Thursday, December 29, 2011

MeNgApA aKu TeRaSa LeTiH...



ASSALAMUALAIKUM.bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih berkesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu pemberian ALLAH ini.semoga ianya diberkati ilahi.semoga segala apa yang dicoretkan di dalam blog ini dapat difahami dengan mudah.segala yang baik boleh diambil dan seandainya ada kesalahan seribu kemaafan dipinta.

hari demi hari silih berganti di mana kita juga mengetahui bahawa masa tidak boleh dihentikan.masa akan terus bergerak seperti yang telah di arahkan oleh ALLAH.masa itu ibarat pedang,jika kita tidak memtongnya,dia akan memotong kita.jadi,ALLAH kurniakan setiap hambanya tempoh masa yang sama setiap hari iaitu 24 jam.tiada sesiapa yang dapat satu tempoh yang singkat daripada itu atau satu tempoh yang lebih panjang.ianya bergantung kepada hambanya itu sendiri untuk menguruskan dan mengisi masa lapang itu dengan perkara-perkara yang bermanfaat atau sebaliknya.ramai dalam kalangan sahabat ana membuat keputusan untuk bekerja  untuk menambah duit poket.bekerja merupakan satu aktiviti yang dipilih untuk mengisi masa lapang masa.ia merupakan satu pilihan yang baik tetapi di sini ana berkesempatan untuk memberi sedikit peringatan bahawa carilah kerja yang tidak menghalang kita daripada bertemu dengan YANG MAHA ESA di samping pekerjaan yang halal.apa gunanya kalau kita berteungkus-lumus siang dan malam bekerja tetapi ianya tidak dapat keberkatan ilahi.bekerja itu juga satu ibadah bukan tetapi kalau sampai tempoh bertemu dengan ALLAH juga disekat adakah itu masih dinamakan ibadah?kita tidak cuma tidak bukan hanya memperolehi penat dan lelah.

bagi sesetengah manusia memilih untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya.dalam tempoh ini juga tidak kurang dugaan yang menimpanya.hari demi hari diisi dengan rutin yang tiada perbezaan ketara.hari-hari kerja yang sama.diulang dan terus diulang.tempoh perulangan itu telah berjalan hampir sebulan.baru sebulan telah dirasai sebagai setahunn.badan mula terasa letih dan hati mula meragui apa yang telah dilakukan.


YA ALLAH,setakat di sini sahajakah tempoh untuk aku berbakti kepada insan-insan yang telah banyak berkorban untuk membesarkan aku.hanya setakat ini saja yang mampu aku balas.bertahun-tahun lamanya di bawah pemeliharaannya tetapi aku hanya mampu membalas dalam tempoh SEBULAN sahaja.hina sungguh hambamu ini..

Rasa terhina yang amat mendalam setelah perasaan itu menerpa qalbu.hari-hari terpaksa berdepan dengan kerja-kerja yang serupa dan terpaksa berdepan dengan karenah adik-adik yang tidak pernah berkesudahan.kadang-kadang terasa kudrat ini tidak mampu lagi.persaan letih teramat dapat dirasai seluruh bahagian badan.terasa longlai dan tak lama lagi akan terbengkalai.adakah persaan LETIH ini merupakan titik nokhtah dalam perjuangan dalam berbakti kepada mereka atau ia merupakan satu dugaan yang harus aku tempuhi sepanjang perjuangan ku?aku tidak mahu menganggapnya satu pengakhiran yang tidak cantik tetapi aku akan sambutnya dengan satu cabaran untuk membakar semangatku untuk terus berjuang.tidak mungkin pengorbanan mereka selama ini akan ku balas dengan tindakan seburuk ini.tidak mungkin.!

Apabila perasaan ini datang menjerkahku,aku memdapat dua perkara yang aku harus pelajari daripadanya.ALLAH tidak akan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia dan setiap yang berlaku itu pasti disertakan dengan hikmah yang bermakna.jadi,ianya terjadi kepadaku atas kehendakNYA dan dia ingin memberi sedikit pengajaran buatku.aku terimanya dengan berbesar hati..YA ALLAH,aku pohon kekuatan daripadamu untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh lagi ini.aku tidak mahu berhenti hanya setakat ini..bantulah aku..ya RABBI...

2 perkara yang aku perolehi itu ialah kesabaran dan keikhlasan.apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan kita buntukan kesabaran yang tinggi di mana ia dijadikan medan untuk membentuk kesabaran kita agar lebih utuh dan kukuh.kesabaran itu harus dibentuk agar selepas ini jika dugaaan melanda kita mampu mengharunginya kerana berbekalkan sebuah kesabaran yang tinggi.jadi,kehadiran peluang ini tidak harus dipersia-siakan kerana ALLAH suka hambanya yang bersabar.keikhlasan pula tidak mungkin hadir tanpa dipaksa.sebagai contoh,solat yang kita laksanakan setiap hari itu.bagi mereka yang tidak pernah bersolat amat payah untuk dirinya melaksanakan solat kerana aktiviti itu tidak dilakukan dalam rutin hariannya.jika dirinya hanya menunggu keikhlasan yang akan membawanya ke kancah solat maka rupa-rupanya dia hanya bermimpi.kalau hendak tunggu ikhlas baru hendak solat,maksudnya sehingga kiamat pun dia tidak akan solat.seseorang itu tidak akan berjaya memanjat anak tangga yang ke-1000 jika dia  tidak dimulakan dengan anak tangga yang PERTAMA.konklusinya,mereka yang tidak pernah bersolat perlu memaksa diri unruk melaksanakan solat dan baru lah keikhlasan datang menerpa.mereka yang ikhlas dapat melaksanakan sesuatu dengan baik dan tidak berharap akan sebarang kebaikan ke atas nya.itu lebih baik dan comel bukan?..=)

semoga kisah ini dikongsi bersama dan memberi pengajaran kepada kita.wallahualam.wasalam.

7 comments:

  1. salam...
    orang gaji yang tak bergaji di rumah sendiri...
    hehe

    ReplyDelete
  2. salam
    orang gaji ja la syai nak wat camna..
    syok gak..
    ang,tukang cat?..
    best gak kn..
    tp ak sukew la gambar dak tu tidoq..
    cumey cam **m*r..=)..

    ReplyDelete
  3. huh..
    puji diri snriki...
    elakkan,,
    ^_^

    ReplyDelete
  4. baek kak syai (badri baru)..
    ak diberitahu ang baru dilantik...
    tahniah!!>_<

    ReplyDelete
  5. huh...
    perli 2..
    mnusuk dlm qolbu neyh...
    huhu

    ReplyDelete
  6. hehe..
    maap eh..
    dpa gtau ak...
    spa y lantik ang lmbat nie?
    aduh~
    nak kna tol la...
    ak back up ang nie..=p

    ReplyDelete