Friday, September 03, 2010

CinTa CinTuN

salam lebaran,

pejam celik,pejam celik... ramadhan dah nak tinggalkan kita..erm...tak apa lah.semoga ramadhan kali ini dapat membuat banyak perubahan dalam hidup kita.insyaALLAH..

bila berbicara soal cinta atau kasih sayang,semua mula tertarik atau berminat..lagi-kagi golongan remaja..kenapa ya?pada satu tahap itu,setiap orang pasti akan timbul rasa ingin dikasihi dan mengasihi..itu semua normal.sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia yang punya perasaan.kita tidak boleh menolak perasaan itu draipada hadir akan tetapi kita perlu mengawal perasaan itu agar ia tidak dapat mengheret kita ke ambang kemaksiatan.kasih sayang yang tulus lagi indah adalah apabila kasih sayang itu terjalin hanya kerana ALLAH bukan kerana lain.di alam persekolahan lah perasaan ini menyerang secara kemuncak.jika kita pandai mengawalnya,ia tidak menjadi masalah bagi kita,tetapi jika kita gagal mengawalnya,ia merupakan salah satu masalah buat kita..

selalunya kita berbicara soal ciri2 lelaki idaman atau wanita idaman kepada teman-teman yang lain.itu dah jadi kebiasaan semua.

wanita 1:ko nak tau x,ciri2 lelaki idaman aku?

wanita 2:nak tau gak.ape?

wanita1:alim...kacak..banyak duit..baik gitu

wanita2:wow hebat gitu..ak lak nak yang alim..sopan..pendiam..semuanya baek la jawabnya.hehe


dialog yang sering dilontarkan tulus dari hati insan yang bergelar remaja..akan tetapi sedar kah kita akn realiti sebenarnya..ALLAH TAALA telah berfirman bahawa LELAKI YANG BAIK HANYA UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK..begitu juga PEREMPUAN YANG BAIK HANYA UNTUK LELAKI YANG BAIK..

formula dia senang sahaja,jika kita inginkan lelaki yang alim,baik,sopan dan lain-lain...kita terlebih dahulu perlu jadi seperti itu begitu juga bagi yang lelaki..kerana ALLAH sudah janji akan perkara itu...TETAPI ada juga sesetengah yang tidak dapat sedemikian..ketahuilah itu adalah dugaan daripada ALLAH..
INGAT TU!!


Remaja selalunya dikaitkan dengan cinta. Agak pelik jika dilihat seseorang yang memegang gelaran remaja tidak mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai juga tidak ada keinginan untuk berkenal-kenalan (kononnya) dan berhubungan sama ada secara SMS ataupun surat (baru romantik kononnya) dengan sahabat lain yang berlainan jantina.

























Adakah Islam membunuh terus naluri cinta ?
Adakah Islam langsung tidak memberi peluang kepada seseorang untuk merasakan perasaan cinta?
Adakah Islam ini terlalu kejam apabila mengekang seseorang itu daripada terjebak dengan percintaan ?



Bukan begitu saudaraku...
Islam adalah agama yang syumul!
Segalanya sudah ditetapkan oleh syari'at supaya manusia tidak terus tenggelam pada bisikan dunia. Cinta yang diimpikan semasa remaja cuma fatamorgana yang tidak kekal. Cuma mainan remaja yang dibisik oleh hawa nafsu dan syaitan yang cuba menarik setiap bani Adam untuk bersamanya di neraka.Cinta remaja sering membuatkan kita menipu diri sendiri. Pada fikiran sebilangan remaja, 'cuma setakat menelefon dan menghantar mesej dan surat bukannya sampai berjumpa berdua-duaan di taman bunga'Firman Allah S.W.T:



٣١) وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬)


Maksud : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).Sedangkan mendekati zina pun sudah ditegah. Apatahkan lagi berzina!.
Mengapa Allah kata,'JANGAN' kamu 'MENDEKATI ZINA'? Mengapa tidak dikatakan, 'TIDAK PATUTLAH KAMU MENDEKATI ZINA' atau 'TIDAK BAIK KAMU MENDEKATI ZINA'?
Ini kerana Islam telah menegaskan bahawa mendekati zina itu saja sudah haram hukumnya, apatah lagi jika berzina. Asyik daripada menelefon kekasih pujaan itulah akan menaikkan keinginan nafsu untuk berjumpa dan kemudian ke arah kegiatan-kegiatan yang seterusnya.jaga lah pergaulan kita dengan oramg yang bukan muhram kita..agar kita tidak kesal dikemudia hari..wasalam



wanita yang solehah adalah perhiasan yang terindah di atas muka bumi ini...

seorang wanita solehah = 70 orang lelaki yang soleh

No comments:

Post a Comment