inilah baik, elok dan sempurna.. tapi question mark disini adalah adkah cinta islami itu tidak sama dengan corak cinta muda mudi zaman sekarang..? kalau benar berbeza apakah perkara yang membezakannya tue..? hurm.. ana nie asyik2 cakap pasal couple.. kenape yek..? disebabkan cinta ini lah yang telah banyak menarik remaja zaman sekarang ke kancah kemurkaan ALLAH...MINTA DI JAUHKAN DARIPADA KITA..amin3x

perasaan ingin dikasihi atau diberi perhatian lebih daripada insan yang dianggap istimewa..yang kononnya sangat memahami kita..yang kononnya dapat menggembirakan hati kita saat terguris kesakitan..bukan teman tetapi mahu dianggap lebih daripada itu....sanggup mengeluarkan bermacam-macam jenis janji manis yang bisa menyenangkan hati pasang pilihannya...banyak hujah yang dikeluarkan bagi mempertahankan perkara yang salah atau menegakkan benang yang basah..cuba menghalalkan benda yang haram supaya bisa menikmati keseronokan di dunia yang hanya buat seketika...moga dijauhkan!!!


Saturday, March 12, 2011

MoThEr oH mOThEr.....


ASSALAMUALAIKUM...

(mulakanlah biacaramu dengan ucapan salam)...

kali ini ana hendak berkongsi dengan kalian berkenaan satu lagu nasyid yang pada ana amat menarik...mungkin ada yang sudah ketahui nasyid ini tetapi ana tak kira,nak bagi tahu juga..=)
hayatilah dengan mata hatimu...

diPERSEMBAHKAN....




satu nasyid yang indah...pada liriknya lantas membawa pengertian yang amat mendalam..
seperti yang kita ketahui,ia memceritakan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang terkenang akan ibunya yang telah tiada serta menyedari bahawa dia berada di rumah anak yatim..amat menyentuh perasaan..

lagu ini telah mengetuk pintu hati ana serta memberi inspirasi untuk menulis berkenaan seorang insan yang amat mulia di duni ini....

iaitu IBU..

TuDuNg LaBuH Vs tUDunG BiaSa???

ASSAMUALAIKUM...

kaifa halukum???rasanya sudah lama blog ini ditinggalkan tanpa berpenghuni..mohon kemaafan yang tidak terhingga kepada sesiapa yang tertunggu-tunggu post ana yang seterusnya..eh,perasan pula!entah-entah tak ada orang pun yang tergila-gilakan post seterusnya...tak apa tak kisah pun..hehehe...memandangkan sudah agak lama bertapak di kedah...jadi,bahasa kedah itu terlekat dekat lidah..satu keluarga ketawa terbahak-bahak mengejek...maklumlah tahun ini nak hadapi peperiksaan Silij Paling Menakutkan(SPM).jadi,tak boleh la nak selalu pulang ke kampung halaman...

teringat ana pada kata-kata ibnu batuta.."tempat yang paling indah ialah kampung halaman iaitu tempat kita dibesarkan"...=)

kali ini,ana terasa ingin berbicara tentang satu topik yang pada ana ramai yang salah faham...islam mengajar kita bersikap terbuka dan cuba berfikir secara meluas..jangan diperkecilkan cara pemikiran kita atas dasar islam itu sendiri..

APA PERBEZAAN ANTARA TUDUNG LABUH DENGAN TUDUNG BIASA???

Friday, February 04, 2011

MusLimAh SeJaTi...

ASSALAMUALAIKUM...may ALLAH bless us...

sebelum ana mulakan cerita,I would like to ask you(muslimah) an important question...

