Friday, February 05, 2010

keKaSiH kU SaMPAi SyUrga mU

PERIHAL RASULULLAH S.A.W
*editor: azzahra_solehah~

*****Bahawasanya Rasulullah saw adalah manusia yang paling tampan wajahnya,

paling bagus bentuk penciptaannya,

tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. (Muttafaq alaih) ~

*****Bahawasanya Rasulullah saw berkulit putih dan berwajah elok. (Muslim) ~
*****Bahawasanya badan Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek,
dadanya bidang,
janggutnya lebat,
rambutnya sampai ke daun telinga,
aku (sahabat) pernah melihatnya berpakaian merah dan aku tidak pernah melihat yang lebih indah daripadanya. (Bukhari) ~
*****Bahawasanya wajah Rasulullah bulat bagaikan matahari dan bulan. (Muslim) ~
*****Bahawasanya apabila Rasulullah saw gembira,
wajahnya menjadi bercahaya seolah-olah seperti belaian bulan dan kami semua mengetahui yang demikian itu. (Muttafaq alaih) ~
*****Bahawasanya tidaklah Rasulullah saw tertawa kecuali dengan senyum dan apabila kamu memandangnya maka kamu akan menyangka bahawa baginda memakai celak pada kedua matanya,
padahal baginda tidak memakai celak. (Tirmizi. Hasan) ~
*****Dari Aisyah ra, dia berkata "Tidak pernah aku melihat Rasulullah tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongnya. Akan tetapi tertawa baginda adalah dengan tersenyum". (Bukhari) ~
*****Dari Jabir bin Samurah ra, dia berkata:
"Aku pernah melihat Rasulullah saw pada malam bulan purnama.
Aku memandang baginda sambil memandang bulan.
Baginda mengenakan pakaian merah.
Maka menurutku,
baginda lebih indah daripada bulan.
"
(Tirmizi, dia berkata: Hadis hasan gharib.
Dan disahihkan oleh al-Hakim serta disetujui oleh az-Zahabi)
#Penulis memetik hadis dan dalil dari buku Mengenal Peribadi Rasulullah SAW karya Syeikh Muhammad Jamil Zainu)

Saturday, January 16, 2010

iSlAm aGaMa TOleRANSi(isu kalimah ALLAH)

Islam adalah agama yang dipenuhi dengan semangat toleransi dengan agama yang lain. Hubungan Islam khususnya dengan agama samawi (ahlul kitab) yang lain, iaitu Kristian dan Yahudi juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Dengan sebab itulah kita dibenarkan memakan haiwan sembelihan mereka dan juga Muslim lelaki dibenarkan mengahwini perempuan ahlul kitab.
Akan tetapi, hubungan Islam dengan penganut agama Kristian adalah lebih rapat berbanding dengan penganut agama Yahudi. Fakta ini jelas termaktub di dalam surah al-Maidah ayat 82:


لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ ٱلْيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشْرَكُواْ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوۤاْ إِنَّا نَصَارَىٰ ذٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ
وَرُهْبَاناً وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ
Demi desungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. dan Demi Sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
Ketika menjelaskan ayat ini, al-Marhum Syeikh Mutawalli Sha’rawi menjelaskan yang kebenaran betapa rapatnya hubungan Kristian dengan Islam dibuktikan sejak zaman awal dakwah nabi Muhammad sendiri. Ketika baginda dan para sahabat dizalimi oleh Quraish Makkah, nabi Muhammad mencadangkan para sahabat untuk menyelamatkan diri buat sementara di bawah pemerintah Habshah bernama Raja al-Najashi yang tebal anutan Kristiannya. Sabda nabi Muhammad:


