Monday, March 12, 2012

iSteRi SoLeHaH iDaMaN sEmUa....

ASSALAMUALAIKUM semua.semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja hendaknya.terlalu lama rasanya blog ini dtinggalkan keseorangan.semakin hari,semakin berhabuk jadinya.ALHAMDULILLAH dengan ruang dan kelapangan yang  ALLAH berikan serta sedikit  kekuatan dapat juga ana berkunjung di sini bagi mencoretkan sesuatu yang boleh kita kongsi bersama.semoga kita dapat manfaat daripadanya.ana datng ke mari untuk membersihkan kembali blog yang berhabuk ini.ana ingin memohon kemaafan kerana membiarkan kalian menunggu lama.ana bukan ketandusan idea akan tetapi ketandusan masa.masa itu ibarat pedang,jika kita tidak memotongnya,ia akan memotong kita.jadi pada kelapangan ini ingin ana gunakan untuk mengisi perkara yang bermanfaat.insyaALLAH.

isteri solehah merupakan satu tajuk yang tidak asing lagi.ia sering dihujah dan diutarakan oleh banyak pihak.benarkah semua orang mengidamkannya?siapa yang tidak mahu permata yang begitu cantik,bukan saja luarannya yang amat menyenangkan bahkan dalamannya yang amat mempersonakan.akhlaknya yang begitu lemah lembut dan setiap tindakannya  menuju jalan-jalan dakwah yang penuh kebijaksanaan.fitrah manusia menyukai sesuatu yang indah dan tenang.
pada seorang lelaki,mengingin seorang isteri solehah bukan sesuatu yang pelik.walau sejahat mana atau senakal mana pun seorang lelaki itu,akhirnya seorang wanita yang cantik kepribadiannya serta bertudung juga dipilih untuk dijadikan teman hidup.bukan sahaja menjadi salah satu cara untuk menambat hati emak mertua,akan tetapi untuk dijadikan pendamping sepanjang hidup.kita akan hidup dengan pasangan kita bukan sehari dua,bukan sebulan dua, bukan juga setahun dua akan tetapi berpuluh-puluh tahun.untuk mencari pasangan yang setia,yang tahan akan kerenah kita bukan mudah pada zaman sekarang ini.oleh itu,dengan pegangan agama yang dibawanya dapat memberi sedikit kepercayaan kepada kita bahawa dirinya bakal membahagiakan kita.ALLAH juga telah berjanji jika kerana agamnya kamu memilihnya,nescaya kamu akan bahagia..benar bukan setiap lelaki mempunyai keinginan untuk memiliki isteri yang solehah?

pada wanita pula,untuk menjadi seorang isteri yang solehah adalah antara matlamat utama yang ingin dicapainya dalam hidupnya.mereka akan sentiasa mempersiapkan serta memperbaiki mana yang perlu diperbaiki untuk mecapai status isteri solehah.untuk merealisasikan impian itu bukan mudah bukan.akan tetapi mereka sedaya upaya juga mencuba mendapatkannya.walaupun tidak medapat menjadi sehebat isteri-isteri NABI MUHAMMAD S.A.W,akan tetapi jika dapat tempias atau seakan-akan mirip  juga sudah cukup membahagiakan mereka.samalah seperti kaum adam.untuk mendapatkan isteri solehah pada zaman yang serba canggih ini agak payah kerana jiwa wanita yang penuh kelembutan itu semakin hari,semakin pudar dan diisikan dengan keperluan hidup zaman sekarang ini.bukan nak kata wanita tidak boleh memajukan diri atau wanita hanya perlu duduk di rumah menjaga dan mendidik anak-anak.sedangkan menjaga serta mendidik anak-anak itu merupakan tanggungjawab bersama.seorang isteri boleh keluar untuk membantu meringankan beban suami untuk mencari rezeki keluarga akan tetapi jangan melanggari syariat islam.mana yang perlu ditutup dan diperlihara harus dilaksanakannya dengan  sempurna kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

sama-samalah kita berdoa agar kita dikurniakan seorang isteri yang solehah atau pun jadikanlah kita seorang isteri solehah yang mirip seperti siti khatijah atau siti aisyah humaira ..wallahualam..

1 comment:

  1. asalamualaikum..lama menunuggu kamu akhirnya muncul juga..nway nice entry..:)..salam ziarah..

    ReplyDelete