Saturday, March 12, 2011

MoThEr oH mOThEr.....


ASSALAMUALAIKUM...

(mulakanlah biacaramu dengan ucapan salam)...

kali ini ana hendak berkongsi dengan kalian berkenaan satu lagu nasyid yang pada ana amat menarik...mungkin ada yang sudah ketahui nasyid ini tetapi ana tak kira,nak bagi tahu juga..=)
hayatilah dengan mata hatimu...

diPERSEMBAHKAN....




satu nasyid yang indah...pada liriknya lantas membawa pengertian yang amat mendalam..
seperti yang kita ketahui,ia memceritakan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang terkenang akan ibunya yang telah tiada serta menyedari bahawa dia berada di rumah anak yatim..amat menyentuh perasaan..

lagu ini telah mengetuk pintu hati ana serta memberi inspirasi untuk menulis berkenaan seorang insan yang amat mulia di duni ini....

iaitu IBU..




satu kisah di mana ada sahabat yang bertanya kepada nabi...doa yang akan dimakbulkan oleh ALLAH dengan cepat adalah doamu ya RASUL ALLAH..bagaimanaa pula setelah ketiadaanmu....kepada siapa pula kami perlu meminta mendoakan kesejahteraan kami???baginda menjawab,doa ibumu..

kita boleh lihat betapa hebat doa seorang ibu itu..doa ibu sangat dekat dengan ALLAH..dan paling cepat akan dimakbulkan oleh ALLAH..kita perlu menghargai ibu kita selagi dia masih ada..selagi dia masih dipinjamkan oleh ALLAH untuk mencurahkan kasih sayangnya kepada kita sebelum ALLAH memanggilnya kembali kepada NYA..berbaktilah kepadanya serta lindungilah dia selagi nyawa dikandung jahad..perasaannya yang perlu dijaga dengan hati-hati..

ingatlah...kawan, boleh dicari ganti tetapi ibu tidak pernah boleh ditukar ganti kerana kasih sayangnya amatlah tulus..di dunia ini kita masih boleh mempunyai beribu-ribu malah berjuta-juta kawan tetapi ibu yang melahirkan kita hanya SEORANG...oleh hal yang demikian,hargailah pemberian ALLAH yang tidak ada tandingannya..jangan kita menyesal di kemudiaan hari..jangan kita sedar setelah ALLAH ambilnya kembali daripada kita...ketika itu,walau menitiskan air mata darah sekali pun SEORANG IBU itu tidak akan datang kembali..amat menyedihkan lagi saat kita tidak dapat memohon ampun daripadanya sebelum pemergiaannya yang buat selamanya..saat itu,apa maknanya lagi  kita hidup tanpa mendapat keredhaannya...seperti yang kita ketahui,redha ALLAH terletak kepada redha kedua ibu bapa...


seandaiNya kau pernah menyakiti perasaannya,ringankanlah bibirmu untuk mengeluarkan kata2 kemaafan kepadanya..BERKATA BENARLAH WALAUPUN IA PAHIT...sebelum kita menyesal seumur hidup..kerana kita tidak tahu kapan dirinya akan dijemput ilahi...sayangilah dia sepenuh hati kerana dia menyayangi kita tanpa berbelah bahagi..mana ada ibu yang sanggup melihat anaknya menjadi PEROMPAK,PENCURI dll..jika dihitung semua pengorbanan ibu kepada kita nescaya kita tidak mampu membalasnya walaupun dengan segunung emas..bukan harta yang dipinta oleh ibu kita tetapi apa yang  diharapnya ialah seorang anak yang dapat MENYENANGI DAN MENJAGA dirinya kelak..yang dapat membantunya di akhirat kelak...menarik dirinya daripada pintu neraka dengan berkat doa seorang anak yang soleh dan solehah..jangan pernah kamu sakiti hatinya...

hidup ini ibarat roda...kadang-kadang kita berada di atas dan kadang-kadang kita berada di bawah..ingat!!apa yang kita lakukan kepada ibu kita..ALLAH ITU MAHA ADIL..DIA akan pastikan anak kita buat benda yang sama atau lebih teruk daripada apa yang kita buat dekat  ibu kita...

ana nak bagi tahu yang ana sangat menyayangi ibu ana,SITI ZALEHA BT. ATAN..ana sangat menghargainya..thank you ALLAH ...MY MOTHER IS AMAZING....wasalam

No comments:

Post a Comment