Friday, December 09, 2011

GerHaNa BuLaN...


salam semua.indahnya saat kita diberi peluang untuk melihat salah satu kekuasaan ALLAH.kata bahagian falak,dijangkakan 10 disember 2011 gerhana bulan akan muncul.ia akan bermula 8.45 malam dan berakhir pada tengah malam hari itu.jadi,marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk mendekatkan lagi diri kepada ALLAH dengan bermunajat dengan penuh tawadu'.apa yang telah diajar oleh nabi saat gerhana ini tiba.beberapa riwayat  bukhari telah menyatakan bahawa sepanjang hayat nabi,baginda sempat mengalami beberapa kali gerhana bulan tetapi hanya sekali gerhana matahari.


saat gerhana ini terjadi,di ceritakan bahawa nabi muhammad s.a.w dan para sahabat terus menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat gerhana.baginda dikatakan membaca 4 surah yang panjang-panjang sepanjang menunaikan solat antaranya surah al-baqarah,surah ali imran,surah an-nisa' dan surah al-maaidah.peristiwa ini ingin menunjukkan  bahawa rasulullah beribadat sepanjang gerhana itu berlaku.tanpa sedikit pun masa yang ada dibazirkan.jadi,kita perlu ikut apa yang telah dilakukan oleh rasulullah.sepanjang gerhana itu perbanyakkanlah beristigfar,berzikir,menunaikan solat sunat dan bersedekah untuk menghapuskan dosa.bukan sepanjang gerhana itu kita bazirkan masa dengan bergelak ketawa,mengambil gambar sana sini serta berfoya-foya.kata ahli falak lagi,kajian mengatakan gerhana bulan  kali ini merupakan satu ulangan  gerhana bulan ketika 7 november 1957.subahanallah...




Thursday, December 08, 2011

NiKmAt ALLAH


Assalamualaikum.Bersyukur kta kehadrat ilahi krana dengan sifat ar-rahman dan ar-rahimnya kta dapat lagi menikmati sgala kurnian allah dmuka bumi ini yang tidak henti2 allah anugerahkan kepada setiap hambanya walaupun segelintir manusia kufur dengan nikmat yang allah anugerahkan i2.Kawan2 yang dikasihi sekalian,ulama mufassiran menafsirkan  bahawa setiap anugerah yang allah kurniakn kpada kta merupakan sa2 ujian untuk allah melihat sehebat mana kita menggunakan nikmat allah i2.sebelum itu,perlulah kita ketahui siapakah diri kta dbumi allah ini.adakah kita seorng pemimpin,jutawan,setiakawan,superman,spiderman atau pun pelajar saina?walau siapapun kta dmuka bumi kita tidak boleh lari dari kekuasaan allah biarpun kta seorng superman skali pun.lupa nk sebut,superwoman sekalipun.kita tidak bleh lari dari ketentuan allah.

Marilah sama2 kita renung sejenak,apakah segala nikmat yang allah kurniakn kpada kita selama ini kta gunakan dengan betul.Ramai manusia dimuka bumi ini lalai dengan nikmat yang allah kurniakn dengan menggunakan nikmat allah kejalan maksiat seperti mengumpat,melihat benda2 yang haram,mendengar lgu2 yang melalaikan dan sebagainya.Apakah kita mampu menjadi penghuni syurga allah jika kita kufur akan nikmat allah s.w.t.APAKAH YANG DIKATAKN DENGAN KUFUR AKAN NIKMAT ALLAH ITU?.

Wednesday, December 07, 2011

DoA sEoRaNg aDiK

Marilah sma2 kita ambil pengajaran dari kisah ini.


 Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.

Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.

Suatu ketika si abang berdoa memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat digunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya untuk memudahkan mereka pergi mengaji. Allah mengabulkannya. Tidak lama kemudian sebuah kereta dapat beliau miliki hasil daripada bonus pekerjaannya.

Lalu si Abang berdoa memohon seorang isteri yang sempurna. Lalu Allah mengabulkan permintaannya. Tidak lama kemudian si abang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik budi bahasa serta perangainya.

Tuesday, December 06, 2011

BuKaN sEtAkAt iNi....

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian?harap baiklah hendaknya.
setiap orang pasti ada agendanya yang tersendiri sepanjang cuti ni,ada yang bekerja,ada yang ambil lesen(syai contohnya =p),ada yang memantapkan kemahiran hidupnya,ada juga yang menimba ilmu agama ( pondok =0 ),ada yang jadi orang gaji tanpa gaji di rumah dengan rela dan ada juga mereka yang menghadap internet tidak henti-henti..huh..teruskanlah usahamu dalam mengisi masa yang terluang ini sebaiknya.

ana ada sedikit perkongsian pengalaman untuk semua,hari ini mak ana kena pergi sekolah atas urusan kerja.nak dijadikan cerita,ana lah yang kena uruskan makan minum adik-adik ana.memasak?lebih kurang macam tu lah.perkara biasa yang terjadi dalam rutin hidupku.yang menjadikan ia sedikit uniknya hari ini apabila ayahku telah menawarkan diri untuk merasa masakanku.alamak cuaknya?selalunya masakanku hanya menjadi santapan untuk adik-beradikku + my mom.tiba-tiba malam ini ayahku nak mencuba sendiri..betapa berdebarnya hatiku menantikan komen daripadanya..duup..duup!!!takutnya.selesai menikmatinya,lantas ayahku berbicara "erm,sedap.oke la ni..esok masak apa pulak?"huh~lega rasanya dan lucu juga..itu sahaja pengalamannya..bertambah semangat selepas mendengar pujian yang bermakna itu..=)






ayuh kembali ke pangkal jalan,sebenarnya ada sedikit perkara yang ingin sekali ana berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.ianya lebih kepada sahabat-sahabat yang sebaya denganku.30.11.2011,merupakan satu tarikh keramat.satu tarikh yang merupakan tarikh penutup bergelar seorang pelajar sekolah.sekarang kita tidak lagi dan tidak akan lagi digelar pelajar sekolah.semua itu telah berlalu.hanya kenangan yang tinggal dan segala yang telah dilalui boleh dijadikan pedoman di masa hadapan.persoalannya sekarang MAMPUKAH KITA MELANGKAH KE DUNIA LUAR?

Monday, December 05, 2011

KeLeBiHaN pUaSa 9&10 MuHaRaM

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)




Saturday, December 03, 2011

HiDuP bIaR bErBakTi....


ASSALAMUALAIKUM kepada sahabat-sahabat yang amat ku sayangi kerana NYA..

di kesempatan masa yang diberi olehNYA ini,terlintas di kepala ana akan sebuah perpatah arab yang penuh bermakna.

SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH MANUSIA YANG BERBAKTI UNTUK ORANG LAIN...

satu kata-kata yang pada ana skopya terlalu luas.ayuh kita kecilkan sedikit skopnya dengan hanya memberi fokus kepada berbakti kepada IBU DAN BAPA.kepada rakan-rakan yang telah diberi peluang untuk meluangkan masa selama hampir 3 bulan untuk berbakti kepada ibu dan bapa.jangan dipersiakan peluang yang ada ini.sebelum ini,kita sering memberikan sejuta alasan untuk mengelak daripada berkhidmat untuk membantu mereka kerana sibuk dalam pengajian kononya.sekarang tiada lagi alasan yang bisa dicipta untuk lari daripada tanggungjawab itu.bukan ana katakan sebelum ini tidak membantu langsung.tidak sama sekali.cuma ianya sedikit terbatas kerana ada setengah daripada kita hanya pulang ke rumah sebulan sekali.jadi,peluang itu terhad.

Thursday, December 01, 2011

BiArLaH sEbEnTaR.....

DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.....

setinggi-tinggi rasa syukur ana panjatkan kerana dengan limpah kurniaNYA kita masih diberi dua nikmat yang besar iaitu iman dan islam.semoga ia terus bertahta di dalam sanubari kita hingga ke syurga.rasa syukur lagi ku panjatkan kerana telah diberi kekuatan untuk terus gagah berjuang dalam salah satu ujian dunia iaitu SPM =).alhamdulillah

YA ALLAH,
ku telah berusaha semampu yang boleh,
kini berdoa dan terus bertawakal kepadamu atas kejayaan yang bakal kau berikan...AMIN3X

formula mudah:

USAHA+TAWAKAL+DOA=KEJAYAAN...

kali ini ingin sekali ana coretkan sedikit kenangan dan pengalaman yang diperoleh dalam kehidupan.apabila ditanya kepada sesiapa pun,jawapan pasti YA.iaitu YA semua orang  pasti mempunyai teman dan rakan.tetapi tidak semua orang mempunyai sahabat.siapa itu sahabat?sahabat iailah seorang insan yang sering ingatkan kita ke arah kebaikan.apabila dilihat wajahnya akan sentiasa tenang.apabila didengar tutur katanya,kita lekas bangkit untuk beribadah.apabila dilihat gerak gerinya,kita takut akan kekuasaan ilahi.apabila dibincang tentang agama bersamanya,rasa sungguh hebat kebesaran ALLAH itu.itulah  yang dikatakan SAHABAT..