Sunday, February 26, 2012

BiLa KaLi TeRaKhiR ???

ASSALAMUALAIKUM sahabat-sahabat yang amat ana segani sekelian.semoga kalian berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat ALLAH hendaknya.di kesempatan ini ingin  sekali ana memohon kemaafan atas kelewatan ini membuatkan kalian tertunggu-tunggu.ketahuilah bahawa ianya bukanlah sesuatu yang diingini oleh penulis.sejak kebelakangan ini terlalu banyak agenda yang perlu dikerjakan dahulu membuatkan ruang untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog kesayangan ini memjadi kurang.tanpa melengahkan masa,kali ini ingin ana berkongsi sedikit pandangan yang tidaklah seberapa ia cumalah sesuatu yang berbentuk tazkirah di mana kita sebagai manusia tidak terlepas daripada satu penyakit ini iaitu penyakit lupa atau alpha.

ya ALLAH,ajarkanlah aku apa yang tidak aku tahu tentang isi al-quran.
ya ALLAH,ingatkanlah aku apa yang aku telah lupa tentang  al-quran.
ya ALLAH,hapuskanlah dosaku dengan berkat membaca al-quran.

doa ini tidak asing lagi daripada kita bukan?banyak kali kita membacanya secara ulang-ulang tetapi pernahkah kita menjenguk sebentar akan maksudnya yang terkandung di sebalik tulisan arab yang terpampang di muka surat al-quran di bahagian belakang itu.
jikalau kita ambil beberapa minit yang tidak langsung akan menjejaskan masa kita untuk membaca serta menghayatinya pasti tersentuh hati kita sehingga boleh mengeluarkan mutiara putih di mata kita.hati kita akan bergelora disebabkan pelbagai perasaan yang bercampur-aduk.teramatlah sayang kerana masih lagi ada manusia yang mensia-siakannya.setelah membaca al-quran yang tidak sampai satu muka surat, itu pun atas dasar terpaksa,terus tutup al-quran tersebut dengan satu perasaan yang puas kerana telah melepaskan satu beban yang padanya teramatlah berat.apabila seseorang itu membaca al-quran pun begitu payah,patah lagi ingin mengambil masanya yang sedikit untuk menghayati doa tersebut.teramatlah sayang mereka yang mempunyai jiwa sekeras itu kerana tidak berpeluang merasai keindahan bercinta,berjumpa,ber'dating',berdambakan kasih,merindui,bermanja-manja serta mengadu kepada satu-satunya CINTA SEJATI iaitu ALLAH.kita sama-samalah berdoa agar mereka ini dikurniakan hidayah ILAHI dengan sempurna tidak lama lagi.biar mereka rasa betapa hebatnya rasa nikmat BERCINTA yang sebenarnya dan tidak lupa kepada diri kita juga agar dipertingkatkan lagi kehangatan cinta itu.insyaALLAH.

satu soalan yang ingin ana bertanyakan kepada diri ana sendiri serta kawan-kawan yang lain.satu soalan yang sudah  biasa kita dengar...

BILAKAH KALI TERAKHIR KITA BUKAN SETAKAT PEGANG TETAPI TURUT MEMBACA AL-QURAN???

adakah membacanya buat kali terakhir semasa berada di alam persekolahan?ataupun saat kali terakhir berkhatam al-quran?tahukah kita bahawa al-quran itu akan menjadi peneman kita saat kita keseorangan berada di suatu tempat yang gelap-gelita iaitu alam kubur.al-quran juga boleh menjadi pendiding saat kita hendak jatuh ke api neraka.terlalu banyak fadhilat apabila kita membaca dan mengamalkan isi kandungannya.bahkan kita tetap tidak akn sesat walaupun dicampak ke mana jua.al-quran itu petunjuk.al-quran itu terapi jiwa.al-quran itu penenang hati.al-quran itu adalah segala-galanya.mengapa kita mengabaikan sesuatu yang sudah kita pasti akan balasan kebaikannya?tetapi kita sibuk mengejar sesuatu yang masih kabur dan tidak pasti kita akan memilikinya?cinta ALLAH itu pasti kita peroleh apabila kita melakukan  segala kebaikan dan tinggalkan segala laranganNYA.cinta serta harta dunia itu belum pasti kerana makin dikejar,makin sukar mendapatkannya.


cuba kita berfikir sejenak,bagaimana AL-QURAN itu ingin membantu melindungi,menemani dan membawa kebaikan kepada kita apabila kita mengambil keputusan untuk tidak langsung mengingati kepadanya dengan membaca al-quran itu.wajarkah al-quran membantu kita tetapi diri kita sendiri terlalu ego untuk membantu dan menyayangi diri kita sendiri.AL-QURAN itu merupakan kalam ALLAH.puisi dan kata-kata ALLAH yang terlalu indah.tiada seorang pun manusia di atas muka bumi ini yang bisa memcipta walaupun sebaris ayat yang boleh melebihi kehebatan ayat ALLAH S.W.T itu sendiri.bukan setakat melebihi bahkan setanding pun tidak mampu kerana KALIMAH-KALIMAH ALLAH ITU MERUPAKAN KALIMAH YANG TERAGUNG HINGGA AKHIR ZAMAN.ayuh,kita korbankan sedikit masa kita untuk membacanya setiap hari.tidak mampu sejam,beberapa minit pun sudah memadai wahai sahabat-sahabat.biasakanlah diri kita mendengar  alunan ayat suci al-quran agar jiwa kita sentiasa tenang dan hati setiasa lembut.tidak mampu untuk membacanya,cukuplah sekadar memdengarnya di dalam radio sebagai contoh.nescaya kalian tidak akn rugi.wallahualam.salah dan silap harap dimaapkan.ana bukanlah ingin menunjuk pandai cukuplah sebagai teguran buat diri sendiri yang dhoif ini.wsalam.

No comments:

Post a Comment