Sunday, August 28, 2011

SiApA iNgiN BaHaGiA??

 salam kepada sahabat-sahabat yang amat dikasihi dan dikagumi sekalian,semoga pertemuan kita mendapat keredhaanNYA.di kesempatan yang masih dikurniakan ini ingin sekali ana manfaatkannya untuk kebaikan kita bersama.

pertama kali ingin ana ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN...

maaf dipinta andai tingkah-lakuku menyakitkan hati,bicaraku mengguris hati,gerak-geriku menjengkelkan dan sebagainya.ana juga makhluk biasa yang bergelar manusia sering melakukan kesalahan.seribu kemaafan ku pinta.

 waktu sekarang ini mungkin semua sedang sibuk melakukan persiapan untuk menyambut hari lebaran iaitu satu hari di mana umat islam meraikan kemenangan kerana berjaya melawan dan mendidik hawa nafsu sepanjang bulan ramadhan  tetapi kita perlu ingat bahawa ALLAH tidak suka akan pembaziran.oleh hal yang demikian,bersederhanalah dalam menyambut hari kemenangan umat islam ini agar kita sentiasa mendapat keberkatan ilahi.


 hari berbahagia ini hanya datang setahun sekali.oleh itu raikanlah ia sebaik mungkin tetapi tidak secara keterlaluan.saat ini juga ibu-ibu akan bermandi peluh bagi menyediakan juadah yang enak-enak buat keluarga tercinta.peranan anak-anak perempuan tidak disia-siakan untuk sama-sama bertungkus-lumus bagi membuat persediaan,tidak lupa juga kepada anak teruna.yang perempuan pasang kain langsir,kemas rumah,buat kuih raya,dan lain-lain.manakala yang lelaki pula sibuk mengacau dodol,menjaga rendang,membersihkan halaman rumah dan lain-lain.ketika inilah dapat kita lihat SEBUAH KEBAHAGIAN yang terpancar di wajah-wajah mereka.walaupun penat tetapi tetap diteruskan dengan penuh bersemangat.itu erti SEBUAH KEBAHAGIAN di mana ukhwah dan tali persaudaraan itu dapat dipereratkan lagi.


 persoalannya sekarang SIAPA INGIN BAHAGIAN??

satu persoalan yang rasanya tidak perlu ditanya kerana tidak ada manusia yang dilahirkan di atas muka bumi ini ingin hidupnya menderita dan terseksa bukan??ok,kita ubah persoalan itu..


BAGAIMANA INGIN MENJADI INSAN YANG BAHAGIA?



semua orang inginkan kebahagiaan tetapi tidak semua orang tahu bagaimana ingin bahagia.NABI MUHAMMAD S.A.W. telah menggariskan 4 ciri insan yang bahagia di mana sesiapa yang memperoleh ke semua ciri ini,maka dialah insan yang bahagia.manakala sesiapa yang tidak memperolehinya,dia kena berusaha mendapatkannya agar dia turut tergolongan dalam kalangan insan yang bahagia di dunia mahupun di akhirat.

CIRI-CIRINYA IALAH...

pertama: mempunyai ISTERI YANG SOLEHAH .

isteri yang mana sentiasa memberi semangat kepada suami,taat kepadanya,menjaga harta dan rahsia suami merupakan ciri-ciri isteri yang solehah.semoga kita tergolong dalam golongan ini..amin3x

kedua : anak-anak yang BAIK

 yang dikatakan dengan anak yang baik ialah seorang anak yang tidak menyusahkan ibu bapanya.anak yang sentiasa mengutamakan kebahagiaan ibu bapanya.apabila ibu bapanya memandangnya,mereka menjadi tenang -setenangnya.itulah anak yang baik.kita perlu berusaha menjadi seorang anak yang baik walaupun ia bukannya perkara yang mudah.

ketiga : jiran-jiran yang yang murah hati

sentiasa mengambil berat kebajikan dan keselamatan jirannya.sentiasa ada bersama jirannya saat susah dan senang dan tidak lokek untuk menyalurkan bantuan kepada jirannya yang berada dalam kesusahan..itu jiran yang baik..

keempat : harta yang diberkati.

pastikan punca rezeki yang kita perolehi bersumberkan daripada sumber yang halal supaya hidup diberkati dan diredhai ilahi.insyaALLAH..

waallahualam..wasalam


2 comments: