Friday, December 30, 2011

HiDuP hArUs GeMBiRa..



Assalamualaikum semua.bersyukur ke hadrat ilahi kerana msih diberi peluang untuk bertemu di alam maya ini.semoga semuanya diberkati.persoalan pertama yang menerjah di kepala ana ialah

 ADAKAH KALIAN GEMBIRA?

pasti jawapannya ya tetapi kadang-kadang tidak.persaan itu normal bukan.kitakan manusia,atau ada antara kita ni makhluk asing.ada ka?kitakan bergelar manusia yang memiliki berbagai-bagai emosi antaranya gembira,sedih,kecewa,putus harapan,benci,sayang,rindu dan macam-macam lagi.kalau tidak ada perasaan ini kitalah manusia yang tiada perasaan.tidak gembira hidup kita.tiada warna-warni dalam kehidupan ini.tidak mungkin kita akan sentiasa serius sepanjang masa.oh tidak!ia pasti membosankan bukan?di mana dalam kehidupan ini tidak disertakan gurau-gurauan sebagai hiburan atau sakat-menyakat.kita juga harus ingat agar tidak berlebihan dalam bergurau senda,takut-takut gurauan yang ingin kita ciptakan itu akan menukar daripada keadaan yang ceria kepada keadaan yang suram.sebagai contoh,dalam persahabatan itu sendiri,langit tidak sentiasa terang bukan?.kadang-kadang ianya mendung juga.samalah dalam persahabatan yang tidak sentiasa baik.kadang-kadang kesetiaan dan kasih sayang itu hendak diuji oleh ALLAH agar  tahi persahabatan itu bertambah erat dan kukuh.jadi,ayuh kita corakkan lagi hidup kita dengan pelbagai perasaan agar ianya lebih indah.kenapa ALLAH tidak jadikan kita semua ini dalam satu bentuk dan satu perangai?bukan kerana ALLAH tidak mampu tetapi sudah tentu kerana ALLAH inginkan kepelbagaian dalam ciptaanNYA kerana ALLAH mampu melakukan apa sahaja mengikut kehendakNYA.baru meriah dunia ini kerana didiami ramai manusia yang mempunyai pelbagai karenah dan sifatnya.rambut sama hitam,tetapi hati lain-lain.


*adakah kita ingin jadi seoarng yang serius sepanjang masa?
*yang muka nya sentiasa muram =( aduh,sedihnya kalau hidup sebegini!

mahu ataupun tidak,kita pasti melalui saat sedih.ketika kesedihan ini melanda lah saat yang paling tidak disukai ramai dan sudah pasti saat yang perit untuk dilalui.ketika ini lah kita bermain dengan emosi.di saat inilah kesetiaan dan kasih sayang kita terhadap insan yang dikasihi teruji seperti ibu bapa,keluarga dan teman-teman.ketika gembira insan yang berada di depan mata dikatakan indah,sempurna dan amat menyenangkan.tetapi ianya diuji apabila ALLAH mengirimkan persengketaan  antara kita dengannya, mulalah isu ungkit-mengungkit atas kebaikan yang telah dilakukan.ketika gembira,kita mudah kawal perasaan kita kerana ianya dalam keadaan tenang manakala ketika kita berada dalam keadaan marah dan sedih,saat itu syaitan berpusu-pusu datang dan mula memasukkan jarum ke dalam diri kita.jiwa yang tadinya tenang bertukar menjadi kusut.jika kita gagal mengawalnya dengan bijak kita juga akan terdorong membuat keputusan berlandaskan emosi dan sudah pasti ianya bukanlah satu keputusan yang tepat.pengawalan ketika marah sudah tentu diketahui oleh sahabat-sahabat sekalian.kita perlu dekatkan diri dengan ALLAH.kalau kita sedang marah,lekas-lekaslah mengambil wuduk dan mendirikan solat sunat dua rakaat.kalau tidak mampu,kalau kamu sedang berdiri, duduklah.kalau kamu sedang duduk ketika marah,maka baringlah.itulah antara cara-cara yang diajar dalam islam bagi mengawal marah saudara-saudari sekalian.ana terang secara ringkasa sahaja.


apa yang ingin ana kongsi lagi ialah ketika ana berduka apa yang ana lakukan selain apa yang disertakan di atas.ana suka tengok cerita-cerita yang amat mencuit hati ana.apabila telatahnya dilakonnya pasti mencuit hati mereka yang menonton lalu bisa memecahkan kebuntuan dan kesedihan itu tadi.walaupun ia nampak kurang matang tetapi ia bagus kerana amat menghiburkan.ini dia cerita kegemaran ana di saat berduka.kalau tidak berduka pun,ana suka tengok cerita ini.penuh aksi keanak-anakan dan comel-comel.ingat tau,kalau kita suka  marah-marah,nanti cepat berkedut dan tua.=p..wallahualam.wasalam...



5 comments:

  1. zutiqa mcm mana kita nak handle perasaan cemburu? not in love tp dlm hal2 lain. e.g : org tu lebih something dr kita? kita takot jadi penyakit hati (hasad dengki) pulak

    ReplyDelete
  2. i love upin and upin!!
    but i don't love you!!
    sori lar brader..
    hahaha..

    ReplyDelete
  3. salam...
    xpa2..aku trima..
    ak tetap syg ang..=p

    ReplyDelete
  4. salam...
    husna,ap yang ak tau ada beberapa jeles y dibenarkan dalam islam..
    cntohnya,kita jeles ngan sahabat kita tu sebab ilmunya banyak,kuat beribadah,cantek akhlaknya..kalau jeles sebab perkara mcm tu xpa..kerana ia membuatkan kita ingin bersaing dalam mengejar kebaikan..seolah-olah berlumba-lumba untuk mencari redhanya..ia juga sebagai pencetus ke arah kebaikan..itu y ak tau..yg jeles pd kita y xmembawa ap2 manfaat baik dielakkan tkot perkara y kurang baik berlaku seperti penykit hati(hasad dengki)perbanyakanlah beristighfar agar dijauhkan daripda penyakit itu..beranggapanlah bahawa yang baik itu semuanya ALLAH y punya bkn milik kita n mengapa harus kita mengganggapnya seolah-olah sgala kebaikan itu kita y punya.wallahualam..t lau ak dapt penjelasan y lbh terperinci,ak g tau oke..wasalam

    ReplyDelete
  5. thanks zut sedikit mmbantu.. umm nampak la gaya gadis 18 tahun berhujah. ayat matang bak kata ckgu zainurin HAHA LAWAK JA

    ReplyDelete