Wednesday, September 08, 2010

TaWaRaN HeBaT...




salam..
hari raya semakin dekat.Sudah siapkah segala persediaan yang dilakukan bagi menyambut hari yang penuh gemilang ini.ia merupakan hari kejayaan bagi umat islam kerana berjaya menewaskan nafsu sepanjang bulan ramadhan..
APAkah tawaran yang ditawarkan oleh ALLAH pada bulan yang mulia ini?kendatipun ramadhan bakal berakhir dan akan menjelmanya syawal itu tidak bermakna kita perlu kurangkan amal ibadah kita.malah saat inilah kita perlu melipat gandakan ibadah itu kerana belum pasti kita akan bertemu dengan ramadhan pada tahun hadapan..jangan gara2 ingin meyambut syawal kita tega meninggalkan surau atau masjid bagi bershopping di mall.

KEJAYAAN KITA DI BULAN RAMADHAN bukan dilihat pada waktu sekarang ini,akan tetapi resultnya kita akan lihat sebulan akan datang..hendak lihat berjaya kah kita mentarbiahkan diri kita dalam bulan yang penuh kemuliaan ini..mari kita lihat sebulan akan datang,berkekalan atau tidak amalan yang dilakukan pada bulan ramadhan.misalnya,kita beramai-ramai pergi ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat terawih tetapi kita akan terus pergi kah ke surau untuk menunaikan solat fardhu pada bulan2 biasa.jika YA,maka berjayalah kita pada bulan ramadhan kali ini.jika TIDAK,rupa2nya kita hanya bersandiwara(btul ke eja ni) di depan ALLAH.

bulan ramadhan dikenali sebagai bulan tarbiah manakala bulan syawal merupakan bulan kemaafan...SETELAH sebulan kita dididik agar menjadi baik maka pada bulan syawal kita perlu saling bermaafan sesama manusia..lebih afdolnya ketika malam raya itu bukannya selepas solat sunat hari raya kita meminta ampun kepada ibubapa kita khususnya..ingat tu!!!


tawaran yang ALLAH tawarkan pada bulan penuh keberkatan ini ialah jika kita BERSEDEKAH dengan seikhlas mungkin kita akan peroleh pahala yang berlipat kali ganda daripada bulan2 biasa...tawaran hebat ini datang sekali setahun..bukan macam yawaran di giant ,tesco ,mydin dll.itu semua tawaran di dunia yang bagi kita sudah jadi satu kebiasaan.TETAPI tawaran ALLAH ini lain daripada yang lain..ada berani CUBALAH...tawaran ini hanya dibuka 2 hari SAHAJA lagi..LAMBAT TAK DAPAT.jika lambat alamatnya tunggulah ramadhan tahun depan.itupun kalau umar masih panjang..bukan nak kata bulan lain tidak boleh bersedekah ,BOLEH SANGAT2 tetapi ALLAH bagi keistimewaan kepada hamba2nya pada bulan umat islam ini..OK or KO??tepuk dada tanyalah iman!!wasalam

No comments:

Post a Comment