Saturday, January 29, 2011

9 jAnUaRi 2011

  salam kepada sahabat-sahabat yang amat ku segani,

semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke syurga..insyaALLAH..
dah lama blog ini ku tinggalkan usang begitu sahaja..
al-maklumlah calon SPM....
bulan pertama  sesi persekolahan pun sudah sesakkan dada..
HOMEWORK datang berpusu-pusu tanpa diundang walaupun sesaat ..
dengki tol..tak boleh tengok kita senang, ada je nak mai dekat..

1 homework siap = 10 datang yang baru..

di situ lah terpancarnya sinar kejayaan bagi kami semua calon spm 2011..9A+..ammiiinnn....



9 JANUARI 2011

apa yang terjadi pada tarikh keramat ini??
suatu kenangan yang tidak akan ku lupa hingga ke akhirnya...
hari tu merupakan tahun pertama ku menyambut ulang tahun ke-17(dah tua rupanya...tempoh hidup pun makin pendek..makin dekat dengan ajal)

yang bestnya tahun ini,
ana sambut dengan suasana baru..kawan-kawan baru dan segala2nya lah baru..
tahun-tahun sebelum ini,parents ana akan mai buat kejutan kat sekolah..
hantar kek la bagai...(bukan anak manja tau)
tapi tahun ni,
mustahil semua perkara tu terjadi..
dulu 15 minit ja dah sampai sekolah tapi sekarang 6 jam pun belum tentu sampai..
betapa jauhnya...
apa-apa pun xpa..kita cuba dulu dengan suasana baru ini...ada HIKMAHNYA TU...

TUP TUP....
ada sesuatu yang istimewa di sana...

kalian pernah x dapat hadiah yang berturut-turut dalam masa satu hari daripada orang yang sama..
menarikkan!!

..yasmin afifah....

yang tengah-tengah tu...

seorang sahabat yang periang...
tidak akan sunyi satu tempat itu selagi  kehadirannya...
meh ana senaraikan hadiah-hadiahnya..

12 tgh malam = pulut panggang(berlari-lari semata-mata yang wish kat ana)-habis semua terjaga(main2 ja)
7 pagi = buah jambu batu
10 pagi = kuih karipap
5.15 petang = kacang..

macam-macam lagi la dia bagi...ana amat hargai...syukran...

SEBUAH HADIAH YANG BAIK TIDAK TERLETAK PADA HARGA BARANG ITU TETAPI IA TERLETAK PADA KEIKHLASAN SI PEMBERI ITU...

hanya ALLAH yang bisa membalas semua kebaikan kamu sekalian....

tahun ini juga ana dapat sebuah hadiah yang tak terlintas di fikiran ana walaupun sudah lama ana tercari-cari benda itu...

 purdah
  terima kasih

fatihah,afifah,syazana,adha,hafizah dan lain-lain...

purdah satu benda yang sudah lama ana idam-idamkan untuk memilikinya..
puas ana mencari ke sana ke mari tetapi masih tidak berhasil....
pada malam itu,ALLAH memberikannya kepada ana yang original datang dari MEKAH...

thanks to ALLAH...

walaupun ana terlalu ingin memilikinya tetapi untuk memakainya...
belum tiba masanya...
belum layak...dll

mereka pun ada bagi hadiah lain...iaitu

BANTAL BURGER......comel sangat...
thanks friends...

banyak lagi perkara yang indah berlaku pada hari itu....
terima kasih semua...
especially,
nurfarah fathiah....liyana athirah....juwairiiyah...anis...thahirah... dan lain-lain(f5)
wasalam

Wednesday, December 29, 2010

JaNgaN mEnGaLaH!!


SALAM...

tazkiyatunnafs fi sobah.."menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah bukan semudah memetik 2 jari..itu pun belum pasti bisa berbunyi..hakikatnya insan memang penuh dengan kekurangan..namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba ALLAH,teruskanlah untuk melangkah meski dalam kepayaha n..kita sebagai khalifah,mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah..sedangkan kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di JANNAH..lalu,haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk mengngis hiba..??belajarlah untuk tabah duhai hati SEORANG PEJUANG!!!tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu terus teguh menuju jalanNYA,


Monday, December 27, 2010

DuGaAn iTu aPa?

salam kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati sekalian

rasanya sudah lama ana tidak menjenguk blog ini.maaf dipinta atas kesibukan yang melanda memaksa ana mendahulukan perkara yang lebih penting.kalau ikutkan lagi berapa hari ya kita hendak mula bersekolah semula?lebih kurang 5 hari lagi bagi pelajar-pelajar kedah dan 6 hari lagi bagi pelajar-pelajar selangor..hehehe.selamat kembali ke sekolah.itu sebangai muqaddimahnya,.

