Monday, June 27, 2011

iNdAhNYa sOLaT JuMaAt...



ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABATKU..
 mulakanlah perkataan mu dengan salam..di kesempatan ini ingin benar ana berkongsi pengalaman bersama kalian berkenaan realiti yang berlaku dalam masyarakat kita.semoga kita mendapat keredhaanNYA.

BEBERAPA bulan yang lalu,alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana ana berkesempatan menyertai lawatan BADRI ke sekitar kuala lumpur.setelah bermandi peluh menyiapkan kertas kerja,akhirnya ia diluluskan jua.di situlah nikmat berkerja dengan bersungguh-sungguh.=)

Antara pengalaman yang tidak akan ana lupakan ialah ketika ana dan sahabat-sahabat yang lain turut melaksanakan solat jumaat di MASJID NEGARA.pertama kali dalam hidup ana melaksanakan solat jumaaat.sebelum ini hanya mampu meluahkan keinginan itu di dalam hati sahaja.alhamdulillah...

ketika imam telah habis membaca surah AL-FATIHAH,di sambut kalimah amin oleh para jemaah dengan penuh bersemangat sehinggakan kami(muslimat) yang berada di atas seolah-olah bergetar lutut  tanda kagum dengan kesepaduan suara yang dikeluarkan.suara yang dilontarkan bergema sama seperti suara ketika ingin menuju ke medan perang.

Sunday, June 05, 2011

SeLaNgkAh KitA meNDekAti ALLAH...

 ASSALAMUALAIKUM...

semoga kita sama-sama terpelihara dariada kemurkaanNYA.

ya ALLAH,jika rezekiku jauh,dekatkanlah.....
jika rezekiku berada di atas langit,turunkanlah....
jika rezekiku berada di dalam bumi,keluarkanlah.....
jika payah,mudahkanlah...
dan jika haram,halalkanlah....amin...

ketahuilah bahawa,SELANGKAH KITA MENDEKATI ALLAH MAKA SERIBU LANGKAH ALLAH MENDEKATI KITA...


kalau semua orang paham konsep ini,tidak akan jadi masalah.hidup akan bahagia di dunia mahupun di akhirat.
akan tetapi yang menjadi masalahnya sekarang adalah diri kita sendiri.janji ALLAH semuanya benar tetapi kenapa masih berat rasanya untuk melakukan kebaikan..malah terlalu senang untuk melakukan keburukan.apakah puncanya?

Friday, June 03, 2011

ReMaJa...

 salam kepada semua sahabat-sahabat yang amat ku sayangi kerana ALLAH..

semoga kalian dalam keadaan yang sejahtera baik dari segi external mahupun internal..(rohani dan jasmani).satu muqaddimah yang cantik bukan?

hari ini,ana hendak berkongsi pendapat tentang satu tajuk yang pada ana sangatlah penting.pertama kalinya,ana ingin mengingatkan bahawa ana bukan insan yang mantap ilmu di dadanya.ana hanya insan yang dhoif.sekiranya ada salah silap di mana-mana,harap diampunkan.

remaja merupakan satu perkataan yang terlalu sinonim dengan hidup kita.isu remaja begitu dan begini giat diperkatakan sama ada di dada-dada akhbar mahupun di corong-corong radio.tidak cukup dengan itu,laman-laman web juga tidak ketinggalan membahaskan berkenaan remaja zaman sekarang.

APA YANG SERING DIPERKATAKAN BERKENAAN REMAJA?

adakah kebanyakan perkara yang diperkatakan itu sesuatu yang baik atau sebaliknya?tepuk dada tanyalah iman di dada.ana bukan hendak mencela golongan ini tetapi hanya ingin berkongsi satu realiti yang berlaku dalam kehidupa kita.mengapa semua pihak amat menekankan soal kepentingan remaja itu sendiri?apa pentingnya remaja?kenapa kerajaan sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit demi melahirkan remaja yang 'proactive'?

JuWaiRiYaH BiNTi aL-HaRiTs

Beliau adalah Juwairiyah Binti al-Harits Bin Abi Dhirar bin al-Habib al-Khuza’iyah al-Mushthaliqiyyah.
Beliau adalah secantik-cantik seorang wanita. Beliau termasuk wanita yang ditawan tatkala kaum muslimin mengalahkan Bani Mushthaliq pada saat perang Muraisi’.
Hasil Undian Juwairiyyah adalah bagian untuk Tsabit Bin Qais bin syamas atau anak pamannya, tatkala itu Juwairiyyah berumur 20 tahun. Dan akhirnya beliau selamat dari kehinaan sebagai tawanan/rampasan perang dan kerendahannya.

Beliau menulis untuk Tsabit bin Qais (bahwa beliau hendak menebus dirinya), kemudian mendatangi Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam agar mau menolong untuk menebus dirinya. Maka menjadi iba-lah hati Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam melihat kondis seorang wanita yang mulanya adalah seorang sayyidah merdeka yang mana dia memohon beliau untuk mengentaskan ujian yang menimpa dirinya. Maka beliau bertanya kepada Juwairiyyah: ”Maukah engkau mendapatkan hal yang lebih baik dari itu ?”. Maka dia menjawab dengan sopan: ”Apakah itu Ya Rasulullah ?”. Beliau menjawab: ”Aku tebus dirimu kemudian aku nikahi dirimu!”. Maka tersiratlah pada wajahnya yang cantik suatu kebahagiaan sedangkan dia hampir-hampir tidak perduli dengan kemerdekaan dia karena remehnya. Beliau menjawab:”Mau Ya Rasulullah”. Maka Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:” Aku telah melakukannya”.

