Monday, January 23, 2012

SaYa nAk JaDi SoLeH & SoLeHaH

ASSALAMUALAIKUM..syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNYA ana masih diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog ini yang semakin lama,semakin bersarang.ana akan cuba sedaya upaya untuk mengisi blog ini supaya dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya ana.

ibu bapa adalah dua orang insan yang sangat bermakna dalam hidup seseorang.tanpa mereka,kita tidak akan pernah berpeluang melihat dan merasai keindahan dunia ini dengan izin ALLAH.ibu seorang insan yang sangat tabah dan sabar dalam memastikan kandungannya berada dalam keadaan baik.alahan yang bermacam-macam jenis  terpaksa diharungi sekuat mungkin.dia juga membawa kandungannya ke hulu dan ke hilir selama 9 bulan tanpa pernah ditinggalkan ke tepi hanya buat sesaat sekali pun..badan terasa sangat letih dan lenguh langsung tidak dihiraukan kerana ingin membahagiakan semua orang yang menantikan kelahirannya.dalam kandungannya  ada satu nyawa yang amat disayanginya.kelahirannya adalah sangat mendebarkan dan ditunggu-tunggu.seorang ayah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam semata-mata mencari sesuap nasi untuk keluarga yang tercinta.walaupun penat lelahnya dan badannya merayu agar diberi sedikit kerehatan tetapi langsung tidak dihiraukan selagi insan yang disayangi di rumah tidak dipenuhi segala permintaannya.itulah pengorbanan yang penuh bermakna.untuk menjaga dan memelihara manusia tidak semudah menjaga benda lain.oleh hal ini kerana manusia mempunyai pelbagai ragam dan kehendak yang perlu dituruti.ibu bapa bertungkus-lumus menjaga anak-anaknya agar selesa dalam meniti kehidupan ini.tempoh penjagaannya bukanlah sehari dua,bukan juga seminggu dua,tidak setahun dua tetapi bertahun-tahun.satu tempoh yang sangat panjang dan lama.daripada kita yang masih merah sehingga sudah pandai berdikari menguruskan diri.begitu besar pengorbanan mereka.


kita kalau bergelar manusia yang tidak pandai mengenang jasa mereka,kita adalah manusia yang terlalu kejam.mereka menjaga kita bukan untuk kita balasi mereka dengan harta kekayaan kita yang bertimbun itu.wang kekayaan itu bukanlah yang mereka dambakan tetapi mereka inginkan perhatian dan kasih sayang yang tulus daripada kita apabila mereka sudah berusia kelak.walaupun kita bergelar jutawan sekali pun,bulum tentu kita mampu membayar semula pengorbanan mereka kepada kita.seoarang anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh sejak kecil itu diharapkan dapat mengazankan mereka saat ingin menjadi tetamu ALLAH,agar dapat menjaga dan memelihara mereka,dapat menjadi tempat luahkan kasih sayang,agar dapat memandikan jenazah mereka serta memjadi imam ke atas jenazah mereka yang ketika itu sudah lesu tidak bermaya.semua itu yang amat mereka harapkan sebenarnya.doa seorang anak soleh amat di  nanti-nantikan semasa mereka berada di dalam kubur kelak.kerana doa itu boleh dibawa oleh anak soleh itu tadi untuk menerangi kubur mereka kelak.bukan kekayaan dan kemewahan yang mereka harapkan atau ketagihkan.

biarpun seorang anak itu kurang cerdik tetapi kehadirannya yang mendamaikan sudah cukup melegakan dan amat disyukuri ibu bapa mereka.jika anaknya pandai serta cantik akhlaknya,itu bonus yang sangat baik.amat sedihlah mereka apabila dikurnikan seorang anak yang cerdik dan pandai tetapi akhlaknya habuk.mereka telah banyak berkorban untuk anak-anak mereka tetapi disebabkan kebongkahan mereka yang terasa sudah sangat pandai ibu bapa di kampung langsung tidak dihiraukan,ditinggalkan dan dilupakan.itulah anak yang tidak  mengenang jasa bagai kacang lupakan kulit.

untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah kita perlu berlaku baik serta melayani mereka dengan sangat baik.cukuplah dengan kehadiran kita tidak merimaskan serta tidak menambahkan lagi bebanan yang telah sedia ada.selagi nyawa dikandung badan,bantulah mereka kerana dengan bantuan yang dihulurkan itu bisa meringankan serta menunjukkan bahawa kita amat menghargai pengorbanan mereka.seorang anak yang baik itu tidak pernah menyusahkan ibu bapanya malah amat menyenangi mereka.berusahalah ke arah itu wahai sahabat sekalian.walaupun mereka berat sebelah atas kasih sayang terhadap kita,tidak mengapa.teruslah layani mereka sebaik mungkin kerana suatu hari nanti Allah akan buka mata hati mereka untuk melihat ketulusan kasih kita terhadap mereka.ana pernah membaca dalam sebuah artikel,seorang perempuan telah mengajukan sebuah soalan kepada seorang ustaz.soalannya berbunyi begini,ustaz saya adalah anak luar nikah,ibu saya telah meninggalkan saya ditangga di sebuah surau dan sekarang saya dipelihara oleh sebuah keluarga angkat yang amat menyayangi saya.persoalannya adakah saya tetap perlu membuat kebaikan atau mendoakan ibu saya walaupun dia telah membuang saya daripada hidupnya suatu ketika dahulu?jawab ustaz tersebut ialah walaupun ibu saudari pernah membuang saudari,namun yang terbaiknya bagi seorang anak adalah turut berbakti kepada mereka dengan cara mendoakan mereka agar segala dosa dan maksiat ketelanjurannya dahulu diampunkan.

bukankah ALLAH s.w.t.telah berfirman dalam surah luqman ayat 15 yang bermaksud,"jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-ku dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahuinya,maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang terbaik dan turutlah jalan oarang-orang yang rujuk kembali kepada-ku"




imam al-qurtubi mengulas berkenaan ayat ini bahawa menjadi tuntutan kepada anak untuk mengikat hubungan mereka dengan ibu bapa yang kafir.sedangkan ibu bapa kafir dituntut untuk mengikat hubungan,inikan pula ibu bapa yang pernah melakukan dosa suatu ketika dahulu.maka lebih layak baginya untuk mendapat layanan yang baik daripada anaknya.soal ketelanjurannya dan kesanggupannya membuang anak adalah dosanya dengan ALLAH dan ALLAH MAHA PENGAMPUN dan MAHA PENERIMA TAUBAT.menjadi kewajipan bagi anak untuk mendoakan mereka walaupun tidak mengetahui siapa mereka.wallahualam..

2 comments:

  1. trima kasih atas prkgsian ini..ana ad satu soalan..tp tidak tahu smaada perlu dtnya atau tidak....

    ReplyDelete
  2. salam...
    tanya la...kalau ana boleh bantu ana akan bantu..
    klau tidak maaf ya..kalau nak send kat email ana pun boleh..
    zutiqa94@yahoo.com..
    wasalam

    ReplyDelete