kali ini ana ingin berbicara soal DUGAAN dan sekali lagi ingin ana nyata bahawa ana bukan orang yang banyak ilmu di dada.maaf atas segala kekurangan atau kesalahan.ana hanya ingin berkongsi ilmu yang halus ini.

apa yang ana kongsikan ini merupakan perkara yang ana juga baru dapat daripada seseorang yang lebih arif dalam hal ini..insayALLAH..semoga ALLAH memberkati kita semua..amin3

setiap orang pasti ada dugaannya sendiri..yang  membezakannya ialah cara kita menangani dugaan itu.kamu jangan pernah berasa gembira kerana tidak punya dugaan yang menyakitkan.ketahuilah bahawa kamu lah orang yang paling malang.

sebenarnya manusia ini telah ALLAH tentukan martabatnya,contohnya seeorang ini ALLAH letakkan martabat yang tinggi di sisinya.mungkin di sebabkan amalannya yang masih kurang menyebabkan orang itu tidak dapat mencapai martabat itu.jadi,ALLAH turunkan ujian kepadanya agar orang itu sentiasa ingat kepadaNYA.melalui ujian yang ALLAH kirimkan itulah akan membantu seseorang itu untuk mencapai martabat yang tinggi di sisi ALLAH.bukankah ujian itu menunjukkan bahawa ALLAH sayangakan hambanya.

kata ulama',
sesungguhnya manusia yang paling banyak menerima musibah(ujian) ialah para nabi dan orang-orang yang soleh.

sebenarnyamanusia ini apabila didatangi masalah,ianya berpunca daripada kehadiran syaitan dan nafsu.
di sini terdapat satu kisah di mana seorang pemuda ditanya oleh tok gurunya..jika kamu dikejar oleh anjing.apa yang akan kamu lakukan?pemuda itu menjawab,aku akan lawan.tok gurunya bertanya lagi.jika anjing itu kejar lagi?pemuda itu berkata,aku akn lawan.tok gurunya tanya lagi.jika anjing itu kejar kamu dengan lebih banyak?pemuda itu menjawab,aku akn lawan.jadi,tok guru nya berkata,kamu tidak akan mampu lawan.apa yang perlu kamu lakukan ialah mengadu kepada tuan punya anjing itu..
begitu juga dengan kita tidak mampu lawan melainkan  mengadu kepada ALLAH.cara yang terbaik ialah kita dekatkan diri kepada ALLAH..

dalam al-quran ada menyebut bahawa manusia akan terus diganggu oleh syaitan dengan apa cara sekalipun.ALLAH suka hambaNYA yang kerap mengadu masalah kepadaNYA.walaupun masalah-masalah itu,kita sudah tahu bahawa ALLAH sudah pun mengetahuinya terlebih dahulu..wallahua'lam..wasalam

Thursday, December 23, 2010

PeNgoRbAnAn SEoRAnG gUrU....

SALAM SEJAHTERA....

guru...oh...guru...
siapakah kami tanpa mu..
tanpa guru,tiadalah pilot,usahawan,manager,polis,saintis,dan lain-lain..

jika hendak dibicarakan soal guru ini,tidak terkira pengorbanan mereka.kita seharusnya menghargai segala pengorbanan mereka yang sanggup membakar diri bagi menerangi kegelapan di sekelilingnya.hebat sungguh jiwa mereka.mereka yang tidak pernah kenal erti bosan atau fed up bagi terus dan terus menyalurkan ilmu kepada anak-anak muridnya.jadi,apa salahnya kita menghormati dan menjaga perasaan mereka.apabila kita berjaya,kita juga yang dapat nama dan kesenangan bukannya mreka.mereka tetap kena pergi ke sekolah yang sama pada setiap hari.cuma mereka hanya ingin menumpang kegembiraan yang kita perolehi.

begitu juga mereka yang belajar dalam bidang agama.mereka perlukan seseorang yang mahir dalam bidang tersebut yang kita kenali sebagai tok guru atau ustaz/ustazah.kalau hanya belajar melalui buku,bukannya tidak boleh tetapi kebenarannya kita kurang  pasti..sebab itu kita perlu merujuk kepada mereka yang lebih arif..

TEACHER AZAINORA

seorang guru yang sangat lemah lembut.. kasih dan sayangnya terpancar di raut wajahnya yang selalu tenang dalam melayan kerenah anak-anak muridnya yang mempunyai pelbagai jenis perangai..tetap teguh berdiri,mengatur langkah dan menggagahkan diri untuk terus maju bagi membantu anak-anak bangsa.kita semua pasti sayanginnya dan  akan merinduinya.

