Monday, December 26, 2011

SeJaUh MaNa PeRubAhaN iTu DaPaT Di KekAlKaN...


Assalamualaikum.kalifa halukum?syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk mencoret sedikit pandangan yang tidak lah seberapa tetapi moga-moga ia sedikit sebanyak dapat membantu kalian.maap kerana blog ini dibiarkan bersarang buat seketika.ada bayak masalah yang tidak dapat dielakkan.terima kasih kerana masih ada lagi sahabat-sahabat yang tidak berputus asa menunggu dengan penuh kesabaran.semoga ALLAH permudahkan urusan sahabat-sahabat sekalian.

semua orang boleh berdiri dengan gagah dan cakap macam-macam dengan mengeluarkan ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis yang hebat-hebat sehingga membuatkan orang yang mendengarnya terasa kagum dan menggeletar lulutnya kerana takut akan hujah yang dikeluarkan tetapi ingatlah mengamalkan sesuatu amalan tidak semudah berbicara mengenainya.berdakwah itu bukan sahaja boleh dilakukan dengan hanya berbicara dengan huraian-huraian yang power-power.ketahuilah bahawa mereka yang tidak lancar dalam berkata-kata juga mampu berdakwah dengan berkesan.bagaimana?caranya mudah dengan hanya melihat keperibadian diri kita.cara kita menyusun kata dalam menasihati,cara kita memberi kata-kata semangat kepada teman-teman,cara kita memelihara kehormatan diri dan lain-lain.memiliki keperibadian yang luhur dapat menjadi ikutan adik-adik,sahabat-sahabat malah orang yang lebih dewasa.kita manusia,menginginkan sesuatu yang indah.itu fitrah yang dimiliki makhluk yang bergelar manusia.mata kita akan terdorong untuk melihatkan sesuatu yang menyenangkan dan indah.melihat seorang wanita yang berwajah comel dengan melindungi dirinya dengan penuh kesabaran.menutupi perhiasannya dengan penuh ketaqwaan itu lebih indah jika dibandingkan dengan seorang wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya tidak berpakaian.tutup sebahagian yang lain tetapi membuka sebahagian yang lain.yang mana lebih enak  dipandang?wanita yang menjaga maruahnya atau sebaliknya.sudah tentu wanita yang terpelihara maruahnya bukan?lalu kita juga terdorong untuk melakukan sedemikian rupa juga dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amanah yanga dikurniakan oleh ALLAH.jadi,dengan penampilan dan tutur kata juga boleh mencegah kepada kemungkaran dan mengajak ke arah kebaikan.mereka yang hanya pandai berkata tetapi tidak pandai mengamalkannya tidak akan menghasilkan cara dakwah yang berkesan malah ia akan terdorong dalam menfitnah agama.na'uzubillah..semoga dijauhkan daripada kita semua.bukan sahaja ianya tidak akan berkesan tetapi ia turut akan dibenci oleh ALLAH,RASULULLAH dan masyarakat.jauhilah daripada cakap tidak serupa bikin.satu istillah yang tidak asing lagi daripada kita.


tidak dinafikan ada juga segelintir yang akan menjawab,wanita satu lagi yang lebih indah untuk dipandang daripada memandang wanita yang kolot itu. wanita  yangketinggalan zaman dan  tidak tahu apa itu fesyen dan gagal menggunakan sepenuhnya anugerah kecantikan yang diberikan kepadanya.malang lah orang yang jawab sedemkian rupa.betapa hatinya jauh daripada ALLAH.yang dikatakan indah itu adalah indah yang sementara.indah yang dimiliki itu adalah indah semasa melakukan dosa dan keindahan ini tidak akan berkekalan lama kerana ia akan diikuti dengan kesedihan yang berpanjangan.

