Monday, December 27, 2010

DuGaAn iTu aPa?

salam kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati sekalian

rasanya sudah lama ana tidak menjenguk blog ini.maaf dipinta atas kesibukan yang melanda memaksa ana mendahulukan perkara yang lebih penting.kalau ikutkan lagi berapa hari ya kita hendak mula bersekolah semula?lebih kurang 5 hari lagi bagi pelajar-pelajar kedah dan 6 hari lagi bagi pelajar-pelajar selangor..hehehe.selamat kembali ke sekolah.itu sebangai muqaddimahnya,.

kali ini ana ingin berbicara soal DUGAAN dan sekali lagi ingin ana nyata bahawa ana bukan orang yang banyak ilmu di dada.maaf atas segala kekurangan atau kesalahan.ana hanya ingin berkongsi ilmu yang halus ini.

apa yang ana kongsikan ini merupakan perkara yang ana juga baru dapat daripada seseorang yang lebih arif dalam hal ini..insayALLAH..semoga ALLAH memberkati kita semua..amin3

setiap orang pasti ada dugaannya sendiri..yang  membezakannya ialah cara kita menangani dugaan itu.kamu jangan pernah berasa gembira kerana tidak punya dugaan yang menyakitkan.ketahuilah bahawa kamu lah orang yang paling malang.

sebenarnya manusia ini telah ALLAH tentukan martabatnya,contohnya seeorang ini ALLAH letakkan martabat yang tinggi di sisinya.mungkin di sebabkan amalannya yang masih kurang menyebabkan orang itu tidak dapat mencapai martabat itu.jadi,ALLAH turunkan ujian kepadanya agar orang itu sentiasa ingat kepadaNYA.melalui ujian yang ALLAH kirimkan itulah akan membantu seseorang itu untuk mencapai martabat yang tinggi di sisi ALLAH.bukankah ujian itu menunjukkan bahawa ALLAH sayangakan hambanya.

kata ulama',
sesungguhnya manusia yang paling banyak menerima musibah(ujian) ialah para nabi dan orang-orang yang soleh.

sebenarnyamanusia ini apabila didatangi masalah,ianya berpunca daripada kehadiran syaitan dan nafsu.
di sini terdapat satu kisah di mana seorang pemuda ditanya oleh tok gurunya..jika kamu dikejar oleh anjing.apa yang akan kamu lakukan?pemuda itu menjawab,aku akan lawan.tok gurunya bertanya lagi.jika anjing itu kejar lagi?pemuda itu berkata,aku akn lawan.tok gurunya tanya lagi.jika anjing itu kejar kamu dengan lebih banyak?pemuda itu menjawab,aku akn lawan.jadi,tok guru nya berkata,kamu tidak akan mampu lawan.apa yang perlu kamu lakukan ialah mengadu kepada tuan punya anjing itu..
begitu juga dengan kita tidak mampu lawan melainkan  mengadu kepada ALLAH.cara yang terbaik ialah kita dekatkan diri kepada ALLAH..

dalam al-quran ada menyebut bahawa manusia akan terus diganggu oleh syaitan dengan apa cara sekalipun.ALLAH suka hambaNYA yang kerap mengadu masalah kepadaNYA.walaupun masalah-masalah itu,kita sudah tahu bahawa ALLAH sudah pun mengetahuinya terlebih dahulu..wallahua'lam..wasalam

No comments:

Post a Comment