KEPADA PARA PELAJAR  SAINA YANG AMAT DIKASIHI SEKALIAN,(buat gempak pula)

di sini ada satu berita,teacher azainora akan berpindah sekolah di penang kerana suaminya yang tercinta bekerja di sana..pesan beliau agar semua pelajar saina khususnya f5,supaya belajar bersungguh-sungguh,jangan MALAS2 dan jangan MALU bertanya jika ada kesulitan dalam pelajaran..harap maklum..beliau juga kirim salam kepada semua..

* semoga teacher sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH...
* bahagia di samping keluarga tercinta...terima kasih...
* selamat tinggal..kami sayang1000x teacher.. semoga jumpa lagi..=)
* doakan kejayaan kami dalam spm(9A+)2011..amin3...especially,chemistry...

wasalam..

HiDaYaH iTu ALLAH pUnYa..

salam..
apa khabar iman saudara dan saudari??
kali ini ana ingin berceritakan berkenaan hidayah.seperti yang kita semua tahu bahawa hidayah itu milik ALLAH dan tiada siapa yang dapat mengambilnya tanpa kebenaran ALLAH.misalnya,walaupun pengetua di sebuah sekolah itu memanggil seorang penceramah yang terunggul dan terhebat di MALAYSIA bagi mengubah sikap pelajar-pelajar di sekolah itu.jika ALLAH kata ia tidak berhasil maka ia tidak  akan berhasil.hanya ALLAH yang pantas memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia suka dan mengambil semula hadiyah itu daripada sesiapa yang dia suka tetapi ia tidak membawa maksud bahawa kita tidak perlu beriktiar dalam mencari hidayah.kita perlu berusaha mendapatkan hidayah itu.kita juga tidak boleh mencela seseorang yang pada kita orang itu teruk kerana mana lah tahu suatu hari nanti ALLAH ingin memberikannya hidayah.orang itu akan berubah dan jadi lebih baik daripada diri kita.itu tidak mustahil bukan?..sabda RASULULLAH:

TIDAK AKAN MATI SESEORANG YANG MENCELA ORANG LAIN SEHINGGALAH DIA MELAKUKAN APA YANG DICELANYA..

sama-samalah kita berdoa agar ALLAH memberikan hidayah kepada semua umat islam..amin3..
di sini jugalah ana ingin membawakan sebuah  cerita yang menarik..

cerita ini
berkaitan adik lelaki ana yang sorang itu,

ketika ana sibuk mengemaskan dapur,adik ana baru selesai mandi turun untuk mengambil makanan di dapur..tiba-tiba dia  ingin meminta tolong daripada ana.ana hanya mengiakannya.katanya,angah nanti ingatkan abang solat eh!..kami sekeluarga menggelarkannya abang kerana dalam adik-beradik kami dialah satu-satunya hero pujaan kami..berbalik kepada cerita..ana yang masih kurang pasti apa yang ana telah dengar,menanyakan kembali kepadanya bagi memastikan hasratnya itu..dia mengatakan perkara sama..ana berkata,kenapa tetiba ja ni??dia tidak mengendahkan soalan ana sehinggalah ana menanyakan perkara yang sama hampir 3 kali,barulah dia membuka mulut..katanya,entahlah,tetiba abang rasa takut...ingatkan abang tau!!ana mengangguk sambil bersyukur di dalam hati kerana mungkin itu hidayah ALLAH untuknya..itulah ceritanya..semoga niat murni itu berkekalan..amin3

itu sahaja yang ana ingin kongsikan..wasalam

Monday, December 20, 2010

SeMUaNyA kERnA kAWAn....

salam...
semoga berada dalam keadaan yang baik kepada para peminat blog ana..
sekali lagi,mohon maaf atas segala kekurangan....

setiap apa yang ana coretkan ke dalam blog ini merupakan perkara yang tulus datang dari hati ana..
semoga mesej yang ana ingin sampaikan,dapat diterima....
dan semoga kita sentiasa di bawah keredhaannya...

kali ini,tiba-tiba ana rasa hendak bercerita soal KAWAN..
dulu,waktu ana form 1...ana selalu cuba yakinkan diri ana bahawa ana boleh hidup sorang tanpa kawan di sisi..
bukan maksudnya tidak ada kawan langsung...
maksud ana kawan yang rapat..
ana bukanlah seorang yang suka berkepit dengan seseorang ke hulu ke hilir..
apatah lagi di kongkong...

tetapi satu hari,seseorang hadir dalam hidup ana...dia yang menyedarkan ana akan kepentingan kawan itu...
dia yang banyak menyedarkan ana betapa sunyi hidup ini tanpa kawan-kawan yang setia di sisi..
banyak yang ana pelajari sepanjang persahabatan kami...
ana sangat bersyukur kerana diberi peluang sebegitu rupa..syukran..thanks to ALLAH...
setiap persahabatan itu tidak semestinya baik bukan..
kadang-kadang  pasti ada juga sengketanya..itu semua biasa...

