Monday, June 27, 2011

iNdAhNYa sOLaT JuMaAt...



ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABATKU..
 mulakanlah perkataan mu dengan salam..di kesempatan ini ingin benar ana berkongsi pengalaman bersama kalian berkenaan realiti yang berlaku dalam masyarakat kita.semoga kita mendapat keredhaanNYA.

BEBERAPA bulan yang lalu,alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana ana berkesempatan menyertai lawatan BADRI ke sekitar kuala lumpur.setelah bermandi peluh menyiapkan kertas kerja,akhirnya ia diluluskan jua.di situlah nikmat berkerja dengan bersungguh-sungguh.=)

Antara pengalaman yang tidak akan ana lupakan ialah ketika ana dan sahabat-sahabat yang lain turut melaksanakan solat jumaat di MASJID NEGARA.pertama kali dalam hidup ana melaksanakan solat jumaaat.sebelum ini hanya mampu meluahkan keinginan itu di dalam hati sahaja.alhamdulillah...

ketika imam telah habis membaca surah AL-FATIHAH,di sambut kalimah amin oleh para jemaah dengan penuh bersemangat sehinggakan kami(muslimat) yang berada di atas seolah-olah bergetar lutut  tanda kagum dengan kesepaduan suara yang dikeluarkan.suara yang dilontarkan bergema sama seperti suara ketika ingin menuju ke medan perang.

Sunday, June 05, 2011

SeLaNgkAh KitA meNDekAti ALLAH...

 ASSALAMUALAIKUM...

semoga kita sama-sama terpelihara dariada kemurkaanNYA.

ya ALLAH,jika rezekiku jauh,dekatkanlah.....
jika rezekiku berada di atas langit,turunkanlah....
jika rezekiku berada di dalam bumi,keluarkanlah.....
jika payah,mudahkanlah...
dan jika haram,halalkanlah....amin...

ketahuilah bahawa,SELANGKAH KITA MENDEKATI ALLAH MAKA SERIBU LANGKAH ALLAH MENDEKATI KITA...


kalau semua orang paham konsep ini,tidak akan jadi masalah.hidup akan bahagia di dunia mahupun di akhirat.
akan tetapi yang menjadi masalahnya sekarang adalah diri kita sendiri.janji ALLAH semuanya benar tetapi kenapa masih berat rasanya untuk melakukan kebaikan..malah terlalu senang untuk melakukan keburukan.apakah puncanya?

Friday, June 03, 2011

ReMaJa...

 salam kepada semua sahabat-sahabat yang amat ku sayangi kerana ALLAH..

semoga kalian dalam keadaan yang sejahtera baik dari segi external mahupun internal..(rohani dan jasmani).satu muqaddimah yang cantik bukan?

hari ini,ana hendak berkongsi pendapat tentang satu tajuk yang pada ana sangatlah penting.pertama kalinya,ana ingin mengingatkan bahawa ana bukan insan yang mantap ilmu di dadanya.ana hanya insan yang dhoif.sekiranya ada salah silap di mana-mana,harap diampunkan.

remaja merupakan satu perkataan yang terlalu sinonim dengan hidup kita.isu remaja begitu dan begini giat diperkatakan sama ada di dada-dada akhbar mahupun di corong-corong radio.tidak cukup dengan itu,laman-laman web juga tidak ketinggalan membahaskan berkenaan remaja zaman sekarang.

APA YANG SERING DIPERKATAKAN BERKENAAN REMAJA?

adakah kebanyakan perkara yang diperkatakan itu sesuatu yang baik atau sebaliknya?tepuk dada tanyalah iman di dada.ana bukan hendak mencela golongan ini tetapi hanya ingin berkongsi satu realiti yang berlaku dalam kehidupa kita.mengapa semua pihak amat menekankan soal kepentingan remaja itu sendiri?apa pentingnya remaja?kenapa kerajaan sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit demi melahirkan remaja yang 'proactive'?

JuWaiRiYaH BiNTi aL-HaRiTs

Beliau adalah Juwairiyah Binti al-Harits Bin Abi Dhirar bin al-Habib al-Khuza’iyah al-Mushthaliqiyyah.
Beliau adalah secantik-cantik seorang wanita. Beliau termasuk wanita yang ditawan tatkala kaum muslimin mengalahkan Bani Mushthaliq pada saat perang Muraisi’.
Hasil Undian Juwairiyyah adalah bagian untuk Tsabit Bin Qais bin syamas atau anak pamannya, tatkala itu Juwairiyyah berumur 20 tahun. Dan akhirnya beliau selamat dari kehinaan sebagai tawanan/rampasan perang dan kerendahannya.

Beliau menulis untuk Tsabit bin Qais (bahwa beliau hendak menebus dirinya), kemudian mendatangi Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam agar mau menolong untuk menebus dirinya. Maka menjadi iba-lah hati Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam melihat kondis seorang wanita yang mulanya adalah seorang sayyidah merdeka yang mana dia memohon beliau untuk mengentaskan ujian yang menimpa dirinya. Maka beliau bertanya kepada Juwairiyyah: ”Maukah engkau mendapatkan hal yang lebih baik dari itu ?”. Maka dia menjawab dengan sopan: ”Apakah itu Ya Rasulullah ?”. Beliau menjawab: ”Aku tebus dirimu kemudian aku nikahi dirimu!”. Maka tersiratlah pada wajahnya yang cantik suatu kebahagiaan sedangkan dia hampir-hampir tidak perduli dengan kemerdekaan dia karena remehnya. Beliau menjawab:”Mau Ya Rasulullah”. Maka Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:” Aku telah melakukannya”.