Monday, August 01, 2011

AhLaN wahSaHLaN yA rAmADhAn....

assalamualaikum kepada semua teman-teman yang mungkin ternanti-nanti post seterusnya.harap dimaafkan di atas kelewatan ini kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan.

kaifa halukum ya muslimin wa muslimat?

pertama kali dan selamanya kita bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniakan kita dipertemukan kembali pada bulan ramadhan yang penuh barakah ini.semoga tahun ini,ibadah kita dilipat gandakan daripada tahun lepas.jangan kerana tahun ini kita hendak menganbil peperiksaan besar,kita dinaikkan pangkat,kita mendapat habuan menarik dan lain-lain kita terus menjadikannya satu alasan untuk mengelak daripada bertemu dengan ALLAH.ketahuilah bahawa semua itu datangnya daripada ALLAH.ALLAH itu maha kuasa ,sekelip mata sahaja ALLAH boleh ambil kembali nikmat yang dipinjamkan kepada kita kerana sikap kita yang mudah lupa dan tidak bersyukur.jadi,kalau kita hendak mendapat keputusan yang baik atau aturan yang cantik dalam kehidupan kita,berdoa dan bermunajatlah kepadaNYA.ALLAH berkata kalau kamu minta nescaya AKU akan bagi apa yang kamu hajatkan itu...

JADI MINTALAH BANYAK-BANYAK KEPADANYA....

hadis nabi muhammad s.a.w pernah bersabda,pada bulan ramadhan,maka dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.


maksud DIBUKA SEGALA PINTU SYURGA ialah satu gambaran yang menunjukkan banyaknya ketaatan yang menyebabkan terbukanya pintu syurga buatnya.pada bulan ramadhan,terlalu banyak kebaikan yang boleh kita lakukan bagi mengisi ruang-ruang kosong untuk mendapat tempat di sisi ALLAH di samping meningkatkan iman.

DITUTUP SEGALA PINTU NERAKA bermaksud satu gambaran yang menunjukkan kurangnya maksiat yang boleh menyebabkan pintu neraka tertutup.sepatutnya,PROBABILITY untuk melakukan kejahatan akan surut pada bulan yang mulia ini kerana terlalu sibuk untuk menambah amalan baik.

DIBELENGGU SEGALA SYAITAN pula bermaksud menunjukkan terputusnya gangguan syaitan terhadap orang yang berpuasa kerana mereka tidak termakan dengan tipu daya syaitan ke arah maksiat.ulamak juga ada menafsirkan bahawa,jin dan syaitan ini bukan tidak ada pada bulan ramadhan.mereka ada,cuma berada dalam keadaan lemah kerana ramai yang berpuasa.ibadah puasa ini telah berjaya ,melemahkan mereka  kerana terpaksa melihat manusia melakukan ketaatan kepada ALLAH.waallahualam.


rasanya belum terlambat bagi ana untuk mengucapkan
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA...
(jangan curi2 ponteng puasa tau..nanti xleh raya =p )

jadikanlah,bulan ramadhan kali ini sebagai titik permulaan untuk melakukan satu penghijrahan yang murni.ALLAH akan bantu hambanya yang cinta untuk melakukan kebaikan.AMIN3X..jazakallah

MAY ALLAH BLESS US..wasalam.

No comments:

Post a Comment