ASSALAMUALAIKUM SEMUA..
apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian?harap baiklah hendaknya.
setiap orang pasti ada agendanya yang tersendiri sepanjang cuti ni,ada yang bekerja,ada yang ambil lesen(syai contohnya =p),ada yang memantapkan kemahiran hidupnya,ada juga yang menimba ilmu agama ( pondok =0 ),ada yang jadi orang gaji tanpa gaji di rumah dengan rela dan ada juga mereka yang menghadap internet tidak henti-henti..huh..teruskanlah usahamu dalam mengisi masa yang terluang ini sebaiknya.
ana ada sedikit perkongsian pengalaman untuk semua,hari ini mak ana kena pergi sekolah atas urusan kerja.nak dijadikan cerita,ana lah yang kena uruskan makan minum adik-adik ana.memasak?lebih kurang macam tu lah.perkara biasa yang terjadi dalam rutin hidupku.yang menjadikan ia sedikit uniknya hari ini apabila ayahku telah menawarkan diri untuk merasa masakanku.alamak cuaknya?selalunya masakanku hanya menjadi santapan untuk adik-beradikku + my mom.tiba-tiba malam ini ayahku nak mencuba sendiri..betapa berdebarnya hatiku menantikan komen daripadanya..duup..duup!!!takutnya.selesai menikmatinya,lantas ayahku berbicara "erm,sedap.oke la ni..esok masak apa pulak?"huh~lega rasanya dan lucu juga..itu sahaja pengalamannya..bertambah semangat selepas mendengar pujian yang bermakna itu..=)

ayuh kembali ke pangkal jalan,sebenarnya ada sedikit perkara yang ingin sekali ana berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.ianya lebih kepada sahabat-sahabat yang sebaya denganku.30.11.2011,merupakan satu tarikh keramat.satu tarikh yang merupakan tarikh penutup bergelar seorang pelajar sekolah.sekarang kita tidak lagi dan tidak akan lagi digelar pelajar sekolah.semua itu telah berlalu.hanya kenangan yang tinggal dan segala yang telah dilalui boleh dijadikan pedoman di masa hadapan.persoalannya sekarang MAMPUKAH KITA MELANGKAH KE DUNIA LUAR?





