Thursday, December 01, 2011

BiArLaH sEbEnTaR.....

DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.....

setinggi-tinggi rasa syukur ana panjatkan kerana dengan limpah kurniaNYA kita masih diberi dua nikmat yang besar iaitu iman dan islam.semoga ia terus bertahta di dalam sanubari kita hingga ke syurga.rasa syukur lagi ku panjatkan kerana telah diberi kekuatan untuk terus gagah berjuang dalam salah satu ujian dunia iaitu SPM =).alhamdulillah

YA ALLAH,
ku telah berusaha semampu yang boleh,
kini berdoa dan terus bertawakal kepadamu atas kejayaan yang bakal kau berikan...AMIN3X

formula mudah:

USAHA+TAWAKAL+DOA=KEJAYAAN...

kali ini ingin sekali ana coretkan sedikit kenangan dan pengalaman yang diperoleh dalam kehidupan.apabila ditanya kepada sesiapa pun,jawapan pasti YA.iaitu YA semua orang  pasti mempunyai teman dan rakan.tetapi tidak semua orang mempunyai sahabat.siapa itu sahabat?sahabat iailah seorang insan yang sering ingatkan kita ke arah kebaikan.apabila dilihat wajahnya akan sentiasa tenang.apabila didengar tutur katanya,kita lekas bangkit untuk beribadah.apabila dilihat gerak gerinya,kita takut akan kekuasaan ilahi.apabila dibincang tentang agama bersamanya,rasa sungguh hebat kebesaran ALLAH itu.itulah  yang dikatakan SAHABAT..



sesuatu persahabatan itu jika dijalinkan hanya kerana ALLAH pasti kemanisan itu dapt dirasai.walaupun persahabatan itu hanya mampu dijalinkan sebentar.ALLAH pertemukan jiwa-jiwa yang berkehendak kepada ALLAH agak lewat menyebabkan waktu untuk bersama itu hanya seketika tetapi kita perlu ingat bukan waktu yang mengukur thap persahabatnnya.itu semua tidak penting tetapi impak dan kesannya dalam persahabatna itu  yang paling PENTING.walaupun dipertemukan sebentar tetapi rasa nilai kasih sayang kerana ALLAH itu amatlah mendalam.rasa sama-sama berkasih sayang hanya kerana ALLAH itu dapat dirasai apbila sama-sama mengambil berat antara satu sama lain,segala masalah diredah bersama,susah senang dihadapi bersama suka duka tetap teguh dalam iktan persahabatn.

bohong la kalau ana katakan,tidak akan ada persengketaan dalam persahabatan yang dijalinkan.itu telah menjadi lumrah dalam kehidupan di mana langit tidak selalu cerah dan hidup tidak selalu gembira.bagi mereka yang berfikiran positif kepada ALLAH,itu semua akan dianggap ujian.persengketaan itu menjadikan hati kita lebih utuh dan akrab dalam menjalinkan tali persaudaran kerana ALLAH.

gunakanlah persahabatan yang seketika ini dan apa yang kita telah pelajari sepanjang persahabatan ini sebagai pedoman untuk kita meniti denai kehidupan yang penuh pancar roba ini.rasa syukur tidak terhingga kerana diberi peluang untuk merasai nikmat bersahabat.semoga ianya berkekalan.walaupun kita berjauhan,ingatlah hati kita tidak akan ada yang bisa merenggangkannya kerana hati kita sama-sama bertaut kepada YANG MAHA ESA.

terima kasih semua..wasalam

3 comments:

  1. alhamdulillah...
    tQ zut..
    ukhuwah fillah..
    BIG HUG...(hehehehe)

    ReplyDelete
  2. salam..
    biarlah ia hanya sebentar..
    bagi tasnim n tin tiqah baca kompem...
    terburai air mata tu hahahahahahah

    ReplyDelete