Thursday, November 28, 2013

BaNyAk yAnG aKu PeLaJaRi

ASSALAMUALAIKUM....




apa khabar semua? sudah lama ana meninggalkan blog ini sepi tanpa coretan.bukan senganja ana tinggalkan akan tetapi kengkangan masa yang teramat mencemburui kita.ana mohon kemaafan.ramai sahabat ana yang bertanya ke mana hilangnya ana di dalam blog ini.ana sangat sibuk dengan tanggungjab-tanggungjawab lain.itu bukan bermakna ana sudah berhenti daripada mengajak ke arah kebaikan dan menghalang kemungkaran.itu pasti tidak sama sekali.islam itu terlalu indah,terdapat pelbagai cara yang bisa kita corakkan dan arahkan kepada dekat kepada ALLAH.RASULULLAH juga sangat kreatif dalam menyebarkan islam dan membuatkan orang disekelilingnya tertarik akan keindahan islam.sinar islam dan pancaran keimanannya terselah di wajah tenang baginda.

jujur ana katakan bahawa kehidupan di alam universiti amatlah mencabar berbanding di alam persekolahan.Kalau dulu ketika kita di alam persekolahan,pihak sekolah atau pun organisasi tertenru sangat la prihatin untuk menjaga bukan sahaja makanan fizikal kita akan tetapi makanan rohani kita.bertungkus-lumus mereka perancang pelbagai jenis aktiviti rohani yang bisa membangkitkan iman kita semua.senang kata,iman kita sibuk diuruskan orang lain.walaupun kadang-kadang kita datang dalam keadaan terpaksa atas dasar sesuatu peraturan.sekurang-kurangnya kita ada makanan untuk rohani kita.apabila di alam universiti ini kitalah yang menguruskan iman kita.orang lain hanya boleh membantu dalam menyediakan aktiviti yang berbentuk makanan rohani tetapi kita lah yang buat keputusan untuk hadir atau tidak.antara tanda yang kita tahu ALLAH tidak sayangkan kita,ALLAH akan sibukkan kita dengan hal dunia.Apabila ada kuliah atau program-program islamik seperti usrah dan ceramah kita adakan pelbagai alasan untuk menghindarinya.setiap malam kita sibuk dengan mesyuarat sana sini sehingga kita tidak sedari kita lupa untuk memberi ruang dan peluang untuk diri kita kepada pencipta yang MAHA ESA.kita lupa untuk bersama denganNYA.solat yang kita dirikan setiap hari pun kurang kualitinya kerana terlalu sibuk dan nak cepat..sekian sahaja buat masa ini..kita jumpa lagi..salam

No comments:

Post a Comment