إن بها ملكاً لا يُظلم عنده أحد فأقيموا ببلاده حتى يجعل الله لكم مخرجاً مما أنتم به
Di sana ada seorang raja yang tidak pernah seorang pun dizalimi olehnya, maka menetapkan kamu di negaranya sehinggalah Alah menjadikan kamu sebab untk keluar darinya.
Beberapa orang sahabat senior di bawah pimpinan Ja’far bin Abu Talib menuruti arahan Nabi Muhammad untuk berhijrah ke sana. Adalah benar, Raja al-Najashi adalah seorang pemerintah Kristian yang adil, dan memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain termasuklah kepada Muslim yang ketika itu baru sahaja muncul kembali di muka bumi. Para sahabat yang tinggal di Habshah disifatkan sebagai tinggal di Dar al-Amn, iaitu bumi yang aman dan selamat, sehingga dicemburui oleh pembesar kafir Quraisy yang lain.
Kedengkian Quraisy menyebabkan mereka sanggup untuk menghasut Raja al-Najashi untuk mengusir Ja’far bin Abu Talib bersama sahabat yang lain. Lalu diutuskanlah Amru bin Al-’As, Abdullah bin Abi Rabi’ah dan ‘Imarah bin al-Walid bin al-Mughirah, dan menaburkan fitnah terhadap imigran Muslim dengan menyatakan mereka adalah pemberontak yang menyeleweng daripada agama nenek moyang mereka. Mereka juga menghasut pemerintah Kristian itu dengan menyatakan yang Islam mengajar fakta yang berbeza dengan Kristian mengenai isu Jesus.
Adakah Raja al-Najashi percaya bulat-bulat dengan hasutan Pertubuhan Musyrikin Mekkah Bersatu itu? Jawapannya tidak sama sekali. Sebaliknya, sebagai manifestasi terhadap keadilan beliau, al-Najashi telah memanggil Ja’far bin Abi Talib untuk memberikan penjelasan.
Lalu Ja’far bin Abu Talib menjelaskan,
Wahai Raja, kami dahulu hidup di dalam Jahiliyyah. Menyembah berhala, makan bangkai, melakukan perbuatan keji, memutus tali persaudaraan, menyakiti hati jiran, yang kuat memakan harta yang lemah. Kami hidup dalam keadaan demikian sehinggalah diutuskan seorang Rasul yang kami ketahui keturunannya, kebenarannya, amanahnya dan kasih sayangnya. Baginda menyeru kami mengesakan dan menyembah Allah dan meninggalkan cara sembahan kami sebelum ini terhadap batu dan berhala. Baginda menyeru kami berkata benar, menunaikan amanah, menyambung tali persaudaraan, berhubung baik dengan jiran …. Akhirnya kami dimusuhi qaum kami sendiri, lantas mereka menyeksa dan memfitnah kami supaya kami kembali menyembah berhala dan berhenti menyembah Allah serta kembali kepada perbuatan keji. Lantas apabila kami dipulau, diseksa dan diboikot oleh mereka, maka keluar berpindah ke negara kamu wahai al-Najashi. Kami memilih kamu berbanding negara atau pemerintah yang lain, kerana kami telah mengharapkan yang diri kami tidak akan dizalimi oleh kamu.
Setelah menyelidik kata-kata Ja’far, serta membuat analisa pandangan Islam terhadap Jesus/Isa, maka Raja al-Najashi tidak langsung mempedulikan hasutan musyrikin Quraish tadi.
Ada beberapa perkara yang wajar kita perhalusi di sebalik penjelasan Ja’far di atas. Yang pertamanya, ialah beliau berdakwah secara halus dan bijaksana kepada orang Kristian tanpa langsung mencari titik perbezaan, akan tetapi mengusahakan noktah persamaan. Sebelum ke UK, saya langsung tidak nampak hikmah di sebalik kata-kata Ja’far ini. Akan tetapi setelah terlibat di dalam program dakwah dengan rakyat tempatan (termasuklah yang atheist dan terutamanya penganut Kristian) dan juga dialog antara agama dengan mereka, barulah saya nampak kehebatan Ja’far. Iaitulah beliau menyebut ‘menghormati jiran’ di dalam penjelasannya, yang mana amalan menghormati jiran ini adalah satu amalan yang paling penting di dalam agama Kristian. Bahkan rakan Kristian saya pernah menyatakan di dalam kepercayaan mereka, dengan hanya menghormati jiran, maka akan mencukupi untuk mendapat kesejahteraan di dalam agama mereka. Dalam banyak-banyak elemen mahmudah yang kecil di dalam Islam, elemen menghormati jiran yang dipilih oleh Ja’far, sebagai membuktikan betapa dalam berdakwah, mencari titik persamaan adalah penting.
Selain itu, kata-kata Ja’far juga membuktikan kebenaran firman Allah mengenai baiknya hubungan Islam dengan Kristian. Nabi Muhammad boleh sahaja mengarahkan para sahabat awal ketika itu untuk mendapatkan perlindungan daripada kabilah bangsa Arab lain yang mungkin bermusuh dengan kabilah Quraisy lantas memungkinkan kedua-dua pihak bersatu atas dasar bermusuh dengan musyrikin Quraisy, akan tetapi bukan itu yang dipilih oleh Nabi. Akan tetapi diarahkan para sahabat untuk bernaung di bawah kerajaan Kristian.
Akrabnya hubungan Islam dan Kristian seperti yang dianjur dan ditunjukkan sendiri oleh Nabi Muhammad menjadi inspirasi kepada pelapis baginda. Di zaman Saidina Umar, empayar Islam telah semakin meluas menjangkaui Semenanjung Tanah Arab. Antara yang berjaya dibuka oleh Saidina Umar ialah Jerusalem, yang ketika itu lebih dikenali sebagai Aeliya’. The Old City of Jerusalem adalah merupakan pusat pemerintahan kerajaan Rom Timur ketika itu. Di situlah letaknya tapak al-Masjid al-Aqsa, dan situ jugalah terletaknya gereja suci Holy Sepulchre. Holy Sepulchere adalah merupakan gereja paling suci di dalam agama Kristian. Di situlah mereka percaya terletaknya ‘kubur’ Jesus, dan di situ jugalah mereka percaya yang Jesus akan dibangkitkan kelak. Semasa Umar membebaskan The Old City of Jerusalem, Holy Sepulchre turut menjadi istana pemerintahan kerajaan Kristian ketika itu. Yang menjadi pemerintah ketika pembebasan Jerusalem ialah Patriarch Sophronious.
Kita mengetahui dalam beberapa akaun sejarah yang Patriarch Sophronious, sama seperti Muslim, cuba untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah di dalam Jerusalem. Menghidu awal kekalahan Rom Timur, Patriach Sophronious mengibarkan bendera putih menyerah kalah, akan tetapi dengan syarat bahawa beliau hanya menyerahkan kunci kota lama itu kepada Saidina Umar. Ada laporan sejarah menyatakan bahawa pembebasan Jerusalem di tangan Saidina Umar memang telah diramalkan dan termasuk di dalam prophecy Kristian ketika itu.
Penyerahan Jerusalem kepada Muslim dilakukan dalam suasana penuh persaudaraan. Umar dipelawa untuk bersembahyang Asar di dalam Holy Sepulchre. Akan tetapi beliau menolak, kerana khuatir akan ada kelompok Muslim akan datang yang zalim akan merampas gereja suci tersebut, kerana kononnya Umar pernah solat Asar di situ. Lalu Umar bersembahyang di luar Holy Sepulchre, dan di tapak beliau solat itu sekarang didirikan Masjid Umari yang masih berdiri teguh sekarang. Masjid Umari itu didirikan bersebelahan dengan Holy Sepulchre.
Ini adalah keadilan dan toleransi Islam untuk agama lain. Dalam suasana berperang, kita dilarang merampas rumah ibadat orang lain. Apatah lagi di dalam konteks hubungan baik dengan agama Kristian, Umar sejak dari awal menutup pintu yang memungkinkan kelompok Muslim akan datang yang jahil dengan agama sendiri, daripada bertindak zalim terhadap hak agama lain di dalam negara Islam.
Tidak cukup dengan itu, walaupun lama berperang dengan tentera Muslim, akan tetapi tentera dan penduduk asal Kristian di Jerusalem semasa zaman Rom Timur diberikan jaminan oleh Umar untuk tidak dihalau. Bahkan hak kerakyatan mereka dikekalkan, dan mereka diberikan kebebasan menikmati apa yang mereka lakukan semasa pemerintahan Rom Timur dengan syarat yang adil.

