Assalamualaikum
..kaifahal?.sebelum ana belayar dengan
lebih jauh dalam lautan ilmu ini,ana ingin berkongsi satu kisah di zaman nabi
Muhammad s.a.w..di zaman nabi terdapat seorang sahabat yang cukup gemar bersama
dengan nabi.namnya muaz bin jabal.namanya sering disebut-sebut oleh penceramah
agama kerana beliau merupakn antara sahabat yang banyak meriwayatkan hadis.muaz
bin jabal cukup gemar mendengar tazkirah
dan berjemaah dengan nabi.rumah muaz terletak jauh dari masjid tempat sahabat
berjemaah dengan nabi.apabila muaz selesai solat bersama nabi, muaz akan
bergegas balik ke kampung halamannya untuk menjdi imam kepada penduduk
kampungnya pula.itu lah rutin harian muaz bin jabal.
setiap
kali muaz menjadi imam,muaz akan membaca surah yang panjang sehinggakan menjadi beban kepada sahabat-sahabat yang menjadi makmum kepada
muaz .satu ketika, seorang sahabat datang
kepada nabi untuk mengadu tentang perbuatan muaz yang suka membaca surah yang panjang
sehinggakan mengganggu aktiviti harian mereka.apbila mendengar aduan
tersebut,nabi memanggil muaz.nabi bertnya kepada muaz ‘adakah betul apa yang
dikatakan oleh sahabat mu ini?’.muaz mejwab’ betul ya rasulullah’.lalu nabi
menasihati muaz’apakah kamu ingin melakukan fitnah kepada agama mu sendiri?islam
tidak pernah membebankan penganutnya.islam agama yang mudah dan
menyenangkan.jangnlah kamu membebankan jemaah kamu kerana mereka juga ada
pekerjaan untuk mencari rezeki masing-masing’.selepas sahaja muaz dinasihati
oleh nabi,dengan rasa marah, muaz berkata kepada sahabat yang mengadu kepada
nabi itu’apakah sumbangan kamu kepada islam?’
.sahabt yang mendengar pertanyaan
muaz itu tertunduk malu.dia sedar dirinya tidak sehebat muaz bin jabal.ketika
satu peperangan telah berlaku,sahabat yang mengadu kepada nabi tentang muaz ini
telah mati syahid.nabi telah mengumpulkan sahabat-sahabatnya yang mati dalam
peperangan lalu memanggil muaz.nabi berkata kepada muaz sambil menunjuk ke arah
seorang sahabat yang mati syahid’wahai muaz,inilah pemuda yang dulu nya kamu
pernah memperkecilkannya kerana tidak
memberi apa-apa sumbangan kepada islam.tapi hari ini dia telah bersma dengan
para syuhada’ yang lain kerana dia mengorbankan nyawanya untuk islam.’muaz
terdiam sambil menyesali perbuatannya dulu.
Kalau
di sekolah kita diminta untuk menerangkn pengajaran dari novel-novel melayu seperti azfa hanani,kembara amira dan
sebagainya.tapi hari ini, marilah kita sama-sama mengmbil pengajaran daripada
kisah di zaman nabi yang membawa 1oo1 manfaat yang boleh kita gunakan untuk
mewarnai khidupan kita seharian.pengajaran yang pertama yang boleh kita ambil
dari kisah di atas ialah,islam merupakan agama yang syumul, agama yang
memudahkan penganutnya.Allah tidak akan sama sekali membebankan hambanya
seperti mana nabi menasihati muaz agar jangan membaca surah yang terlalu
panjang sehinggakan umat islam akan merasa susah apbila ingin melakukan solat.pengajaran
yang kedua ialah,kita jangnlah sesekali memperkecilkn orang lain walaupun kita
lebih hebat dari orang tersebut.ingatlah kawn-kawan sekalian bahawa segala
kelebihan yang ada pada kita merupakan hak Allah.kita hanyalah seorang hamba
yang tidak mempunyai apa-apa.segala yang ada dalam diri kita ,semuanya milik Allah.jadi
kita tidak boleh sesekali memperkecilkan diri orang lain kerana perbuatan kita
itu akan menimbulkan rasa kagum pada diri sendiri .kita akan merasakan diri
kita lebih hebat dari orang lain tanpa kita sedar bahawa perasaan kita yang
timbul itu amat dibenci oleh allah s.w.t.
pengajaran
yang terakhir yang boleh kita ambil daripada kisah di atas ialah kita sebagai
hamba allah perlu bertanya pada dri sendiri,apakah sumbangan kita kepada
islam?.jika kita seorang pemain ragby yang terkenal,maka kita telah menaikkan
nama baik Negara.jika kita seorang pelajar yang pintar,maka kita telah menaikkan
nama baik sekolah.semua sumbangan kita ini hanyalah kepada dunia yang
sementara,namun apakah sumbangan kita kepada agama islam yang akan memberi
manfaat kepada kita di akhirat nanti?.diceritakan oleh anas bin malik tentang situasi peperangan uhud.dia melihat
siti aisyah sibuk bertungkus lumus merawat tentera islam yang cedera
sehinggakan kain yang dipakai oleh siti aisyah terangkat. walaupun siti aisyah
tidak mampu untuk berperang, tetapi beliau tetap memberi sumbangan kepada islam
dengan merawat tentera islam yang tercedera.apakah kaum wanita perlu pergi berperang?.bukan itu
maksud ana.apa yang ingn ana katakan di sini ialah walaupun kita bergelar kaum
wanita,namun ianya bukanlah penghalang untuk kita memberi sumbangan kepada
agama islam. antara sumbangan yang boleh kita lakukan untuk islam ialah dengan
kita bersedekah kepada sekolah-sekolah agama.jika kita tidak mampu cukuplah
sekadar kita menerapkan nilai-nilai
islam kepada ahli keluarga mahupun anak-anak kita agar mereka mengetahui betapa indahnya
hidup mengikut syariat islam.walaupun kita bukan seorang guru tapi kita boleh
mendidik anak-anak atau ahli kelurga kita tentang islam.nabi bersabda,’sebarkanlah
ilmu yang ada pada kamu walaupun dengn satu ayat’.sudah cukup besar sumbangan
kita kepada islam jika kita dapat menyampaikan ilmu agama kepada keluarga kita
sendiri.wallahusubhanahuta’ala’alam.
Assalamualaikum...
ReplyDeletejazakillah..info yg amt2 mnarik!!
rndu nk dgar kata2 tarbiyyah dr hg...
insyaAllah..smoga kita sama2 brusaha mmberi sumbangan terhadap Islam!!
ma'assalamah!! bye zut..