Friday, February 04, 2011

MusLimAh SeJaTi...

ASSALAMUALAIKUM...may ALLAH bless us...

sebelum ana mulakan cerita,I would like to ask you(muslimah) an important question...

ARE YOU PROUD TO BE MUSLIMAH???


kalaulah ana ditanya soalan sedemikian rupa..ana pasti jawab YES3x...wa antunna???

kali ini,ana terasa ingin berbicara sedikit mengenai betapa bertuahnya kamu menjadi seorang wanita...apatah lagi menjadi seorang wanita yang solehah yang merupakan perhiasan terbaik di dunia..

wahai muslimat sekalian,

bersyukurlah kepada ALLAH segera kerana terlalu banyak NIKMAT DAN KELEBIHAN yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kaum hawa...tetapi mengapa kita tega-teganya menggunakan nikmat itu untuk melakukan kesalahan serta maksiat..di mana rasa bersyukur itu???tidak malukah kita kepada ALLAH...ALLAH menciptakan hawa di syurga adalah untuk menemani nabi adam yang kesunyian...itu membuktikan bahawa kaum adam Tidak boleh hidup tanpa kehadiran kaum hawa =)..tetapi ia tidak membawa maksud di mana kaum adam boleh TOUCH kaum hawa sesuka hati..NO WAY...kita kaum hawa juga tidak boleh sesuka hati menyerahkan segala-segalanya kepada kaum adam(bukan boleh percaya pun)...kerana kita juga punya MARUAH DIRI yang perlu dijaga..hanya mereka yang berhak sahaja pantas memiliki kita...

WANITA diibaratkan sebiji EPAL yang berada di atas pokok...semakin tinggi epal itu,semakin tinggilah maruah dirinya..hanya mereka yang mampu dan mempunyai hati yang tulus sahaja  akan berusaha naik untuk memetik epal itu serta melindunginya daripada dimakan ulat..kita ingin menjadi EPAL yang mana??yang diatas atau di bawah atau yang sudah jatuh..EPAL yang berada di bawah dan  jatuh itu sudah dicemari dengan bekas tangan-tangan yang kotor???....tanyalah diri sendiri...

WANITA juga diibaratkan sebagai sekuntum bunga ros...ia amat cantik..menyenangkan setiap jiwa yang melihatnya..tetapi ia tidak mudah dimiliki kerana ada duri yang sentiasa melindunginya..mereka yang berhak sahaja mampu mendapatkannya..

jadilah muslimah yang sejati...INGATLAH...seorang wanita yang solehah bersamaan dengan 70 lelaki yang soleh..betapa ALLAH mengangkat darjat mereka yang beriman hanya keranaNYA..wanita amatlah senang untuk memasuki SYURGA tetapi ingat ia juga amat mudah masuk ke NERAKA...PILIHAN DI TANGAN KALIAN...sama ada nak ataupun  tak nak..untuk berubah memang tidak semudah disangka tetapi apa salahnya kita cuba perlahan-lahan..insyaALLAH..ALLAH akan bantu hambanya yang ingin melakukan kebaikan...

ada pepatah ,tidak akan sampai pada tangga yang ke-100 selagi kita tidak mulakan langkah pada tangga yang pertama(lebih kurang la) =)

KECANTIKAN SEORANG WANITA ITU TIDAK TERLETAK PADA  RAUT WAJAHNYA TETAPI TERLETAK PADA SIFAT MALUNYA..(HADIS)


lirik nasyid ini seronok..PUTERIKU SAYANG...

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

2 comments:

  1. salam...
    ceyh dya pown nk msuk gak lagu2...hahha
    hurmm 1 g aku nk tmbh...jdlar wanita yg brada dlm balang kaca...dpt dilihat tidak dpt dsentuh...amcm ayt aku...power arkk???hahaa aku cilok dri filem mna ntah...hahha
    wasalam...

    ReplyDelete