Tuesday, July 10, 2012

IsLaM ItU sYuMuL..





Assalamualaikum ..kaifahal?.sebelum ana  belayar dengan lebih jauh dalam lautan ilmu ini,ana ingin berkongsi satu kisah di zaman nabi Muhammad s.a.w..di zaman nabi terdapat seorang sahabat yang cukup gemar bersama dengan nabi.namnya muaz bin jabal.namanya sering disebut-sebut oleh penceramah agama kerana beliau merupakn antara sahabat yang banyak meriwayatkan hadis.muaz bin jabal cukup gemar mendengar tazkirah  dan berjemaah dengan nabi.rumah muaz terletak jauh dari masjid tempat sahabat berjemaah dengan nabi.apabila muaz selesai solat bersama nabi, muaz akan bergegas balik ke kampung halamannya untuk menjdi imam kepada penduduk kampungnya pula.itu lah rutin harian muaz bin jabal.

setiap kali muaz menjadi imam,muaz akan membaca surah yang panjang sehinggakan  menjadi beban kepada  sahabat-sahabat yang menjadi makmum kepada muaz .satu ketika, seorang sahabat  datang kepada nabi untuk mengadu tentang perbuatan muaz yang suka membaca surah yang panjang sehinggakan mengganggu aktiviti harian mereka.apbila mendengar aduan tersebut,nabi memanggil muaz.nabi bertnya kepada muaz ‘adakah betul apa yang dikatakan oleh sahabat mu ini?’.muaz mejwab’ betul ya rasulullah’.lalu nabi menasihati muaz’apakah kamu ingin melakukan fitnah kepada agama mu sendiri?islam tidak pernah membebankan penganutnya.islam agama yang mudah dan menyenangkan.jangnlah kamu membebankan jemaah kamu kerana mereka juga ada pekerjaan untuk mencari rezeki masing-masing’.selepas sahaja muaz dinasihati oleh nabi,dengan rasa marah, muaz berkata kepada sahabat yang mengadu kepada nabi itu’apakah sumbangan kamu kepada islam?’
.sahabt yang mendengar pertanyaan muaz itu tertunduk malu.dia sedar dirinya tidak sehebat muaz bin jabal.ketika satu peperangan telah berlaku,sahabat yang mengadu kepada nabi tentang muaz ini telah mati syahid.nabi telah mengumpulkan sahabat-sahabatnya yang mati dalam peperangan lalu memanggil muaz.nabi berkata kepada muaz sambil menunjuk ke arah seorang sahabat yang mati syahid’wahai muaz,inilah pemuda yang dulu nya kamu pernah memperkecilkannya  kerana tidak memberi apa-apa sumbangan kepada islam.tapi hari ini dia telah bersma dengan para syuhada’ yang lain kerana dia mengorbankan nyawanya untuk islam.’muaz terdiam sambil menyesali perbuatannya dulu.

Kalau di sekolah kita diminta untuk menerangkn pengajaran dari novel-novel  melayu seperti azfa hanani,kembara amira dan sebagainya.tapi hari ini, marilah kita sama-sama mengmbil pengajaran daripada kisah di zaman nabi yang membawa 1oo1 manfaat yang boleh kita gunakan untuk mewarnai khidupan kita seharian.pengajaran yang pertama yang boleh kita ambil dari kisah di atas ialah,islam merupakan agama yang syumul, agama yang memudahkan penganutnya.Allah tidak akan sama sekali membebankan hambanya seperti mana nabi menasihati muaz agar jangan membaca surah yang terlalu panjang sehinggakan umat islam akan merasa susah apbila ingin melakukan solat.pengajaran yang kedua ialah,kita jangnlah sesekali memperkecilkn orang lain walaupun kita lebih hebat dari orang tersebut.ingatlah kawn-kawan sekalian bahawa segala kelebihan yang ada pada kita merupakan hak Allah.kita hanyalah seorang hamba yang tidak mempunyai apa-apa.segala yang ada dalam diri kita ,semuanya milik Allah.jadi kita tidak boleh sesekali memperkecilkan diri orang lain kerana perbuatan kita itu akan menimbulkan rasa kagum pada diri sendiri .kita akan merasakan diri kita lebih hebat dari orang lain tanpa kita sedar bahawa perasaan kita yang timbul itu amat dibenci oleh allah s.w.t.

pengajaran yang terakhir yang boleh kita ambil daripada kisah di atas ialah kita sebagai hamba allah perlu bertanya pada dri sendiri,apakah sumbangan kita kepada islam?.jika kita seorang pemain ragby yang terkenal,maka kita telah menaikkan nama baik Negara.jika kita seorang pelajar yang pintar,maka kita telah menaikkan nama baik sekolah.semua sumbangan kita ini hanyalah kepada dunia yang sementara,namun apakah sumbangan kita kepada agama islam yang akan memberi manfaat kepada kita di akhirat nanti?.diceritakan oleh anas bin malik  tentang situasi peperangan uhud.dia melihat siti aisyah sibuk bertungkus lumus merawat tentera islam yang cedera sehinggakan kain yang dipakai oleh siti aisyah terangkat. walaupun siti aisyah tidak mampu untuk berperang, tetapi beliau tetap memberi sumbangan kepada islam dengan merawat tentera islam yang tercedera.apakah  kaum wanita perlu pergi berperang?.bukan itu maksud ana.apa yang ingn ana katakan di sini ialah walaupun kita bergelar kaum wanita,namun ianya bukanlah penghalang untuk kita memberi sumbangan kepada agama islam. antara sumbangan yang boleh kita lakukan untuk islam ialah dengan kita bersedekah kepada sekolah-sekolah agama.jika kita tidak mampu cukuplah sekadar kita  menerapkan nilai-nilai islam kepada ahli keluarga mahupun anak-anak  kita agar mereka mengetahui betapa indahnya hidup mengikut syariat islam.walaupun kita bukan seorang guru tapi kita boleh mendidik anak-anak atau ahli kelurga kita tentang islam.nabi bersabda,’sebarkanlah ilmu yang ada pada kamu walaupun dengn satu ayat’.sudah cukup besar sumbangan kita kepada islam jika kita dapat menyampaikan ilmu agama kepada keluarga kita sendiri.wallahusubhanahuta’ala’alam.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    jazakillah..info yg amt2 mnarik!!
    rndu nk dgar kata2 tarbiyyah dr hg...
    insyaAllah..smoga kita sama2 brusaha mmberi sumbangan terhadap Islam!!

    ma'assalamah!! bye zut..

    ReplyDelete