Tuesday, December 06, 2011

BuKaN sEtAkAt iNi....

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian?harap baiklah hendaknya.
setiap orang pasti ada agendanya yang tersendiri sepanjang cuti ni,ada yang bekerja,ada yang ambil lesen(syai contohnya =p),ada yang memantapkan kemahiran hidupnya,ada juga yang menimba ilmu agama ( pondok =0 ),ada yang jadi orang gaji tanpa gaji di rumah dengan rela dan ada juga mereka yang menghadap internet tidak henti-henti..huh..teruskanlah usahamu dalam mengisi masa yang terluang ini sebaiknya.

ana ada sedikit perkongsian pengalaman untuk semua,hari ini mak ana kena pergi sekolah atas urusan kerja.nak dijadikan cerita,ana lah yang kena uruskan makan minum adik-adik ana.memasak?lebih kurang macam tu lah.perkara biasa yang terjadi dalam rutin hidupku.yang menjadikan ia sedikit uniknya hari ini apabila ayahku telah menawarkan diri untuk merasa masakanku.alamak cuaknya?selalunya masakanku hanya menjadi santapan untuk adik-beradikku + my mom.tiba-tiba malam ini ayahku nak mencuba sendiri..betapa berdebarnya hatiku menantikan komen daripadanya..duup..duup!!!takutnya.selesai menikmatinya,lantas ayahku berbicara "erm,sedap.oke la ni..esok masak apa pulak?"huh~lega rasanya dan lucu juga..itu sahaja pengalamannya..bertambah semangat selepas mendengar pujian yang bermakna itu..=)






ayuh kembali ke pangkal jalan,sebenarnya ada sedikit perkara yang ingin sekali ana berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.ianya lebih kepada sahabat-sahabat yang sebaya denganku.30.11.2011,merupakan satu tarikh keramat.satu tarikh yang merupakan tarikh penutup bergelar seorang pelajar sekolah.sekarang kita tidak lagi dan tidak akan lagi digelar pelajar sekolah.semua itu telah berlalu.hanya kenangan yang tinggal dan segala yang telah dilalui boleh dijadikan pedoman di masa hadapan.persoalannya sekarang MAMPUKAH KITA MELANGKAH KE DUNIA LUAR?


jawapannya pasti boleh.setakat melangkah semua orang mampu.persoalan kedua,MAMPUKAH KAMU BANGUN APABILA DITIMPA MUSIBAH?dengan adanya pengenalan dan perhubungan yang baik dengan ALLAH serta sedikit iman di dada.insyaALLAH semuanya beres.ana teringat kata-kata nasihat sahabat ana,manusia selalunya mampu bertahan dengan dugaan yang dihadapinya tetapi jarang sekali manusia bersyukur dengan dugaan yang menimpanya.


walaupun kita tidak lagi bergelar pelajar sekolah tetapi ingat apa yang telah kita pelajari semasa menjadi seorang pelajar sekolah itu tidak harus dihentikan malah harus diteruskan agar kita tidak rebah di tengah perjalanan.kalau dulu ketika kita menjadi pelajar sekolah,kita selalu QIAMMULAIL,rajin baca al-quran,rajin mendengar ceramah,aktif dalam kegiatan berdakwah,rajin tolong kawan-kawan dan lain-lain.teruskanlah amalan muliamu itu.kalau kamu dikata ketinggalan zaman ataupun sekema la.biarkanlah.kukuhkanlah iman di dada kamu.jangan pernah kamu mengubah penampilan kamu mahupun karekter kamu.ingat,yang skema itu atau yang dikatakan ketinggalan zaman itulah yang bakal duduk di syurga ALLAH yang abadi..semoga kita semua kuat menempuhinya..amin3x


ingat,kita dilahirkan  bukan hanya untuk menjadi khalifah di bumi saina tetapi menjadi khalifah di atas muka bumi ALLAH.jadi,di luar atau dalam sekolah sepatutnya sama malah bertambah baik hendaknya.tepuk dada,tanyalah iman.jika kemanisan semasa beribadat itu yang telah kamu peroleh,pasti sukar hendak kamu tinggalkan ibadah itu kerana kenikmatan dan kelazatan beribadah serta kemanisan iman itu telah kamu peroleh.telah terbukti bahawa kamu benar-benar beribadat kerana ALLAH bukan kerana dipaksa atau peraturan.jika mereka yang hanya melakukannya hanya kerana peraturan atau atas dasar paksaan kamu akan terasa ianya satu bebanan yang menyusahkan lalu  kamu tidak akan dapat beristiqomah dalam melaksanakannya.mintalah bantuan YANG MAHA BERKUASA.akhirukalam,janganlah berhenti dalam menjalankan tugas dakwah kepada sekalian manusia.mungkin mereka belum kenal nikmat agama islam sebenarnya.tugas kita bersama membawa mereka supaya mengenali ALLAH dengan lebih rapat lagi..maaf andai ada kata yang melukaimu,sahabatku...


ana faqir..wallahualam...wasalam

2 comments:

  1. ana selaku badri 0913, amat tertarik pd ayat -jgn prnh kamu mengubah penampilan mahupun karakter kamu-kita dilahirkn bkn hnya sbg khalifah di saina ttp di bumi Allah- kenangan bersama kak zut dan segala nasihat yg diberi sentiasa terpahat di hati, apatah lagi unt bertemu. Selamat maju jaya kak zut, doakan kami semua..

    ReplyDelete
  2. salam...
    insyaALLAH..ana tau kalian pasti mampu..bangunlah demi agama ALLAH..DOAKU SENTIASA BERSAMA KALIAN..

    ReplyDelete