Sunday, February 12, 2012

kEmAs DaN bErSiH...



ASSALAMUALAIKUM.bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita masih lagi boleh bernafas dan terus melakukan ibadah atas kebenaran ilahi.sebenarnya ingin melihat nilai kesabaran yang sebenar dalam diri kita ialah ketika kita diuji oleh ALLAH.sifat tabah itu sendiri dapat dinilai ketika kita kusut dilanda musibah,bukan ketika kita hidup senang kesabaran dan ketabahan itu dilihat.saat nilai cinta kita akan PENCIPTA kita diambil kira saat kita diberi dugaan.sama juga,saat kesetiaan kita dalam sesutu perhubungan itu diuji saat kita diuji dengan kejauhan atau perselisihan faham.jika dalam semua keadaan ini kita dapat atasinya dengan baik dan cantik,maka itulah nilai sebenar kesabaran dan ketabahan.saat kita diuji dengan kesakitan yang kuat,adakah kita masih sanggup mengatur langkah untuk menuju ke rumahNYA untuk sama-sama memeriahkannya yang kini kian suram.islam itu tidak pernah menyusahkan kita tetapi dengan cara ini dapat kita buktikan betapa kita sangat mencintai ALLAH.saat kita dikurnikan kesihatan yang baik,dengan mudah kita dapat melaksanakan semua ibadah tidak kira sama ada fardhu mahupun sunat.kita mampu melakukannya.persoalannya adakah kita mampu melakukan perkara yang sama saat dugaan datang menerpa.jika kita berjaya,ternyata kita benar-benar mencintai ALLAH.saat kita terlalu asyik dilema dalam percintaan misalnya,terlalu banyak kata-kata manis keluar daripada mulut,janji-janji kesetiaan dilaungkan dengan begitu berkobar-kobar tetapi hakikat kesetiaan sebenar itu dilihat saat perhubungan itu ditimpa musibah.jika mereka dapat harunginya bersama dengan jayanya maka perhubungan itu tidak diragui lagi kerana kesetiaan mereka benar-benar tulus.


kebersihan juga merupakan salah satu cabang keimanan.jika,kita benar mencintai ALLAH maka tidak wajarlah kita mengabaikan kebersihan itu.yang bersih,sudah tentu cantik dan menyenangkan.sedangkan ALLAH itu sangat cantik dan ALLAH suka akan kecantikan.jadi kita perlu lakukan apa yang ALLAH sukankan.hakikatnya,semua manusia sukan akan keindahan,kecantikan serta kebersihan.cuma kadang sifat malas yang wujud dalam diri kita itu yang menghalang kita berbuat sesutu yang terarah kepada kebersihan.kebersihan ini harus dipelihara supaya kita terhindar daripada pelbagai penyakit yang berbahaya.keadaan yang tersangat kotor akan mengundang pelbagai jenis virus dan menjadi medium penyebaran penyakit.sebagai contoh,penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes.kewujudan nyamuk aedes pula berasal daripada persekitaran yang kotor.kotor itu berpunca daripada sikap manusia yang tidak  bertanggung jawab.manusia yang sukakan akan kecantikan dan gemar kepada kebersihan akan mendapat tempat di sisi ALLAH.

rumah kita yang sentiasa bersih,susun dan teratur itu lebih menyenangkan ke atau rumah yang sedia adanya besar tetapi rupa di dalamnya tidk seperti sebuah rumah.kita yang baru pulang daripada kerja pasti akan terasa aman jika rumah itu bersih.sudah pasti kepala yang sedia serbut itu kerana tekanan daripada tempat kerja bertambah serabut jika badan yang letih pulang ke rumah didapati keadaan rumah yang kotor.keadaan ii juga akan mangganggu emosi kita.lantas,kekhusyukan dalam melakukan ibadah akan terjejas.solat yang dilakukan adakah benar-benar  diterima ALLAH?jadi,kebersihan ini merupakan perkara atas yang harus dipertingkatkan.khususnya bagi seorang wanita.sifat ini perlu wujud dalam sanubari wanita itu yang akan manjadi seorang ibu kelak.wanita yang memang fitrahnya dicipta mempunyai kepribadian yang luhur dan penuh kelembutan perlu juga memiliki sikap murni ini agar dapat melahirkan generasi yang akan terus membamtu membakar semangat umat islam dalam menegakkan kebenaran.wallahualam.wasalam...


3 comments:

  1. hurmm aku penah baca kat fb dya kata..
    sabar yg sebenar ketika kita sabar yg pertama...
    maksodnya bila kita ditimpa sesuatu ujian dan kita bersabar sendiri..itulah sabar yg sebenar...

    klau slah tolong betulkn k
    ^_^

    ReplyDelete
  2. salam
    syai..betoi ap y ang ckp...
    ak pun pnah dngar ustaz gtau di mana lau kita nk tengok tahap mana kesabaran kita y sebenar,
    kita lihat saat dugaan atau kesusahan itu dtg buat pertama kalinya...jadi bersabar lah..
    sampai bila??
    sampai bila-bila............itu y islam ajar...

    ReplyDelete