Kunci Holy Sepulchre masih dipegang oleh keluarga Muslim
Sepanjang pemerintahan Islam, hubungan Kristian dan Muslim amat rapat di dalam Jerusalem. Mereka turut dilantik menjadi menteri di dalam kabinet ketika itu. Bahkan, percayanya penganut Kristian kepada keadilan Islam terbukti apabila mereka menyerahkan kunci utama Holy Sepulchre untuk dipegang oleh Muslim. Dan tradisi itu diteruskan sehinggalah ke zaman sekarang. Kunci gereja suci itu
masih dipegang oleh keluarga Muslim sekarang, diketuai oleh Wajeeh Nusaibah.
T
radisi hubungan baik Kristian-Islam diteruskan sehinggalah ke zaman Khalifah al-Hakim bi Amrillah, salah pemerintah keenam Kerajaan Fatimiyyah. Walaupun dilaporkan yang ibunya adalah seorang penganut Kristian, akan tetapi beliau bersikap zalim terhadap penganut Kristian khususnya di dalam Jerusalem. Antaranya ialah memperkenalkan kod warna pakaian tertentu kepada penganut Kristian, dan kemuncaknya ialah beliau telah memusnahkan Holy Sepulchre sekitar tahun 1009-10 CE (Rujuk kitab Khitat karangan al-Maqrizi). Continue Reading »

Tuesday, December 29, 2009

CuBeLaH..

