salam kepada semua sahabat-sahabat yang amat ku sayangi kerana ALLAH..
semoga kalian dalam keadaan yang sejahtera baik dari segi external mahupun internal..(rohani dan jasmani).satu muqaddimah yang cantik bukan?
hari ini,ana hendak berkongsi pendapat tentang satu tajuk yang pada ana sangatlah penting.pertama kalinya,ana ingin mengingatkan bahawa ana bukan insan yang mantap ilmu di dadanya.ana hanya insan yang dhoif.sekiranya ada salah silap di mana-mana,harap diampunkan.
remaja merupakan satu perkataan yang terlalu sinonim dengan hidup kita.isu remaja begitu dan begini giat diperkatakan sama ada di dada-dada akhbar mahupun di corong-corong radio.tidak cukup dengan itu,laman-laman web juga tidak ketinggalan membahaskan berkenaan remaja zaman sekarang.
APA YANG SERING DIPERKATAKAN BERKENAAN REMAJA?
adakah kebanyakan perkara yang diperkatakan itu sesuatu yang baik atau sebaliknya?tepuk dada tanyalah iman di dada.ana bukan hendak mencela golongan ini tetapi hanya ingin berkongsi satu realiti yang berlaku dalam kehidupa kita.mengapa semua pihak amat menekankan soal kepentingan remaja itu sendiri?apa pentingnya remaja?kenapa kerajaan sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit demi melahirkan remaja yang 'proactive'?
ini semua adalah kerana remaja merupakan tunggak pemimpin pada masa hadapan.bagaimana remaja kita sekarang cukup menggambarkan pentadbiran pada masa hadapan.oleh hal yang demikian,pihak yang berwajib mengambil langkah yang bijak bagi memastikan pemimpin yang lahir adalah yang berkualiti.
ini semua adalah kerana remaja merupakan tunggak pemimpin pada masa hadapan.bagaimana remaja kita sekarang cukup menggambarkan pentadbiran pada masa hadapan.oleh hal yang demikian,pihak yang berwajib mengambil langkah yang bijak bagi memastikan pemimpin yang lahir adalah yang berkualiti.
APA YANG TELAH TERJADI KEPADA REMAJA-REMAJA KITA ZAMAN SEKARANG?
ingatlah bahawa,tidak akan berjaya sesuatu pentadbiran itu jika ajaran islam diketepikan serta apa yang diajarkan oleh rasullah s.a.w diabaikan.jadi,remaja-remaja kini perlu perkemaskan diri dengan ilmu agama yang mantap di dada sebagai persediaan meghadapi sebarang kemungkinan masa hadapan.mungkin ada yang akan berkata,
.KUNO SUNGGUH!!..
SEKARANG ZAMAN MODEN LA..
TAK STYLE LA JADI PAK USTAZ?.
.KUNO SUNGGUH!!..
SEKARANG ZAMAN MODEN LA..
ingatlah islam tidak pernah kuno hingga ke akhir zaman.ajaran yang dibawa oleh islam bertepatan sepanjang zaman.islam tidak kata bahawa semua mereka yang mempelajari ilmu agama perlu diakhiri sebagai seorang ustaz,ulama' dan sebagainya.tidak sama sekali.ianya terserah seratus peratus kepada kita.kalau hendak menjadi doktor,jurutera,mekanik,guru,'pilot',dan sebagainya.DIPERSILAKAN.cuma jadilah doktor yang beriman,jurutera yang berIMAN,mekanik yang beriman san seterusnya. tolong jangan diperkecilkan skop pemikiran tentang agama.kamu pasti bahagia seandainya al-quran dan hadis dijadikan rujukan ketika dugaan melanda.
masalah penceraian akan berkurangan seandainya pasangan suami isteri itu menerapkan ajaran islam ke dalam rumah tangganya.perasaan kasih sayang dan cinta itu akan sentiasa mekar dalam sanubari kedua-dua pasangan itu lantas lahirlah zuriat yang mantap iman di dadanya hasil didikan ibu bapa yang hebat.
TIDAK AKAN ADA ANAK YANG HEBAT,JIKA TIADA IBU BAPA YANG HEBAT.
TIDAK AKAN ADA ISTERI YANG HEBAT,JIKA TIADA SUAMI YANG HEBAT
TIDAK AKAN ADA KELUARGA YANG HEBAT,JIKA TIADA KETUA KELUARGA YANG HEBAT
TIDAK AKAN ADA ANAK MURID YANG HEBAT,JIKA TIADA GURU YANG HEBAT
TIDAK ADA JUGA SEKOLAH YANG HEBAT,JIKA TIADA PENTADBIRAN YANG HEBAT.
WAHAI REMAJA ,ingatlah kita hidup di dunia ini adalah hanya ingin mencari keredhaanNYA dan menyediakn bekalan untuk di akhirat sana.saat menjadi seorang remaja merupakan satu peringkat yang amat bahaya.jika seseorang itu mampu atasi segala dugaan yang menimpa saat digelar seorang remaja,maka hidupnya akan bahagia.akhir kalam,letaklah ALLAH ditangga yang tertinggi dalam sudut hatimu.nescaya kamu BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT..wasalam
No comments:
Post a Comment