salam semua.indahnya saat kita diberi peluang untuk melihat salah satu kekuasaan ALLAH.kata bahagian falak,dijangkakan 10 disember 2011 gerhana bulan akan muncul.ia akan bermula 8.45 malam dan berakhir pada tengah malam hari itu.jadi,marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk mendekatkan lagi diri kepada ALLAH dengan bermunajat dengan penuh tawadu'.apa yang telah diajar oleh nabi saat gerhana ini tiba.beberapa riwayat bukhari telah menyatakan bahawa sepanjang hayat nabi,baginda sempat mengalami beberapa kali gerhana bulan tetapi hanya sekali gerhana matahari.
saat gerhana ini terjadi,di ceritakan bahawa nabi muhammad s.a.w dan para sahabat terus menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat gerhana.baginda dikatakan membaca 4 surah yang panjang-panjang sepanjang menunaikan solat antaranya surah al-baqarah,surah ali imran,surah an-nisa' dan surah al-maaidah.peristiwa ini ingin menunjukkan bahawa rasulullah beribadat sepanjang gerhana itu berlaku.tanpa sedikit pun masa yang ada dibazirkan.jadi,kita perlu ikut apa yang telah dilakukan oleh rasulullah.sepanjang gerhana itu perbanyakkanlah beristigfar,berzikir,menunaikan solat sunat dan bersedekah untuk menghapuskan dosa.bukan sepanjang gerhana itu kita bazirkan masa dengan bergelak ketawa,mengambil gambar sana sini serta berfoya-foya.kata ahli falak lagi,kajian mengatakan gerhana bulan kali ini merupakan satu ulangan gerhana bulan ketika 7 november 1957.subahanallah...
sepanjang gerhana ini berlaku,ada suatu sunnah yang harus dijalankan iaitu dengan mendirikan solat sunat,bersedekah,berzikir,dan lain-lain.sunnah yang kian dilupakan,bahkan terasa asing tatkala dilaksanakan tengah kalangan masyarakat.benarlah apa yang disabdakan oleh rasulullah s.a.w bahawa islam akan kembali menjadi asing sebagaimana awal kehadirannya.
gerhana bulan adalah tertutupnya sinar matahari oleh bumi sehingga bulan berada di dalam bayang-bayang bumi.gerhana bulan terjadi saat matahari,bumi dan bulan berada pada garis lurus di mana bulan terletak di belakang bumi dan bumi terletak di antara matahari dan bulan.saat terjadinya gerhana bulan adalah pada malam bulan purnama .bulan tidak dapat cahaya daripada matahari kerana dihalang oleh bumi menyebabkan bulan kelihatan gelap.
RASULULLAH telah bersabda,
Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
,niat solat sunat gerhana bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
No comments:
Post a Comment