Tuesday, September 07, 2010

HaTi iBaRaT DiSenTaL SeKUaTnyA...


ASSAMUALAIKUM..
kaifa halukum??ceh2 cakap arab pula..padahal xpandai pun arab..but i love to learn arab...sebab itu bahasa al-quran dan merupakan kalamullah.
berbicara soal hati,nampak remeh tetapi ia merupakan satu organ yang payah untuk dijaga.jika ia baik,maka baiklah seluruhnya.tetapi jika ia jahat,maka jahatlah seluruh nya.ia dikenali hati.kata2 yang tidak asing lagi dengan kita.ia membawa maksud bahawa jika kita memiliki sekeping hati yang tulus dan baik,maka suluruh sifat kita atau kelakuan kita memang baik.segitu juga sebaliknya.jadi hati merupakan elemen yang penting yang perlu kita ambil serius kerana hatilah yang control segalanya.bagi membentuk hati yang murni dan bersih ia memerlukan penjagaan yang rapi serta kemas.apabila ia mengerang kesakitan,kita perlu lekas mengubatinya secepat mungkin sebelum ia merebak..

ada satu kisah ini yang pada ana boleh dijadikan teladan,seorang hamba ALLAH ni yang memiliki penyakit hati setelah ia pulang ke rumahnya.ketika dia berada di asrama,segala amal ibadahnya dapat dilaksanakan dengan baik akan tetapi setelah ia pulang, kenikmatan itu berkurang.mungkin kerana kelalaian yang ada di rumah itu dan imannya yang masih lemah...dia mula berasa bahawa hatinya bermasalah dan hubungan nya dengan ALLAH ada sedikit kekurangan tetapi dia masih belum menjumpai sebabnya..

pada mulanya,diri nya sangat berat untuk menuju ke surau berhampiran rumah disebabkan hasil sogokan hati yang mulai kotor.tetapi berbekalkan sedikit sahaja lagi iman di hatinya,ia terus gagahkan langkahnya untuk menuju tempat yang mulia itu dengan niat kerana ALLAH..

ALLAHUAKBAR!!imam mengangkat takbir sebagai tanda telah bermulanya solat fardhu isyak...dia juga mengikuti imam dengan setianya..setiap alunan ayat yang dibaca oleh imam amatlah merdu.suaranya yang teramat lunak dan rasa lain daripada yang lain..hatinya terasa dicengkam sekuatnya..hati nya secara tiba-tiba berasa tenang dengan keindahan ayat-ayat suci al-quran..hati nya terasa bagai dibasuh,setelah itu ditambah dengan clorox dan diperah sekuatnya bagi menghilangkan kekotoran yang amat payah dihilangkan..setelah itu hati nya yang mengalami penyakit yang amat merbahaya kian pulih.telah terbukti,ayat2 al-quran bisa melembutkan hati semua orang termasuklah umar al-khattab iaitu orang yang paling kuat menentang umat islam pada zaman rasul ALLAH...

ketahuilah hati kita perlukan makanan rohani yang bisa membuatkannya sentiasa berada dalam kondisi yang sihat dan sejahtera..wasalam

No comments:

Post a Comment