Saturday, May 28, 2011

kErJa..BeLaJaR..TiDuR..

 SALAM SEMUA....KABAREWA???(bahasa jawa)

apa khabar semua??semoga kalian sentiasa berada di bawah limpahan rahmat dan nikmatnya.kita jangan lupa saat kita diberikan nikmat dan rahmatNYA,kita perlu gunakannya di jalan ALLAH.Dalam dunia ini,pasti akan ada yang pahit dan indah.semua orang inginkan yang manis dan indah dalam kehidupannya.tidak ada manusia yang inginkan kepahitan dan kesukaran melanda kehidupannya.tetapi mahu ataupun tidak,satu saat kita tetap perlu ambil kepahitan itusupaya kita peroleh kebahagiaan esoknya.ALLAH juga telah berfirman,adakah kamu rasa kamu layak masuk ke syurga??sedangkan kamu belum diuji.ingin dapatkan syurga ALLAH yang sangat bahagia.bukannya mudah bukan??jadi kita perlu berjuang berhabis-habisan demi mencapai keredhaanNYA..

SEORANG DA`IE tidak akan pernah berhenti berjuang dalam menegakkan agama ALLAH tanpa mengenal erti penat dan lelah.perjalanannya sungguh panjang dan meletihkan.orang yang lalai akan bertanya,"MENGAPA kau rela melelahkan diri sedemikian rupa?"jawab sang da`ie itu dengan pasti,sesunggahnya aku mengharapkan kerehatan yang kekal(syurga)..-ibn qaiyyim..

beerbalik pada tajuk asal kita,khususnya kepada calon-calon spm 2011,pasti kadang-kadang terlintas seketika di benak fikiranmu,apa yang akan kamu lakukan bagi mengisi ruang-ruang semasa menunggu result SPM tahun depan..macam-macam pendapat yang ana terima daripada kawan-kawanku tercinta.

Thursday, May 26, 2011

SuKa DaN dUkA...


assalamualaikum...
rasanya sudah lama ana tinggalkan blog tercinta ini menjadi usang dan berhabuk...minta maaf la...ini disebabkan ketandusan idea di samping kesibukan yang melampau(buat teruk)...

sudah lama ana tidak jejakkan kaki di bumi SHAH ALAM...akhirnya,ana pulang juga melepaskan rindu yang tidak tertahan lagi....

dalam kehidupan ini pasti akan ada dugaan yang kita kenali SEBAGAI suka duka atau asam garam dalam kehidupan..tanpa dugaan kehidupan ini amat membosankan...dugaan tidak akan pernah BERHENTI memburu kita dan ia tidak akan pernah habis sehinggalah kita dijemput bertemu denganNYA...jadi kita perlu kuat dan tabah dalam menghadapinya.seperti yang kita ketahui bahawa dugaan itu satu tarbiah daripada ALLAH kepada hamba-hambanya.ia juga dikenali sebagai proses peningkatan iman bagi mereka yang berfikir.bagi mereka yang tidak berfikir akan menganggapnya satu penyeksaan yang abadi..

beberapa bulan di SAINA,berbagai-bagai dugaan telah datang dan pergi kendatipun tidak pernah diduga.apabila kita ketahui di mana puncanya kekuatan itu.kita pasti akan terus bertaut kepadaNYA tanpa pedulikan yang lain yang belum tentu bisa memberi kekuatan kepada kita.dari mana kekuatan itu???

ALLAH


Sunday, March 13, 2011

CiNtA iSLaMiK...

ASSALAMUALAIKUM..PERKONGSIAN ILMU...

 

wujudkah cinta islamik..?(daripada blog intan solehah)



Cinta Islami. adakah yang terpampang di minda kita satu pasangan yang berpakaian sopan, menutup aurat, menjaga jarak antara mereka, dan menjaga kelakuan mereka.

bagi sesetgah orang, cara bercinta yang seperti inilah baik, elok dan sempurna.. tapi question mark disini adalah adkah cinta islami itu tidak sama dengan corak cinta muda mudi zaman sekarang..? kalau benar berbeza apakah perkara yang membezakannya tue..? hurm.. ana nie asyik2 cakap pasal couple.. kenape yek..? disebabkan cinta ini lah yang telah banyak menarik remaja zaman sekarang ke kancah kemurkaan ALLAH...MINTA DI JAUHKAN DARIPADA KITA..amin3x

perasaan ingin dikasihi atau diberi perhatian lebih daripada insan yang dianggap istimewa..yang kononnya sangat memahami kita..yang kononnya dapat menggembirakan hati kita saat terguris kesakitan..bukan teman tetapi mahu dianggap lebih daripada itu....sanggup mengeluarkan bermacam-macam jenis janji manis yang bisa menyenangkan hati pasang pilihannya...banyak hujah yang dikeluarkan bagi mempertahankan perkara yang salah atau menegakkan benang yang basah..cuba menghalalkan benda yang haram supaya bisa menikmati keseronokan di dunia yang hanya buat seketika...moga dijauhkan!!!