Tuesday, January 17, 2012

MUhAsAbAh KeTiKa MuSiBaH..


ASSALAMUALAIKUM.bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurninya kita masih dipertemukan kali ini.semoga setiap perkara yang kita kerjakan akan membuahkan hasil yang cemerlang di samping mendapat keredhaan ilahi yang sangatlah penting.semoga iman kita juga berada pada tahap yang selamat.tetapi kita harus ingat bahawa langit tidak selalu cerah dan hidup tidak selalunya bahagia.pada tahap-tahap tertentu kita akan diuji oleh ALLAH dengan menurunkan pelbagai ujian untuk kita tempuhi.seperti yang kita semua ketahui bahawa syurga ALLAH  itu sungguh mahal bukan?hanya insan-insan yang istimewa akan dipilih oleh ALLAH untuk menikmati kesenangan,kebahagian,kenikmatan dan keseronokan di JANNAHNYA.hanya mereka mencintai ALLAH sepenuh jiwanya sahaja akan mendapat tempat di sana.bagaimana ALLAH ingin memastikan bahawa kekuatan cinta hamba kepadanya benar-benar tulus adalah dengan mengirimkan ujian buat mereka.mereka yang ingin memasuki tempat yang terlalu indah itu harus berusaha dengan lebih kuat untuk mendapatkannya.mereka  yang benar-benar kuat dan kukuh cintanya kepada ilahi sahaja akan mampu mengharungi segala ujian itu dengan cemerlang.disebabkan kesanggupannya mengorbankan kebahagiaan dan kemewahannya semasa berada di dunia,ALLAH telah menghadiahkannya syurga di akhirat.cintanya kepada ALLAH telah dibuktikan sepanjang perjalanan kehidupannya di atas pentas dunia.

ALLAH telah berfirman,mafhumnya: apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan,"kami beriman",dan mereka tidak diuji?dan sungguh,kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka ALLAH pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.(surah al-'ankabut,ayat 2-3)


jelaslah bahawa hanya mereka yang sudah diuji dengan ALLAH dikatakan sudah beriman dan tempatnya di syurga ALLAH.semakin kuat iman seseorang,semakin kuat ujian yang bakalan diterima.mereka yang hanya berduga mereka telah beriman dengan ALLAH walhal tidak diuji itu tidak lain dan tidak bukan telah mangaburkan matanya dan seharusnya mereka berasa takut akan azab ilahi.


setiap kali kita diuji,kita sering bertanyakan kenapa..kenapa.dan kenapa..ketika kita ditimpa musibah,antara adab yang harus kita lakukan ialah bermuhasabah ketika ditimpa musibah.bermuhasabah bermaksud duduk sebentar bersendirian untuk mengingati perkara yang telah kita lakukan sama ada ia berbuahkan dosa ataupun pahala.semasa bermuhasabah,kita akan teringatakan dosa yang telah kita lakukan dan berasa takut akan azab yang ditimpakan oleh ALLAH YANG MAHA KUASA.saat kita ditimpa ujian yang berat ataupun tidak,kita perlu luangkan sedikit masa untuk bermuhasabah.ketika bermuhasabah,kita tanya kepada diri kita kenapa ianya berlaku.kita boleh menyoalkan kenapa dugaan sebegitu rupa harus kita peroleh keran ia membuatkan kita berfikir akan setiap tindakan kita tetapi ingat jangan disebabkan persoalan yang berlebihan itu menyebabkan timbulnya kemungkaran ALLAH.IMAM AL-GHAZALI telah menggariskan beberapa perkara sebab sesuatu ujian itu diturunkan kepada kita.salah satu daripadanya ada dalam ujian kita itu dan hanya kita yang mengetahuinya.disebabakan kita bersabar atas ujian itu lalu bermuhasabah diri,diri kita akan mempu mengharungi ujian itu dengan cemerlang.kita perlu terimanya dengan hati yang redha.barulah ALLAH sayang.

SEBAB-SEBABNYA UJIAN MENIMPA KITA.

* ALLAH ingin menguji tahap keimanan kita,setiap ujian yang kita peroleh akn meningkatkan keimanan kita.
* ALLAH ingin menguji kesabaran hambanya.
* segala ujian yang ditimpakan kepada kita seperti penyakit-penyakit akan menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu.(zaman muda-muda dahulu)
* setiap ujian yang kita lakukan akan mendekatkan diri kita kepada ilahi dan darjat kita dinaikkan.
* saat kita diberi ujian sebagai contoh demam,tetapi kita masih gagah melangkah untuk ke masjid bagi menunaikan solat fardhu secara berjemaah maka pahala yang kita perolehi tidak sama dengan jemaah sihat yang lain.pahala yang kita peroleh akan menjadi berlipat kali ganda kerana kesanggupan kita  menuju ke rumahnya walaupun sedang ditimpa ujian.
* dahulunya kita masih belum insaf dan sedar akan sesuatu perkara yang kita lakukan telah menimbulkan kemarahan ALLAH,dengan ujian yang datang itu,ia memberikan kita kesedaran dan keinsafan supaya kembali ke pangkal jalan daripada terus hanyut dibuai kemewahan dunia yang sementara.
* ia juga akan mengekalkan kedudukan kita.

sama-samalah kita memperbaiki diri kita agar lebih cantik dan comel di depan ALLAH kelak.esok lusa mungkin giliran kita pula untuk bertemu denganNYA.bekalan apakah yang telah kita persiapkan untuk membawa menghadapNYA?wallahualam.wasalam.

1 comment: