Wednesday, February 02, 2011

mEnGaPa TakUT uNTuk BerUbAh??



ASSALAMUALAIKUM....

kali ini,ana tertarik ingin berceritakan tentang SEBUAH PENGHIJRAHAN yakni seseorang berubah daripada perangai yang kurang elok kepada perangai yang lebih baik..hijrah bukan sahaja perpindahan daripada satu tempat ke tempat yang lain.perubahan dalam diri juga di namakan hijrah...

mungkin ada dalam kalangan kita ini pernah terdetik untuk berubah.ALHAMDULILLAH..itu namanya ALLAH telah kurniakan kepada kita keindahan HIDAYAH itu...tetapi kalau hanya terdetik tanpa membuat sebarang tindakan yang sepatutnya,tak jadi juga perubahan itu.tidak sempurna lagi hidayah kurniaan ALLAH itu..ingat!!hidayah tidak akan datang bergolek tetapi kita yang perlu mencari dan terus mencarinya tanpa kenal erti putus asa..jadi beranikanlah diri untuk mengalami perubahan??




kadang-kadang hati kita terasa ingin berubah tetapi kita yang terlalu egois tidak pernah mahu memberi peluang kepada diri kita untuk berubah...walau macam mana pun orang datang nasihat dan beri teguran kepada kita tapi kalau hati kita tidak tersentuh melainkan dengan kurniaan hidayah itu,kita tetap tidak akan berubah..semuanya bergantung pada diri kita bagaimana ingin membentuk sahsiah diri...



apa yang menghalang kita untuk berubah?
apa yang menghantui kita untuk berubah?
apa sebabnya yang membuatkan kita takut untuk berubah?

sebenarnya,kita takut akan ketidak setiaaan kita dalam peringkat perubahan itu..
ada yang berkata:
buat apa aku nak berubah,entah-entah tak sampai sebulan aku dah  berubah balik jadi jahat...
oleh itu,untuk mengalami satu perubahan..
ia perlulah secara berperingkat-peringkat agar kita tidak cepat rasa fed up malah dapat merasai kemanisan atau halawatul dalam sebuah perubahan itu..contohnya,seseorang yang tidak pernah pakai tudung,alih-alih berubah terus pakai tudung labuh,arm sock,stokin,baju longgar-longgar dll.apa impaknya kepada insan tersebut,ia tidak akan bertahan lama...itu namanya perubahan drastik..untuk berubah kita perlukan masa kerana sepanjang perubahan itu,ALLAH akan sentiasa ingin menguji sejauh mana ketangkasan dan kesungguhan kita untuk berubah hanya kerana ALLAH bukannya kerana makhluk lain..
itu juga menjadi salah satu faktor mengapa perubahan yang kita ciptakan itu tidak kekal lama..

bercerita soal peritnya ingin berubah,ana ingin berkongsi pengalaman sedikit..

waktu ana form 2..ana mula berjinak-jinak dengan tudung labuh yang dipinjamkan oleh senior-senior ana ..
faktor sekeliling juga sangat memainkan peranan dalam proses perubahan itu...
suatu hari,dalam perjalanan ke sekolah,ada kawan ana berkata sedemikian..

ya ALLAH zut,ko pakai tudung labuh ka??
nampak gemuk doh??ko x sesuai la..
ko da la pendek..pakai macam ni lagi bertambah pendek...!!1

hati mana tak berkecai..impian yang ditanam elok-elok dalam hati bagai dipijak oleh teman sendiri..mulai pada hari itu,ana terus memboikot tudung labuh yang tak bersalah itu..hati ana seolah-olah putus harapan untuk bertudung labuh...ana terus tanam niat untuk tidak akan bertudung labuh lagi...NEVER AND EVER...

tapi apa boleh buat,jika ALLAH kata jadi maka jadilah...
alhamdulillah ALLAH masih kurniakan kesempatan kepada ana untuk merasai nikmatnya bertudung labuh..dan diharapkan,ana dapat terus mempertahankannya..amiinnn3..

tu la serba sedikit cerita tentang pengalamn ana ketika proses perubahan itu..jujur ana katakan ia tidaklah mudah..hanya mereka yang betul-betul kuat sahaja akan berjaya..
sehingga sekarang proses itu belum sempurna bagi ana..dan ia tidak kan berhenti sehinggalah kita dijemput kembali oleh ALLAH YANG MAHA PENCIPTA...

berubah la wahai umat islam....BERUBAHLAH...BERUBAHLAH...
sebelum kamu menyesal..

KALAU BUKAN KITA..SIAPA LAGI??
KALAU BUKAN SEKARANG...BILA LAGI??
KALAU BUKAN DI SINI..DI MANA LAGI??

tepuk dada..tanyalah iman...wallahualam..wasalam

4 comments: