Sunday, June 05, 2011

SeLaNgkAh KitA meNDekAti ALLAH...

 ASSALAMUALAIKUM...

semoga kita sama-sama terpelihara dariada kemurkaanNYA.

ya ALLAH,jika rezekiku jauh,dekatkanlah.....
jika rezekiku berada di atas langit,turunkanlah....
jika rezekiku berada di dalam bumi,keluarkanlah.....
jika payah,mudahkanlah...
dan jika haram,halalkanlah....amin...

ketahuilah bahawa,SELANGKAH KITA MENDEKATI ALLAH MAKA SERIBU LANGKAH ALLAH MENDEKATI KITA...


kalau semua orang paham konsep ini,tidak akan jadi masalah.hidup akan bahagia di dunia mahupun di akhirat.
akan tetapi yang menjadi masalahnya sekarang adalah diri kita sendiri.janji ALLAH semuanya benar tetapi kenapa masih berat rasanya untuk melakukan kebaikan..malah terlalu senang untuk melakukan keburukan.apakah puncanya?


itukah puncanya...iman di dada makin berkurangan.
hari-hari kita kurang dihiasi dengan santapan rohani.
iman itu ibarat kebun yang perlu disirami serta dibajai oleh makanan rohani yang mencukupi..apabila cukup makanannya, maka akan berputiklah rasa cinta dan kebergantungan sepenuhnya kepada ilahi tanpa berharap selainnya.seterusnya,kenikmatan dalam beribadah itu akan lahir lantas halawatul iman dapat dirasai di mana segala kebaikan  dapat dilakukan tanpa sebarang paksaan atau suruhan.halawatul iman itu ialah kemanisan iman yang diperoleh seseorang di mana ia merupakan hadiah yang berharga daripada ALLAH kepada hamba-hambanya yang tidak putus-putus mencari cara untuk mendekati ALLAH...jadi burulah kemanisan iman itu,ya muslimin wa muslimat..=)

AKU BUAT SEBAB AKU MEMANG NAK BUAT...
(ini menggambarkan bahawa ALLAH telah memberi hidayah kepada sesiapa yang DIA suka)

buatlah sesuatu perkara dengan kerelaan hatimu nescaya kamu tidak akan berasa terbeban dengannya.jangan sesekali kau lakukannya kerana makhluk.kelak kamu akan cepat berasa bosan dan terus berpaling.


CINTA ITU BUTA BUKAN???
jadi orang beriman ini semuanya buta,bukan ana kata mereka tidak boleh melihat akan tetapi mereka menjadi buta saat bercinta kepada ILAHI.mereka sanggup melakukan apa sahaja sehinggakan nyawa yang dikandung badan sanggup dipertaruhkan demi ALLAH yang maha esa.setuju tak?patutlah kita dapat lihat bahawa mereka yang punya rasa cinta yang hebat terhadap ALLAH turut mempunyai semangat jihad yang tinggi dalam memperjuangkan agamaNYA.segala halangan dan rintangan mampu dihadapi bagi terus mara menuju ke DESTINASI CINTA bersama dengan rasul dan para sahabat.
seorang sahabat nabi pernah berkata,AKU TIDAK AKN DAPAT BERSAMA DENGAN RASULULLAH DAN PARA SAHABAT,jika aku tidak mengalami keperitan dan kesakitan sepertimana mereka alami...HEBAT CINTA MEREKA KEPADA ALLAH...


WANITA dikatakan paling mudah untuk masuk ke neraka,dan yang paling mudah juga untuk masuk ke syurga ALLAH yang hebat..jika seorang muslimah itu dapat taat kepada dua perkara,maka syurga menanti kehadirannya:

* taat kepada ALLAH DAN RASUL
* taat dan hormat kepada suami(jangan menjadi seorang isteri yang nusyuz)

ingatlah bahawa ALLAH tidak pernah mempersia-siakan hambanya yang kuat berusaha untuk menggapai cinta ALLAH serta makna sebuah kebahagiaan.

BIAR SEDIKIT TETAPI BERISTIQOMAH DENGANNYA..

itulah yang amat digemari oleh ALLAH..sederhana..waallahua'lam..wasalam

4 comments:

  1. Salam...saya suka entri ney..terima kasih..semoga Allah memberkati kamu!

    ReplyDelete
  2. nice intro.... doa dhuha... am i right.?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum... kak zut..ana suka doa kak zut yang kt atas tu.. amiin.. :)

    ReplyDelete
  4. salam..
    terima kasih..
    ya doa solat dhuha..
    may ALLAH bless us...amin3x

    ReplyDelete