Tuesday, January 03, 2012

BuAtMu MUjaHidAh..


Assalamualaikum.sedikit pesanan yang ana petik daripada blog sahabat ana.semoga ia memberi kita sedikit inspirasi untuk teruskan pejuangan.hayatilah wahai sahabat-sahabatku..

pesanan ummi,

kalau nak memilih suami,
jangan pilih yang baik sahaja
kerana yang baik dan bersopan santun
belum tentu hatinya pada ALLAH
kadangkala yang baik itu
asyik terlupa mendirikan solat yang lima
yang baik itu
kadangkala tidak mengenali kesyumulan islam
tidak mengenali kalamullah.

kalau ingin memilih suami
jangan hanya memilih yang solat lima waktu sahaja 
kerana sehabis solatnya,
hanya lepak di hadapan tv
dakwahnya hanya di rumah
setiap kali diajak ke majlis-majlis ilmu
anak isteri dijadikan alasan menghalang
"minta maaf,saya kena hantar isteri"
"minta maaf,saya hendak ambil anak tusyen"
beribu alasan direka kemas-kemas
lelaki ini tidak mengenali perjuangan islam yang sebenarnya


kalau ingin memilih suami,
pilihlah yang baik budi pekertinya
yang menjaga batas syariat
menjaga batas iktikafnya
supaya kelak tidak menyakiti hati kamu
dengan perbuatannya.

kalau ingin memilih teman hidup,
pilihlah yang solat lima waktu 
berjemaah di rumah ALLAH
kalamullah sebagai zikirnya
AL-QURAN pedoman hidupnya
pilihlah lelaki yang hatinya telah intima' di jalan ALLAH
kelak ia menjadi lelaki yang kamu kagumi dunia akhirat
kelak permata-permatamu
akan menjadi pewaris anbia'
keturunanmu berada di jalan ALLAH

pilihlah
yang baik budi pekertinya
yang solat lima waktunya di rumah ALLAH
yang hatinya intima' di jalan ALLAH
AL-QURAN pedoman hidupnya
moga ikatan itu kelak beroleh barakah

inginkan mencari pasangan yang sempurna tidak mudah bukan?kerana tiada manusia yang sempurna dalam segala-segalanya di atas muka bumi ini.cukuplah kita mendapat seseorang yang boleh memahami malah menjaga jiwa dan hati kita sebaiknya seta menyenangkan hati saat kita memandang wajahnya yang penuh dengan cahaya keimanan .cukuplah seseorang yang boleh menerima segala kelebihan dan kekurangan kita dengan penuh kesyukuran.kita juga harus ikhlas menerimanya seadanya.wallahualam.wasalam.

7 comments:

  1. salam..awal ckp sal suami zut..hehe lwk ja..papun thankz entry yg sgt menarik..;-)

    ReplyDelete
  2. salam..
    ceh..bukan utk ak..
    untuk ang sbnarnya...=)

    ReplyDelete
  3. hmm lbeh sesuai tuk hg,hg kan nak gi mesir..kak aku kata sebelum gi mesir elok khwn dlu..hg nie merancang x bgi tau alih dah post kat blog..bgi hint kat blog ja..kalo x lwt blog hg mst ak x tau.nasib bek terdetik nak lwt td.sedey2..;-(

    ReplyDelete
  4. aku sokong!!
    zut x gtau pa2 pun kt kita..
    diam2 ubi berisi niy..
    hahaha..

    ReplyDelete
  5. salam..
    sudah2..
    xhbis2 pekena aku je kejenya..
    xda pape kott..
    slamat syai xda lau x,kompem dia geng angpa..
    =)
    (sesuai gak untuk ang,tasnim)!!!

    ReplyDelete
  6. salam zut...
    lama dh x lalu kat cni..hehe..
    4 the first time aq comment kat blog hg zut..
    rindu pulak kat hg.. *gedikssshaha
    arap2 hg sihat ya zut..

    hhmm pesanan yg sngt baik nie..hehe :)
    best..

    ohya nie aq la saadiah..

    ReplyDelete
  7. salam..
    rindu kat ang jugak..
    teringin nak menang bla lumba lari ngan ang..
    hahahaha =p

    ReplyDelete