Assalamualaikum semua.bersyukur ke hadrat ilahi kerana msih diberi peluang untuk bertemu di alam maya ini.semoga semuanya diberkati.persoalan pertama yang menerjah di kepala ana ialah
ADAKAH KALIAN GEMBIRA?
pasti jawapannya ya tetapi kadang-kadang tidak.persaan itu normal bukan.kitakan manusia,atau ada antara kita ni makhluk asing.ada ka?kitakan bergelar manusia yang memiliki berbagai-bagai emosi antaranya gembira,sedih,kecewa,putus harapan,benci,sayang,rindu dan macam-macam lagi.kalau tidak ada perasaan ini kitalah manusia yang tiada perasaan.tidak gembira hidup kita.tiada warna-warni dalam kehidupan ini.tidak mungkin kita akan sentiasa serius sepanjang masa.oh tidak!ia pasti membosankan bukan?di mana dalam kehidupan ini tidak disertakan gurau-gurauan sebagai hiburan atau sakat-menyakat.kita juga harus ingat agar tidak berlebihan dalam bergurau senda,takut-takut gurauan yang ingin kita ciptakan itu akan menukar daripada keadaan yang ceria kepada keadaan yang suram.sebagai contoh,dalam persahabatan itu sendiri,langit tidak sentiasa terang bukan?.kadang-kadang ianya mendung juga.samalah dalam persahabatan yang tidak sentiasa baik.kadang-kadang kesetiaan dan kasih sayang itu hendak diuji oleh ALLAH agar tahi persahabatan itu bertambah erat dan kukuh.jadi,ayuh kita corakkan lagi hidup kita dengan pelbagai perasaan agar ianya lebih indah.kenapa ALLAH tidak jadikan kita semua ini dalam satu bentuk dan satu perangai?bukan kerana ALLAH tidak mampu tetapi sudah tentu kerana ALLAH inginkan kepelbagaian dalam ciptaanNYA kerana ALLAH mampu melakukan apa sahaja mengikut kehendakNYA.baru meriah dunia ini kerana didiami ramai manusia yang mempunyai pelbagai karenah dan sifatnya.rambut sama hitam,tetapi hati lain-lain.