Wednesday, December 21, 2011

JoM SoLaT !!!

ASSALAMUALAIKUM.apa khabar sahabat-sahabat yang amat ku kasihi kerna ALLAH.semoga persahabatan yang kita jalinkan ini akan sentiasa mendapat keberkatanNYA.semoga ukhwah ini berkekalan,ia tidak hanya terjalin di saat pertemuan tetapi ia tetap mekar terjalin utuh walaupun kita terpaksa menerpa sebuah perpisahan.biarlah ukhwah ini hingga ke JANNAHNYA.apa khabar iman saudara-saudari sekalian?ingat !! kita tidak boleh berasa jemur untuk bertanyakan khabar iman masing-masing.seperti yang semua sedia maklum bahawa iman sentiasa bertambah dan berkurang.jadi,apabila ia semakin surut maka kita perlu tambahkan ia dan apabila ia bertambah maka terus peliharalah ia agar sentiasa mekar,bertambah dan terus bertambah.

sepanjang musim persekolahan ini,sekolah sahaja yang cuti tetapi solat tidak cuti melainkan sebab-sebab tertentu.satu perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah masyarakat dengan hanya memandangnya dengan sebelah mata.betapa ia diambil mudah oleh mereka yang tidak pernah timbul rasa takut akan kekuasaan ilahi.bukan ustaz dan ustazah tidak datang memberitahu.segala berkaitan solat telah dijelaskan dan hukumnya juga telah diberitahu tetapi disebabkan hati yang terlalu keras membuatkan jasad terus terpaku tanpa rasa bersalah kepada YANG MAHA MENCIPTA.

ayuh kita berkata soal yang paling penting,semua menggapnya perkara yang biasa kerana sering diperkatakan tetapi ketahuilah bahawa ia amat penting.malah ketika kita sedang disoal siasat akan amalan kita ketika berada di dunia,perkara pertama yang akan disoal ialah berkaitan solat.jika solat sudah dapat lampu hijau maka denagn mudahlah untuk berganjak  kepada amalan yang lain pula seperti bersedekah,solat sunat,membaca al-quran dan lain-lain.tetapi jika  amalan solat lagi sudah tersangkut,macam mana hendak tengok amalan yang lain.jadi,solat ini penting.solat itu juga tiang agama,tanpa tiang maka runtuhlah agama itu.apa itu solat?dari segi bahasa ia bermaksud doa.solat itu doa.doa itu permohonan.maksudnya,dalam solat kita mengingati ALLAH dan meminta sesutu daripada NYA.dalam surah al-fatihah itu tersendiri mengandungi maksud yang terlalu indah.antaranya,tunjukilah aku jalan yang lurus(benar).sedar atau tidak ketika kita solat itu sendiri kita telah berdoa memohon pertolongan daripada ALLAH.mereka yang tidak solat maka hidupnya bukan sahaja tidak tenang dan aman,malah dia dikatakan seorang yang angkuh,ego dan takabur.mereka dikatakan sombong kerana tidak sujud kepada ALLAH.dalam solat,kita rendahkan diri bersujud kepada ALLAH.jika kita tidak solat adakah kita merendahkan diri kepadanya.


di kesempatan ini,ana ingin berkongsi kisah yang boleh kita mengambil pengajaran akibat mereka yang tidak menitikberatkan solat.ada seorang hamba ALLAH ini berjumpa dengan seorang ustaz.pada mulanya dia ingin meminta pertolongan ustaz tersebut untuk mengubati penyakitnya,tiba-tiba isu solat dibangkitkan lalu dia menceritakan masalahnya kepada ustaz itu.hamba ALLAH ini telah lama mendirikan rumah tangga dan dia menetap di rumah ibu bapa mertuanya.sepanjang hayatnya,dia tidak pernah melihat baik ibu atau bapa mertuanya itu mendirikan solat melainkan solat hari raya.solat setahun sekali.hebat sungguh.umurnya dalam lingkungan 70-an.sudah banyak kali dia cuba berpesan kepada isterinya untuk menasihati si ibu dan bapanya tetapi setiap kali isu ini dibangkitkan,maka tercetuslah perbalahan antara kedua-dua pasangan ini.tidak akan aman hidup orang yang tidak solat dan aibnya akan dibuka oleh ALLAH kerana terlalu bongkak dan sombong kepada ALLAH.maka tibala ajal bapa mertuanya itu.bapa mentuanya menghembuskan nafasnya yang terakhir di kebunnya.tiada sesiapa yang perasan kematiannya.mayatnya itu terbiar di pondok kebunnya itu selama tiga hari.hari ke-4,mayatnya baru ditemui oleh seorang temannya yang berhajat datang untuk membeli rambutan daripadanya.tiba-tiba,dia terhidu satu bau yang kurang menyenangkan dan didapati sebujur mayat dalam keadaan yang teruk di mana kedua-dua belah matanya tiada dan perutnya yang kembung dan hanya tunggu masa untuk pecah.sebuah kematian yang amat mengerikan.ALLAH akan membuka aib seseorang yang tidak memtaati perintahnya.memang benar nabi pernah berpesan,jangan dicerca orang yang telah meninggal dunia.kita boleh mengambilnya sebagai  pengajaran.siapa dan di mana ianya berlaku semuanya dirahsiakan bagi menjaga maruah keluarga tersebut.ana pun tidak tahu siapa yang mengalaminya tetapi ianya kisah benar yang baru terjadi 2 minggu lepas.sama-samalah kita ambilnya sebagai pengjaran.

solat itu juga terapi jiwa yang paling berkesan.mereka yang menghadapi kekacauan jiwa,segeralah mendirikan solat dan luahkanlah segalanya kepada YANG MAHA ESA.insyaALLAH,kebuntuan dan kerisauan itu akan pulih semula malah bertambah bersemangat.carilah ALLAH dan bercintalah dengan ALLAH kerana ALLAH tidak pernah mengecewakan dan tidak pernah menyakiti kita walaupun sekali.ALLAH tidak pernah meninggalkan dan menjauhi kita tetapi kita yang munjauhiNYA.sangat untung kamu apabila kamu telah biasa merasai kemanisan dan keseronokan bersama ALLAH itu.wallahualam..segala kesilapan dimaafkan.wasalam

2 comments: