assalamualaikum...
rasanya sudah lama ana tinggalkan blog tercinta ini menjadi usang dan berhabuk...minta maaf la...ini disebabkan ketandusan idea di samping kesibukan yang melampau(buat teruk)...
sudah lama ana tidak jejakkan kaki di bumi SHAH ALAM...akhirnya,ana pulang juga melepaskan rindu yang tidak tertahan lagi....
dalam kehidupan ini pasti akan ada dugaan yang kita kenali SEBAGAI suka duka atau asam garam dalam kehidupan..tanpa dugaan kehidupan ini amat membosankan...dugaan tidak akan pernah BERHENTI memburu kita dan ia tidak akan pernah habis sehinggalah kita dijemput bertemu denganNYA...jadi kita perlu kuat dan tabah dalam menghadapinya.seperti yang kita ketahui bahawa dugaan itu satu tarbiah daripada ALLAH kepada hamba-hambanya.ia juga dikenali sebagai proses peningkatan iman bagi mereka yang berfikir.bagi mereka yang tidak berfikir akan menganggapnya satu penyeksaan yang abadi..
beberapa bulan di SAINA,berbagai-bagai dugaan telah datang dan pergi kendatipun tidak pernah diduga.apabila kita ketahui di mana puncanya kekuatan itu.kita pasti akan terus bertaut kepadaNYA tanpa pedulikan yang lain yang belum tentu bisa memberi kekuatan kepada kita.dari mana kekuatan itu???
ALLAH
jadi,carilah ALLAH.kamu pasti berbahagia.dugaan yang datang menimpa tidak semuanya pahit..walaupun ada ketikanya ia terlalu pahit membuatkan kita sangat lemah.ketahuilah bahawa ALLAH tidak pernah ingin menyusahkan hambanya tetapi ALLAH terlalu sayang akan hamba-hambanya. ada hikmah yang teramat manis disebalik kesusahan itu.jadi,berfikiran POSITIFLAH KEPADA ALLAH.adakalanya kita mudah tersentuh,menangis,ketawa,gembira,terasa susah dan lain-lain..itu semua normal..
pada ana,2011 merupakan satu tahun yang penuh dengan sesi pentarbiahan daripada ilahi bagi mematangkan ana.ana rasa tidak akan pernah mampu hadapi SEMUA DUGAAN ITU seorang diri kerana ana bukanlah insan yang teguh sendirinya,yang bukan cekal jiwanya,yang bukan tabah hatinya lagi lemah pada kudratnya.apa yang menguatkan ana adalah kehadiran ilahi yang paling utama..di samping,sokongan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus menyuntik bius kekuatan dalam jiwa ini.kekuatan ana ada pada mereka..terima kasih TEMAN-TEMAN...di mana saat ana hampir jatuh terduduk,mereka lekas menyambut ana malah cepat tarik ke atas bagi teruskan perjuangan ini..di situ kita nampak peranan kawan itu sendiri..
AYUH KITA TERUSKAN PERJUANGAN INI BERSAMA TANPA KENAL ERTI PENAT DAN LELAH...
wasalam
No comments:
Post a Comment