ARE YOU PROUD TO BE MUSLIMAH???


kalaulah ana ditanya soalan sedemikian rupa..ana pasti jawab YES3x...wa antunna???

kali ini,ana terasa ingin berbicara sedikit mengenai betapa bertuahnya kamu menjadi seorang wanita...apatah lagi menjadi seorang wanita yang solehah yang merupakan perhiasan terbaik di dunia..

wahai muslimat sekalian,

bersyukurlah kepada ALLAH segera kerana terlalu banyak NIKMAT DAN KELEBIHAN yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kaum hawa...tetapi mengapa kita tega-teganya menggunakan nikmat itu untuk melakukan kesalahan serta maksiat..di mana rasa bersyukur itu???tidak malukah kita kepada ALLAH...ALLAH menciptakan hawa di syurga adalah untuk menemani nabi adam yang kesunyian...itu membuktikan bahawa kaum adam Tidak boleh hidup tanpa kehadiran kaum hawa =)..tetapi ia tidak membawa maksud di mana kaum adam boleh TOUCH kaum hawa sesuka hati..NO WAY...kita kaum hawa juga tidak boleh sesuka hati menyerahkan segala-segalanya kepada kaum adam(bukan boleh percaya pun)...kerana kita juga punya MARUAH DIRI yang perlu dijaga..hanya mereka yang berhak sahaja pantas memiliki kita...

WANITA diibaratkan sebiji EPAL yang berada di atas pokok...semakin tinggi epal itu,semakin tinggilah maruah dirinya..hanya mereka yang mampu dan mempunyai hati yang tulus sahaja  akan berusaha naik untuk memetik epal itu serta melindunginya daripada dimakan ulat..kita ingin menjadi EPAL yang mana??yang diatas atau di bawah atau yang sudah jatuh..EPAL yang berada di bawah dan  jatuh itu sudah dicemari dengan bekas tangan-tangan yang kotor???....tanyalah diri sendiri...

kEm iBadAh fOrM 1....

ASSALAMUALAIKUM WAHAI SAHABAT-SAHABATKU,....

kaifa halukum??(cepat jawab syai)
cuak la tu..=p

ALHAMDULILLAH...
badri,akhirnya berjaya melaksanakan satu program kem ibadah khas untuk adik-adik form 1....
bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kefahaman mereka khususnya dalam ibadah solat..
walaupun banyak aktiviti yang telah kami rancang disekat,
ia langsung tidak menggugat kegembiraan kami sepanjang kem itu,

semoga masa yang kami luangkan bersama adik-adik MENDAPAT berkat dari ilahi..
dan apa yang telah kami sampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam amalan harian....
(kalau ada sebarang kemuskilan,tanyalah kepada mereka yang lebih arif tentangnya)
semoga kita sama-sama diberkati serta dirahmati oleh ALLAH...

adik-adik,
ingatlah..bahawa orang yang paling mulia di sisi ALLAH adalah orang yang berTAQWA..
letakkanlah kasih sayang kepada ALLAH pada tingkat yang teratas...
disusuli RASUL ALLAH...
dan seterusnya makhluk lain(ibu bapa,keluarga,kawan dll)

selangkah kita mendekati ALLAH,seribu langkah ALLAH mendekati kita..
betapa ALLAH TERLALU SAYANGKAN KITA..
DIA kurniakan banyak nikmat kepada kita tetapi mengapa kita masih terlalu sombong untuk ucapkan kata-kata ALHAMDULILLAH dan taat akan perintahnya..

besar sungguhkah kita ini jika hendak dibandingkan dengan kuasaNYA??

jangan pernah kita menCABAR kuasaNYA kerana kelak kita pasti akan menyesal...
kumpulkanlah amalanmu sebanyak yang boleh sementara kamu masih dipinjamkan nyawa oleh ALLAH bagi menyediakan bekalan yang secukupnya sebelum kamu dijemput kembali kepadaNYA..

Thursday, February 03, 2011

uNtuK rENuNGaN...

 ASSALAMUALAIKUM...

jika MESIR jatuh ke tangan IKHWANUL MUSLIMIN,
sempadan RAFAH mungkin akan dibuka untuk pejuang islam seluruh dunia..
tak mustahil kurang setahun,negara haram ISRAEL akan menjadi sejarah..
perindu-perindu syurga FIRDAUSI,
anda sudah BERSEDIA merebut TIKET??

AYUH SAHABAT-SAHABAT!!!!

DOAkan IKHWANUL MUSLIMIN BERJAYA menjatuhkan HOSNI MUBARAK!!
amiiinnnn3..

Wednesday, February 02, 2011

mEnGaPa TakUT uNTuk BerUbAh??



