Saturday, March 12, 2011

TuDuNg LaBuH Vs tUDunG BiaSa???

ASSAMUALAIKUM...

kaifa halukum???rasanya sudah lama blog ini ditinggalkan tanpa berpenghuni..mohon kemaafan yang tidak terhingga kepada sesiapa yang tertunggu-tunggu post ana yang seterusnya..eh,perasan pula!entah-entah tak ada orang pun yang tergila-gilakan post seterusnya...tak apa tak kisah pun..hehehe...memandangkan sudah agak lama bertapak di kedah...jadi,bahasa kedah itu terlekat dekat lidah..satu keluarga ketawa terbahak-bahak mengejek...maklumlah tahun ini nak hadapi peperiksaan Silij Paling Menakutkan(SPM).jadi,tak boleh la nak selalu pulang ke kampung halaman...

teringat ana pada kata-kata ibnu batuta.."tempat yang paling indah ialah kampung halaman iaitu tempat kita dibesarkan"...=)

kali ini,ana terasa ingin berbicara tentang satu topik yang pada ana ramai yang salah faham...islam mengajar kita bersikap terbuka dan cuba berfikir secara meluas..jangan diperkecilkan cara pemikiran kita atas dasar islam itu sendiri..

APA PERBEZAAN ANTARA TUDUNG LABUH DENGAN TUDUNG BIASA???

soalan yang acap kali diutarakan oleh sesetengah pihak yang masih kurang jelas tentangnya..
dalam AL-QURAN,ALLAH terangkan dalam surah an-nur,ayat 31...

dan katakanlah kepada kaum perempuan yang beriman,supaya mereka menyekat pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka.dan jangan lah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka,melainkan kepada suami mereka,atau mereka yang menjadi mahram mereka dan janganlah mereka menghentak kaki untuk diketahui akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka.dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH,WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN supaya kamu berjaya...

ayat di atas jelas menyatakan bahawa perempuan wajib menutup auratnya..tetapi tutup yang bagaimana yang dituntut oleh islam..yang diperintahkan oleh ALLAH serta yang ditunjukkan oleh rasul ALLAH...atau sekadar menutup aurat dalam kehidupan yang berfesyen??

adakah tutup dikepala terbuka dilengan??
atau tutup dilengan dan kepala tetapi kain di bawah disinggkatkan??
tak pun tutup semuanya tetapi ketat menampakkan  bentuk badan??
juga yang jarang menampakkan warna kulit di dalamnya??


adakah contoh-contoh diatas sudah cukup untuk kita tepati kehendak dan perintah ALLAH??..tujuan ALLAH memerintahkan kaun hawa menutup auratnya adalah kerana ALLAH ingin memelihara kehormatan kaum hawa itu sendiri lantas menaikkan martabat kaum hawa yang tidak mudah disentuh sesuka hati bagi mereka yang tidak ada hak untuk menyentuhnya...

             tutuplah aurat sehingga menutup perhiasanmu..

jika seorang muslimah itu telah menutup perhiasannya dengan memakai tudung biasa dan yakin bahawa perhiasannya tidak akan dapat diperlihatkan oleh kaum adam..maka boleh ja kalau dia nak pakai tudung biasa..ana pernah bertanya kepada muslimat yang pakai tudung labuh sebab-musabab mereka melakukan sedemikian...jawapan mereka ialah hanya kerana ALLAH dan ingin memdapatkan kesempurnaan dalam ibadah..dengan bertudung labuh,mereka rasa lebih selesa dan lebih terpelihara..

apa yang ana nak tegaskan di sini adalah pakai tudung labuh atau biasa tidak menentukan iman seseorang..jangan kata yang pakai tudung labuh itu sudah pasti masuk syurga dan yang pakai tudung biasa itu masuk neraka...tak semua yang bertudung labuh itu baik dan yang tudung biasa itu jahat..kadang-kadang mereka yang bertudung labuh itu hanya mengikut peraturan sekolah tanpa ikhlas kerana ALLAH..
sebab itu rasa HALAWATUL itu tidak dapat diperoleh lantas tidak dapat diterapkan dalam kehidupan seharian..sebab itu,nama ja tudung labuh tetapi perangai tetap sama macam orang yang tidak pernah tahu tentang agama..hati-hati..jangan sampai disebabkan kelakuan kita yang mengjengkelkan,agama difinah...misalnya..

APALAH BUDAK NI,PAKAI JE TUDUNG LABUH TETAPI MENCARUT NOMBOR SATU??
PAKAI TUDUNG LABUH TETAPI COUPLE JUGAK,DATING PULAK TU???

AWAS.....ALLAH nampak apa yang kamu lakukan...

jadi,mereka yang pAkai tudung biasa itu janganlah dicemuh sesuka hati...silap-silap mereka akan masuk syurga lebih awal daripada mereka yang bertudung labuh ini...ingatlah buat kerana ALLAH.pasti kamu temui keseronokan dalam melakukan ibadah itu tanpa sedikit pun rasa terbeban kerananya..

tetapi mereka yang bertudung biasa ini perlu tutup aurat secara sempurna..jangan pula bila pakai tudung  biasa..lengan BAJU pula ditarik ke atas...katanya PANAS...ingat itu baru dunia..akhirat kelak tak tahu bagaimana agaknya...apabila kita tarik lengan baju itu,seolah-olah kita merelakan diri kita untuk ke api neraka kelak...tak percaya..kita tunggu dan lihat...

ADAKAH ALLAH BENAR-BENAR TUNAIKAN JANJINYA??


bagi mereka yang gemar mencemuh orang lain,berhati-hatilah wahai saudaraku kerana sudah sempurnakah kamu sehingga kamu yakin akan masuk ke syurga dengan mencemuh saudara kamu sendiri..sedangkan nabi yang terang-terang menjadi penghuni syurga tidak pernah mencemuh orang bukan islam apatah lagi umat islam...bertaubatlah kamu sebelum terlewat...

TIDAK AKAN MATI SESEORANG YANG MENGHINA ORANG LAIN SEHINGGA DIA MELAKUKAN APA YANG DIHINANYA(hadis)

ALLAH itu maha adil..jadi,jangan risau..ALLAH kan bagi balik kepada kamu...

tak rasa ke dengan menghina oramg itu akan melunturkan semangatnya untuk terus berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik lantas memberi persepsi yang buruk terhadap agama sendiri...bagaimana ingin mengembangkan agama islam jika dalam kalangan umat islam sendiri bermasalah dari segi permikirannya yang cetek tentang ilmu agama..lebih mengecewakan jika mereka lahir daripada sekolah yang sememangnya menekankan bab agama...BANTULAH AGAMA ALLAH,JANGAN MUSNAHKANNYA...
 waallahualam..wasalam

5 comments:

  1. salam..
    alhamdulillah..
    tq aqmar..atas prk0ngsian ilmu 2..=)

    may Allah bless..
    l0ve,
    ~ANIS~

    ReplyDelete
  2. salam...
    syukran ya sodikoti....
    xda papa sangat pun..
    =)

    ReplyDelete
  3. moga kita diberikan kekuatan utk istiqomah dlm menutup aurat dengan sebaiknya... =)

    ReplyDelete