Tuesday, February 07, 2012

AdaKaH BeGiTu..



ASSALAMUALAIKUM..syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi milik ALLAH s.w.t.segala nikmat dann rahmat yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita jangan pernah kita sia-siakan.sia-siakan yang bagaimana?kita menggunakan kenikmatan dan rezeki yang diperoleh daripada Allah s.w.t  untuk menuju ke jalan yang dimurkai bukannya diberkati.ingatlah sejauh mana pun kita pergi dan sehebat mana pun pencapaian kita,akhirnya kepada ALLAH juga lah tempat kita kembali.oleh itu,jangan pernah mensia-siakan atau menduakan ALLAH kerana kita sangat memerlukanNYA untuk terus hidup.
seandainya kita terduga dengan sesuatu yang pada kita teramatlah berat.tambahan pula,urusan kita menjadi sukar.terlintas di kepala kita bahawa ALLAH akan tunjukkan jalan kepada hamba-hambanya yang benar-benar berkeinginan untuk mencari jalan yang ALLAH S.W.T berkati,pasti jalan itu akan ditunjukkan dengan mudah.mereka yang dekat dengan ALLAH juga pasti tidak akan  disia-siakan oleh YANG MAHA MENCIPTA.mereka yang disayangi ALLAH pasti dijaga olehNYA dengan begitu baik.seandainya,kita menginginkan sesuatu lalu kita berusaha dan berdoa kepada ALLAH agar ditunjukkan jalan yang benar serta dipermudahkan segala urusan kita.kita benar-benar menginginkan perkara tersebut tetapi kita masih belum mendapatkannya.tambahan pula,urusannya semakin sukar dan harapannya semakin gelap.maka timbullah bermacm perasaan yang bercampur aduk.sedih,kecewa,pedih dan sebagainya.pada masa yang sama juga timbullah bermacam-macm persoalan yang harus segera dijawab agar tiada masalah hati yang bisa memarahkan lagi keadaan.

perkara inilah yang kerap kali terjadi pada semua orang,segala persoalan itu harus segera dirungkai.apakah persoalan itu?kita terfikir adakah kita masih jauh dengan ALLAH sebab itu kita sukar mendapatkan?adakah disebabkan doasa kita yang lalu kita menjadi payah dalam urusan ini?pelbagai persoalan menerjah dalam kotak minda kita.pertama,kita perlu ingat bahawa mereka yang masih ingat akan ALLAH dan takut akan azabNYA mereka ini tidak jauh dengan ALLAH.mungkin doa  itu ditangguhkan dahulu oleh ALLAH tetapi apa yang pasti ALLAH akan tetap memakbulkan doa kita.kalau tidak sekarang mungkin nanti.kalau tidak di dunia pasti di akhirat.pasti ALLAH ingin mendengar tangisan dan rayuan kita kepadaNYA saat kita diberi dugaan dan ALLAH tidak mahu tangisan dan rayuan itu terhenti apabila kita telah temui penyelesaian bagi masalah tersebut.ALLAH bimbang kita akan lupa dan lalai kepadaNYA.oleh itu,ALLAH tangguhkan dahulu doa itu untuk terus mendengar kita berdoa.
Apabila Allah S.W.T segera memakbulkan doamu, maka dia menyayangimu.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah: 186)
Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.
Menurut al-Khatabi: "Jika Allah S.W.T tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya dari kecelakaan, atau menggantikannya dengan pahala."
Menurut Hukama: "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi apa yang dipohon, atau menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak dari yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat."
Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah: 216)
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T, maksudnya: "Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini." (Hadis Qudsi)
jika kita beranggapan bahawa dosa kita yang lalu adalah penyebab kita sukar dalam berusan...ia berkemungkinan ADALAH BENAR..
mungkin aALLAH ingin hapuskan dosa kita semasa kita berada di dunia lagi agar di akhirat kelak bebanan dosa itu berkurangan sedikit.contohnya,kita megalami deman atau penyakit lain.saat kita ditimpa musibah melalui penyakit itu,dosa kecil kita akn terhapus.dengan erti kata yang lain ALLAH kirimkan kesusahan buat kita dahulu di dunia bagi menghapuskan dosa yang telah kita lakukan.konklusinya,kita harus berfikiran positif kepada ALLAH.BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH itu sangat penting di mana kita perlu beranggapan baik saat kita ditimpa musibah.kita menganggap bahawa ALLAH sangat menyayangi kita oleh itu dia memberi peringatan kepada kita agar kita sentiasa berasa dekat denganNYA..WALLAHUALAM...

3 comments:

  1. salam..tersentuh dengan entry kamo0 ini..keep it up..:)..semestinya bersangka baik dengan Allah..:)

    ReplyDelete
  2. salam..
    btol 2 btol..
    always be positive on Him..:)

    ReplyDelete
  3. lau kita sering bersangka baik kepada ALLAH,
    suma dugaan datang yg cuba mengetuk pintu hati kita..
    pasti dapat kita laluinya dengan baik...
    yang berat terasa ringan..
    yang susah terasa senang.
    wallahualam..

    ReplyDelete