ASSALAMUALAIKUM sahabat-sahabat yang amat ana segani sekelian.semoga kalian berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat ALLAH hendaknya.di kesempatan ini ingin sekali ana memohon kemaafan atas kelewatan ini membuatkan kalian tertunggu-tunggu.ketahuilah bahawa ianya bukanlah sesuatu yang diingini oleh penulis.sejak kebelakangan ini terlalu banyak agenda yang perlu dikerjakan dahulu membuatkan ruang untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog kesayangan ini memjadi kurang.tanpa melengahkan masa,kali ini ingin ana berkongsi sedikit pandangan yang tidaklah seberapa ia cumalah sesuatu yang berbentuk tazkirah di mana kita sebagai manusia tidak terlepas daripada satu penyakit ini iaitu penyakit lupa atau alpha.
ya ALLAH,ajarkanlah aku apa yang tidak aku tahu tentang isi al-quran.
ya ALLAH,ingatkanlah aku apa yang aku telah lupa tentang al-quran.
ya ALLAH,hapuskanlah dosaku dengan berkat membaca al-quran.
doa ini tidak asing lagi daripada kita bukan?banyak kali kita membacanya secara ulang-ulang tetapi pernahkah kita menjenguk sebentar akan maksudnya yang terkandung di sebalik tulisan arab yang terpampang di muka surat al-quran di bahagian belakang itu.