ASSALAMUALAIKUM....

kali ini,ana tertarik ingin berceritakan tentang SEBUAH PENGHIJRAHAN yakni seseorang berubah daripada perangai yang kurang elok kepada perangai yang lebih baik..hijrah bukan sahaja perpindahan daripada satu tempat ke tempat yang lain.perubahan dalam diri juga di namakan hijrah...

mungkin ada dalam kalangan kita ini pernah terdetik untuk berubah.ALHAMDULILLAH..itu namanya ALLAH telah kurniakan kepada kita keindahan HIDAYAH itu...tetapi kalau hanya terdetik tanpa membuat sebarang tindakan yang sepatutnya,tak jadi juga perubahan itu.tidak sempurna lagi hidayah kurniaan ALLAH itu..ingat!!hidayah tidak akan datang bergolek tetapi kita yang perlu mencari dan terus mencarinya tanpa kenal erti putus asa..jadi beranikanlah diri untuk mengalami perubahan??




kadang-kadang hati kita terasa ingin berubah tetapi kita yang terlalu egois tidak pernah mahu memberi peluang kepada diri kita untuk berubah...walau macam mana pun orang datang nasihat dan beri teguran kepada kita tapi kalau hati kita tidak tersentuh melainkan dengan kurniaan hidayah itu,kita tetap tidak akan berubah..semuanya bergantung pada diri kita bagaimana ingin membentuk sahsiah diri...

Tuesday, February 01, 2011

KeRaNa ALLAH...

 salam.....




dengan menyebut nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

ampunkanlah dosa-dosa kami...
sesungguhnya kami tersangat kerdil dan kecil di sisimu..
kami tidak layak ke syurgamu tetapi tidak pula kami sanggup memasuki nerakamu yang amat menyakitkan..
kami mohon taufik dan hidayahmu...
satukan lah hati kami bagi sama-sama menegakkan agamamu yang terindah ya rabbi..

sesungguhnya kami tidak mampu kerana qudrat kami yang tersangat lemah melainkan atas pertolongan ENGKAU..
kami melaksanakan amanah yang diberi ini bukan kerana ingin mengejar kebanggaan di dunia tetapi bagi mencapai keredhaanmu yang terunggul...
oleh itu,bantulah kami..
permudahkanlah urusan kami...
sampaikanlah dakwah kami kepada mereka yang telah kau berikan hidayah..
bagaimana ingin kami ceritakan kepada mereka betapa indahnya andai dapat tempat di sisi mu
oleh itu,sampaikanlah ia buat kami....
berikanlah mereka kesempatan untuk merasakan kenikmatan itu sendiri....
kami hanya mampu berusaha...
ENGKAU yang tentukan..
jika ada yang baik dalam diri kami,kekalkanlah..
jika ada yang buruk dalam diri kami..padamkanlah ia ya ALLAH...
CAHAYAkanlah hati kami dengan cahaya rabbanimu yang tidak pernah kunjung malap...
tanamkanlah semangat jihad dalam diri kami..
wahai tuhan yang maha agung lagi maha bijaksana,
letakkanlah kami dalam golongan mereka yang kuat beribadah semata-mata keranamu..
jangan ENGKAU timbulkan rasa bosan dan putus asa dalam hati kami untuk terus menabur bakti kepada agamamu ini....
berilah kami kekuatan untuk terus menyampaikan ilmu mu walaupun sebaris kata..
perkenankanlah permintaan kami...
amiinnnn3...

Sunday, January 30, 2011

SuKaN MeNeMBaK.....





ASSALAMUALAIKUM....

khaifa halukum??
kepada sa'adiah,macam mana lawan bahas dengan keluarga arab tu??
depa paham x apa hang cakap...??
cayok2..=)
hahahaha...

sukan menembak adalah satu aktiviti yang agak menyeronokkan..
cuti kali ni,ana berpeluang menyertai aktiviti  ini...
mungkin ada yang tertanya-tanya...
macam mana ana boleh join <><>

jawapannya...
ana baru tahu yang dalam ahli keluarga ana,
ada seorang menjadi wakil MALAYSIA...
dalam sukan ini..
waaa.....bangga la gak =p

jadi,beliau sudah menjadi ahli  club ...
that mean,semuanya percuma....ulang suara PERCUMA..
bila percuma,amat rugilah kalau ana lepaskan peluang keemasan ini...betul x??