Monday, June 27, 2011

iNdAhNYa sOLaT JuMaAt...



ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABATKU..
 mulakanlah perkataan mu dengan salam..di kesempatan ini ingin benar ana berkongsi pengalaman bersama kalian berkenaan realiti yang berlaku dalam masyarakat kita.semoga kita mendapat keredhaanNYA.

BEBERAPA bulan yang lalu,alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana ana berkesempatan menyertai lawatan BADRI ke sekitar kuala lumpur.setelah bermandi peluh menyiapkan kertas kerja,akhirnya ia diluluskan jua.di situlah nikmat berkerja dengan bersungguh-sungguh.=)

Antara pengalaman yang tidak akan ana lupakan ialah ketika ana dan sahabat-sahabat yang lain turut melaksanakan solat jumaat di MASJID NEGARA.pertama kali dalam hidup ana melaksanakan solat jumaaat.sebelum ini hanya mampu meluahkan keinginan itu di dalam hati sahaja.alhamdulillah...

ketika imam telah habis membaca surah AL-FATIHAH,di sambut kalimah amin oleh para jemaah dengan penuh bersemangat sehinggakan kami(muslimat) yang berada di atas seolah-olah bergetar lutut  tanda kagum dengan kesepaduan suara yang dikeluarkan.suara yang dilontarkan bergema sama seperti suara ketika ingin menuju ke medan perang.
patutlah dalam sejarah pernah menyatakan saat kalimah allahuakhbar dilaungkan sebelum bermulanya peperangan,berjaya menghadirkan sekumit rasa takut dalam hati-hati yang ingkar dengan perintah ALLAH.di situlah kekuatan kalimah ALLAH.hebat!!benarlah kata-kata ini,jika jemaah subuh itu seramai jemaah ketika solat jumaat,nescaya menggigil ketakutanlah orang-orang kafir kerana kekuatan umat islam itu terletak pada solat berjemaah pada waktu subuh.jadi,ringan-ringankanlah badanmu untuk ke masjid bagi meramaikan jemaah itu sendiri.

malangnya,ada sebilangan besar umat islam telah mempersia-siakan kelebihan yang diberikan oleh ALLAH kepada umat islam.ana pernah melihat sendiri situasi ini di mana kebiasaannya akan ada gerai-gerai kecil akan dibuka di luar perkarangan masjid bagi memudahkan para jemaah  menjamu selera di situ supaya tidak lewat untuk mendengar khutbah.Dipendekkan cerita,ada dua orang hamba ALLAH yang bergelar lelaki yang menjadi penjual makanan itu tidak menyertai solat jumaat walaupun telah berada di depan masjid.betapa kerasnya hati mereka sehingga tidak menyambut seruaan yang memanggil menghadapnya.nak kata uzur,lelaki..nak kata sakit,sihat sahaja.hanya ALLAH yang tahu kerana DIA pemilik segala rahsia di dunia ini..semoga hidayah dikirimkan kepada mereka.

pada waktu yang sama,kelihatan ada sekumpulan remaja-remaja yang berkain pelekat dan menyangkutkan sejadah di bahu salah seorang daripada mereka menuju ke masjid yang sama.di dalam hati timbul rasa syukur kerana mereka lah bakal pejuang-pejuang islam yang akan membantu membangunkan agama tercinta ini.sangkaanku tersasar apabila mereka tidak masuk ke dalam masjid tetapi membuat keputusan untuk duduk di tepi masjid sambil bergelak ketawa gembira menghisap rokok sehinggalah solat jumaat selesai dilaksanakan oleh jemaah lain.setela itu, mereka terus beredar tanpa ada rasa  bersalah.semoga mereka turut dikirimkan hidayah.

nampak tak betapa rendahnya akhlak rohani dalam jiwa-jiwa umat islam itu sendiri.ana ingin membenarkan kata-kata ini di mana umat islam itu sendiri telah menghancurkan islam .walaupun telah berada di depan masjid mahupun menuju ke masjid tetapi tetap berkeras untuk tidak mahu menuju menghadap ilahi.adakah ini di namakan mata hati yang telah mati???waallahualam...semoga dijauhkan daripada kita semua.amin3x
 

khas buat insan yang bergelar muslimin wa mukminin,

persiapkanlah dirimu dengan benteng agama yang utuh kerana kelak kamu akan dirkurniakan amanah yang lebih besar bagi melindungi pemaisuri hatimu dan zuriat-zuriatmu.didiklah meraka supaya mentaati ALLAH.nescaya kamu bahagia di dunia dan akhirat.kamu selaku pemimpin,bertegaslah dengan mereka supaya islam dapat terus berkembang dengan adanya panji-panji islam ditegakkan oleh para pejuang yang lahir daripada keluarga yang hebat pendirian agamanya..insyaALLAH..kami(kaum hawa) sangat berharap kepadamu kerana kami insan yang lemah..

wasalam

3 comments:

  1. salam...
    syukran atas perk0ngsian ilmu trsbut..
    may Allah bless us...
    =)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.wbt,

    Salam mahabbah,
    Jazakillah,perkongsian yg sgt mmbuka hati, indah kan bila berjemaah dan bila islam itu diletakkan dlm hati ditempat yg paaaaling tinggi martabatnya.

    Moga ALLAH kasih:)

    ReplyDelete