Wednesday, November 24, 2010

SaLaM bErJiHaD...

 ASSALAMUALAIKUM ...

kaifahalukum??
maaf kerana ana sudah lama tak update blog ini kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan..

di sini,ana nak bawakan sebuah cerita yang boleh kita ambil pengajaran daripada kisah ini dan ia merupakan kisah benar bukannya dongeng..

kisah ini mengenai seorang hamba ALLAH yang hanya ingin dikenali sebagai siti..semasa siti berada di tingkatan 3,sahabatnya , fatimah az-zahrah telah mengajaknya untuk menyertai sebuah program di dataran SHAH ALAM..program SEMALAM BERSAMA AIR MATA PALESTIN..

maklumat yang baru sahaja diterima itu sudah cukup menghiburkan dirinya ..betapa berkobar-kobar jiwa nya ingin sertai program itu.sedang asyik melayan perasaannya yang terlalu gembira itu tiba-tiba dia terfikir akan sesuatu yang bakal menghancurkan kegembiraannya itu..

"erm..tapi aku nah pergi sana naik apa?",satu soalan terpacul di medan fikirannya.

siti bergegas menganbil telefon untuk menghubungi seorang insan yang mungkin boleh membantunya.iaitu ayahnya..setelah beberapa minit berbincang melalui telefon akhirnya siti redha akan keputusan yang diberikan di mana dia tidak dapat mengikuti program itu.siti bersangka baik kepada ALLAH..

siti cuba menenangkan fikirannya dengan menunaikan solat sunat lantas berdoa meluahkan segala yang terbuku dihati dan betapa dia mengharapkan bantuan daripada ALLAH untuk pergi ke sana..setelah isi hatinya yang menjadi bebanan kepadaanya telah diluahkan kepada ALLAH yang satu,barulah dia kembali tenang dan pasrah..


sebaik sahaja ayahnya  pulang dari kerja,siti sekali lagi cuba memujuk ayahnya supaya dapat menghantarnya ke sana pada malam itu..akhirnya,ayahnya yang sanggup berkorban demi memenuhi jahat anak perempuannya telah bersetuju atas cadangan yang diberikan.


siti menunaikan solat maghrib di sana,sambutan yang diberikan sangat menggalakkan..kelihatan ramai manusia yang berduyun-duyun datang memenuhi dataran itu..betapa kuatnya semangat jihad yang ditonjolkan oleh umat islam itu sendiri..sedang wakil daripada aman PALESTIN  memberi sedikit ucapan mengenai pengalamannya menyertai konvoi membantu palestin baru-baru ini,tiba-tiba,tidak semena-mena hujan turun selebat-lebatnya..dalam keadaan itu tidak ada seorang pun yang berganjak daripada tempat masing-masing baik yang duduk mahupun berdiri.begitu mereka tidak mempedulikan hujan itu dan menganggapnya sebagai hujan rahmat...pada masa yang sama seorang hamba ALLAH telah melaungkan takbir sekuat-kuatnya  sebanyak 3 kali dan di sambut oleh semua umat islam yang hadir..suara laungan takbir bergema dengan kuat sekali..melihat akan keadaan itu,kita dapat melihat di mana semangat jihad yang ada pada umat islam sebenarnya belum pudar lagi tetapi ia perlu diasah supaya lebih mantap.


berbalik pada cerita,wakil aman palestin ada menjual nasi lemak dan air mineral.wang itu akan digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat PALESTIN ..siti tidak ketinggalan ingin membeli makanan tersebut...dia menuju ke khemah yang menguruskan makanan itu..setibanya di sana,kelihatan khemah itu dipenuhi oleh kaum adam.timbul persaan resah dalam dirinya kerana bagaimana caranya dia ingin membeli makanan itu jikalau khemah itu dipenuhi dengan kaum adam..siti berdoa moga-moga segala urusannya dipermudahkan oleh ALLAH..tiba-tiba,melihat akan kejadian itu,semua kaum adam yang ada di dalam khemah itu seolah-olah memahami hajat siti lantas mereka segera meninggalkan sedikit ruang bagi mempermudahkan siti untuk melaluinya.siti berasa gembira melihat tindakan itu lalu jalan menuju ke kaunter  menjual makanan itu sambil bertasbih kepada ALLAH yang maha besar..


sebuah pengalaman yang tidah dapat dan tidak akan dilupakan oleh dirinya..wallahualam




daripada cerita ini,mungkin terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil.. perasaan jihad itu bukan sahaja perlu hadir apabila berdepan dengan isu PALESTIN sahaja tetapi juga perlu hadir dalam bermacam bentuk atau situasi..berjihad bukan bermaksud perlu berperang di medan perang sahaja...yang dinamakan jihad juga ialah saat kita berperang dengan hawa nafsu kita sendiri..itu juga dikenali sebagai jihad..jangan disempitkan fikiran itu dengan beranggapan bahawa jihad hanya di medan perang..malah belajar juga dikira sebangai jihad..terlau besar jika hendak diterokai soal jihad ini..melaksanakan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR juga salah satu jihad menuju keredhaan ALLAH..kenapa kita masih tidak ada perasaan ingin berjihad??saja membiarkan nafsu menjadi tuan kepada diri kita.akhirnya.kita memdapat kemurkaan daripada ALLAH atas keseronokan yang dikecapi oleh nafsu...BERJIHADLAH membantu agama  ALLAH..wallahualam...wasalam


p/s : menyayangi seseorang yang berjuang kerana agama ALLAH akan memdekatkan dirinya kepada KHALIDNYA...wallahualam..

No comments:

Post a Comment