ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABATKU..
mulakanlah perkataan mu dengan salam..di kesempatan ini ingin benar ana berkongsi pengalaman bersama kalian berkenaan realiti yang berlaku dalam masyarakat kita.semoga kita mendapat keredhaanNYA.
BEBERAPA bulan yang lalu,alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana ana berkesempatan menyertai lawatan BADRI ke sekitar kuala lumpur.setelah bermandi peluh menyiapkan kertas kerja,akhirnya ia diluluskan jua.di situlah nikmat berkerja dengan bersungguh-sungguh.=)
Antara pengalaman yang tidak akan ana lupakan ialah ketika ana dan sahabat-sahabat yang lain turut melaksanakan solat jumaat di MASJID NEGARA.pertama kali dalam hidup ana melaksanakan solat jumaaat.sebelum ini hanya mampu meluahkan keinginan itu di dalam hati sahaja.alhamdulillah...
ketika imam telah habis membaca surah AL-FATIHAH,di sambut kalimah amin oleh para jemaah dengan penuh bersemangat sehinggakan kami(muslimat) yang berada di atas seolah-olah bergetar lutut tanda kagum dengan kesepaduan suara yang dikeluarkan.suara yang dilontarkan bergema sama seperti suara ketika ingin menuju ke medan perang.