semua oarang berkata soal perubahan itu dan ini.ingin berubah itu mudah bukan?hanya tinggal diri kita mahu atau pun tiadak untuk mengalami perubahan itu sendiri.ALLAH berfirman,aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut mengubahnya sendiri.sudah jelas lagi bersuluh,di mana perubahan itu bermula kalau bukan  daripada diri kita sendiri.akan tetapi sepanjang mana perubahan itu dapat dilaksanakan.kalau hari ini,seseorang itu bekerja sebagai pelayan di kelab malam.berkemungkinana esok dia terlintas untuk berubah kepada yang lebih baik.esok dia bekerja sebagai seorang ustazah di tadika.itu tidak mustahil bukan?tetapi selama mana ia boleh kekalkan perubahannya itu kerana dalam tempoh perubahannya itu dia akan terduga dengan bermacam-macam masalah.untuk melihat sejauh mana dia benar-benar kuat untuk berubah.kita kena lihat matlamat sebenarnya dalam melakukan perubahannya itu.adakah dia berubah benar-benar ingin mencari PENCIPTANYA yang memberi ketenangan dan kebahagian dalam kehidupan atau dia berubah kerana manusia atau niat-niat lain.ingin mengekalkan perubahan itu tidaklah mudah.saat itu kita sering diuji dengan bermacam-macam jenis cobaan yang mungkin tidak kita terduga ia bakalan menimpa kita tetapi ingat bahawa ALLAH tidak akan memberikan sesuatu kesusahan jika ia tidak mampu ditanggung oleh hambanya itu.itu janjiNYA.jadi,jika kita terduka ingatlah bahawa kita mampu menanggungnya kerana kita layak dan ALLAH tahu sejauh mana kemampuan kita.perubahan itu sering berlakukan dan ia tidak mungkin akan berhenti hingga kita dijemput menghadap ilahi bersesuaian dengan doa yang sering kita lafazkan setiapa hari.

YA ALLAH,kurniakanlah hari ini lebih baik daripada hari semalam dan dari esok lebih baik daripada hari ini.

dalam lafaz doa itu,kita mengharapkan satu perubahan yang berlaku setiap hari.kita menuju ke arah kebaikan setiap hari dengan cuba memperbaiki diri sendiri.itulah perubahan yang diinginkan.jadi berjuanglah dalam perubahan.bangkitlah semula jika kita jatuh tersungkur di tengah jalan jihad menuju keredhaannya.kita perbetulkan niat kita semasa ingin berubah itu di mana aku benar-benar mencari CINTA SEJATI atas kerelaan hati ku sendiri pasti kita akan temui keindahan saat itu.waallahualam.wasalam





8 comments:

  1. assalamualaikum....
    bila aku bca post neyh tetiba ayat neyh mncul
    "selalu positive dengan Allah"..(aku juz copy ayt dripd shbt kita)
    tqvm...

    ReplyDelete
  2. you right syai..!!!
    positive dengan ALLAH...
    semua terjadi,ada hikmahnya..
    ..syai hebat ..=)

    ReplyDelete
  3. itupun Allah antaq ampa smua ntok bntu aku...
    klau x,,mgkin hati aku msih dselubung kegelapan...
    terima kasih...^_^

    ReplyDelete
  4. betul,betul,betul..seseorg prnh berkata kpd ak yg setiap yg terjdi i2 ad hikmahny..dan itulah yg terbaik...:)

    ReplyDelete
  5. bermakna post niy..
    semoga kita istiqamah dlm ibadat..
    amin..

    ReplyDelete
  6. lau kita niat nak buat baik..
    insyALLAH ALLAH akan bantu..
    dipermudahkan segala urusan...
    percayalah...

    ReplyDelete
  7. salam..
    zut, syukran!
    p0st yg sgt brmkna n mndlm buat ak..
    rndu nk hdpi suasana dakwah kt sk0lah..
    d0akan ak ya..huhu..
    brgnang gk ayq mta tlis p0st neh..[huhu,rndu hg..ngee~]

    d0akan sma ak kt PLKN..
    d0akn ak kuat nk bermujahadah utk iman, islam & takwa..

    ukhuwah fillah

    ~aNis~

    ReplyDelete
  8. salam..
    berdakwah dlm satu jemaah terasa kuat dan menyeronokkan..
    tetapi berdakwah bersendirian agak memeritkan kerana terpaksa jatuh bangun sendiri..
    teruskanlah nilai dakwahmu..
    wallahualam..

    ReplyDelete