salam
apa khabar semua??
iman oke??
yeah....!!
klau saudara-saudari ingin tambah ilmu di dada...
ana sarankan kalian layari web ini..
terlalu bnyak yg bgus2...
xterkata..
susah nak gambar kan betapa hebatnye...
web ini..
tp hnya mereka yg lebih cinta akan akhirat
berbanding dunia sementara ini
punya kekuatan untuk alway dengan wen ini.....
tepuk dada..
tanyalah iman....bukan selera...he3
ada 2...
22 bgus..
&
moga ALLAH..
merahmati serta meredhai mereka yang ketagihan cintanya yang hakiki
insyaALLAH..
kita xkn rugi...jika mencintai ALLAH sepenuh hati..
ingat 2??
wsalam

iMpiAn DaKu...=)

salam...
ya rabbul izzati...
jika aku rindu...
rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui
syahid dijalananmu....
ya ALLAH....
jika aku rindu...
janganlah rindu ku agar tidak
lalai merindui syurga-mu...
ya ALLAH...
jika aku menikmati cinta kekasihmu...
janganlah kenikmatan itu
lebih dari nikmat indahnya
bermunajat sepertiga
malam-mu....
jika kau halalkan aku untuk
merindui kekasihmu....
jangan biar aku melepasi
batas hingga lupa pada
CINTA HAKIKI dan RINDU ABDI
hanya padaMU....
amin>3

Tuesday, December 15, 2009

MinDa mUsLiM SupEr...

salam...
apa khabar iman saudara n saudari sekalian..??
jaga lah ia elok2..
bukan senang..
tp kita kena cuba...
hari ni ana nak citekan pasal seseorang...
beliau seorang hebat..
ilmu n fakta adalah kawan nya...
setiap kali beliau berhujah..
sesiapa yag mendengar pasti
tertarik....
tergamam...
terpaku..
kagum...
SIAPA KAH HAMBA ALLAH 2??
beliau ialah DR.DANIAL ZAINAL ABIDIN..
kerna fakta yang dimilikinya amat teguh...
ungkapan beliau
@ kita lebih mencintai ALLAH..
@ lebih rindu akan ILAHI..
@ merasai betapa hebatnya kuasaNYA..
subahanALLAH...
beliau amat terkenal dalam golongan DAKWAH N PERUBATAN..
beliau menyatukan antara SAINS N ISLAM
melalui AL-QURAN..
semuanya dikaji melalui al-quran..
beliau juga menjadi ahli panel yang terkenal
di rancangan HALAQAH..
tidak asing lagi...dalam rancangan itu
perbincangan beliau lebih kepada...
sains n alam sekitar..
ana amat sanjungi beliau....
sangat respect...
kita boleh lihat..
orang yang berilmu n beramal
amat
disajungi n dsayangi oleh orang ramai..
satu lagi,
beliau sangat bersemangta sewaktu memberi ulasannya...
setiap kali kata2nya,
beliau tidak akn lupa untuk mengingati kan manusia akan ALLAH...
nak lebih dekati nya..
sangat kagum..
jadikanlah beliau...
idola kita..
klau ramai umat islam mempunyai jiwa sepertinya
sudah pasti,
islam akan jadi HEBAT...
kita sama2 berusaha ye..
wasalam....
note: jom tengok beliau di HALAQAH...
hari ahad nie...
pukul 9.30 mlm..
best punya??

Monday, December 14, 2009

MuTiaRa KaTa....

Di dalam hati manusia ada kekusutan
dan
tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan
dan
tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan
dan
tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan
dan
tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan
dan
tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha
dan
qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat
dan
tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . .
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu..
-Ibnu Qayyum-

Saturday, December 12, 2009

HaTi ku yaNg gEmBiRa....

salam..
hai semua..
apa khabar???
apa khabar iman antum semua??
chat..!!
oke??
semalam ad g SUNWAY
buat jejak kasih 6AZAM 2006...
semua dah laen..
yang lelaki makin tinggi..
n perempuan ap kurang nya...
nak tau x??
dalam kalangan kami,
anA antara yang x meninggi...
hahaha
lawak tol + segan..
mula2 nak jumpa 2 tkut +segan+riso =D
x papa tah..
tp memang best la..
puas...HOHO
kita orang makan PIZZA HUT..
lazat...



nie je tinggal

SEMUA NAMPAK LAPAR KN??....WAKAKA

nampak enak kan...
LUMBA SAPE HABISKAN DULU...
pemenang dapat....hadiah...
SEMANGKUK LAGI...



first2 jumpa 2,
smua MCM malu2..
cuak la kata kan...HOHO

mAu ambil gambar pun,
macam2 gelagat ada..
macam nie..




tetapi,
lama2 semua dah oke..
penyakit 2 da hilang..


so CUTE

AYU gitu

CERIO selalu

netball team + BUKAN

kebanyakannya PREFECT....=)

semua COMEL2..

macam ana..

xda benda pun nak cite2..

juz kongsi keseronokan....

harap ana x lost contact ngan dorang semua...

macam2 kita orang wat kat c2...

mula2 kekok gak tp nak wat cam ne..

kita orang penaH rapat satu ketika dahulu...

so??

nak biasa kan diri...

hanya perlu kan waktu..

yang sedikit..

time nie,

semua masalah bleh hilang daripada ingatan...

yeah2..

best2 betul

k la

wsalam..