ASSALAMUALAIKUM kepada sahabat-sahabat yang amat ku sayangi kerana NYA..
di kesempatan masa yang diberi olehNYA ini,terlintas di kepala ana akan sebuah perpatah arab yang penuh bermakna.
SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH MANUSIA YANG BERBAKTI UNTUK ORANG LAIN...
satu kata-kata yang pada ana skopya terlalu luas.ayuh kita kecilkan sedikit skopnya dengan hanya memberi fokus kepada berbakti kepada IBU DAN BAPA.kepada rakan-rakan yang telah diberi peluang untuk meluangkan masa selama hampir 3 bulan untuk berbakti kepada ibu dan bapa.jangan dipersiakan peluang yang ada ini.sebelum ini,kita sering memberikan sejuta alasan untuk mengelak daripada berkhidmat untuk membantu mereka kerana sibuk dalam pengajian kononya.sekarang tiada lagi alasan yang bisa dicipta untuk lari daripada tanggungjawab itu.bukan ana katakan sebelum ini tidak membantu langsung.tidak sama sekali.cuma ianya sedikit terbatas kerana ada setengah daripada kita hanya pulang ke rumah sebulan sekali.jadi,peluang itu terhad.
rakan-rakan sekalian,baik muslimin wa muslimat,ana nak bagitahu seperkara yang cukup penting.mungkin ada sebahagian kalian telah mengetahuinya.kalaulah kita ambil pinggan yang ibu bapa kita guna semasa makan nasi itu lalu membasuhnya,ketahuilah betapa besarnya pahala yang akan diberikan kepada kita.samalah seperti memasak untuk mereka,membantu mengemas rumah,menjemur pakaian,membasuh kereta dan kerja-kerja rumah yanga lain.betapa banyaknya pahala yang boleh kita boloti selama hampir 3 bulan ini.biarlah apa yang kita lakukan ini berulang-ulang kali tetapi ingat ALLAH tidak akan pernah jemu untuk memberi ganjaran berulang-ulang kali kepada hambanya yang banyak berbakti kepada ibu bapanya dengan ikhlas.
ana tidak pernah menghalang sesiapa yang ingin bekerja.itu semua hak masing-masing.cuma ana nak ingatkan bahawa berbaktilah kepada mereka selagi peluang dan masa itu masih ada.nanti jika ada rezeki yang baik,mungkin kalian akan dihantar ke universiti yang jauh-jauh untuk menyambung pelajaran.masih ada lagikah masa untuk kalian berbakti kepada mereka saat itu?
..BOSAN..
satu perkara yang sering diutarakan sebahagian besar para pelajar lepasan spm.nasihat ana,kita yang merancang masa kita.jadi,penuhilah dan rancanglah masa yang ada dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.seperti :
@ berbakti kepada ibu bapa
ana faqir.wallahualam..wasalam
No comments:
Post a Comment