apa yang ana nak sampaikan di sini adalah...KAWAN ITU PENTING SEBENARNYA...

kerana kawan adalah orang kedua yang paling kita rapat selepas ibu bapa kita..
kadang-kadang kepada kawanlah kita luahkan derita di hati..
kerana kawanlah yang sering membantu kita ketika dalam kesusahan..




sejak kebelakangan ini,ana berasa seolah-olah kesunyian..
ana mula berasa takut kalau-kalau ana kehilangan kawan-kawan ana yang amat dikasihi..
walaupun ana sudah pindah ke sekolah lain tetapi itu tidak bermakna
persahabatan kita juga tamat..
malah walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati...
ana sayang kawan-kawan ana..
terima kasih kerana sudi menjadi kawan ana
dan ana tidak mahu kehilangan kawan-kawan yang ana kasihi...

walaupun kita tidak berjumpa setiap hari tetapi ana ingin kamu semua tahu bahawa ana sering merindui kamu semua dan semoga kita akan dipertemukan suatu hari nanti..
walaupun ana nun jauh di sana(kedah),tetapi jangan sesekali lost contact dengan ana..
begitu juga junior-junior yang amat ku kagumi..



ana suka ayat ini..
sekarang ana yang ikat kawan-kawan ana supaya tak lari =p
kita bersahabatlah hingga ke syurga..amin3

p/s : insyaALLAH ana akan buat fb selepas spm atau awal sedikit bagi memudahkan ana untuk berhubung dengan kawan-kawan ana selepas habis sekolah kelak..baik kawan-kawan di hicom,seksyen 18 atau saina..
wasalam..

Sunday, December 19, 2010

HaRTa yaNg sEBenARNyA....


ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA..

kali ini ana ingin menulis soal HARTA..apa yang kita faham tentang harta..ye..ye..ye...memang soal duit,wang,hak milik.dan lain-lain..

sama ada kita miskin atau kaya..itu semua xpenting...kita miskin pun satu dugaan..kita kaya juga merupakan satu dugaan..apabila kita diberi rezeki lebih daripada orang lain oleh ALLAH yang maHa kaya...kita sepatutnya bersyukur..kerana ramai antara kita  hanyut disebabkan oleh kekayaan harta itu..ditambah pula dengan sikap boros,tamak atau kedekut..itu semua penyakit bagi orang kaya..

orang miskin pula ialah ALLAH ingin menguji sejauh mana ketabahan dan kesabaran mereka dalam menempuhi dugaan ini...kesimpulannya,kita perlu mensyukuri segala nikmat yang ALLAH beri kepada kita..

selalunya,orang yang miskin nak jadi sederhana..selepas dia telah menjadi seorang yang berkedudukan sederhana,dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang yang kaya pula...selepas itu,dia akan sedaya upaya mengejar gelaran dato',Tan sri,dan lain-lain pula..maksudnya di sini,manusia tidak akan pernah berasa puas dengan apa yang dia peroleh..kalau boleh satu dunia ini hendak dimilikinya...betapa rakusnya segelintir masyarakat  kita..mereka hanya akan berhenti memburu kekayaan itu  setelah meninggal dunia..mereka tidak pernah rasa cukup dengan apa yang mereka ada..

ibu bapa sibuk bekerja sehingga anak di rumah terbengkalai ketandusan kasih sayang....langsung tidak dipedulikannya...apa yang mereka tahu adala ingin mengejar kekayaan di luar sana..ya betul..ianya untuk kesenangan anak-anak mereka tetapi mereka pun punya hati yang perlu dijaga..

ramai antara masyarakat kita tidak sedar akan perkara ini,satu hari nanti,semua yang hidup pasti akan mati cuma tarikh dan watunya yang berbeza-beza...oleh itu,adakah harta-harta kita itu akan kita bawa sekali bagi menghadap ALLAH...tidak bukan..

harta yang bagaimanakah yang akan kita bawa menghadap ilahi...bukankah harta yang disedekahkan seikhlasnya kepada mereka yang berhak menerimanya sebagai amal jariah yang kita lakukan....itu kan yang sebetulnya..bayangkan,kita penat-penat kerja siang dan malam bagi mendapatkan harta itu tetapi apabila kita mati kelak harta itu langsung tidak memberi manfaat kepada kita malah diserahkan pula kepada waris... penat lelah  kita bekerja,orang lain pula yang dapat hasilnya..oleh itu,kalau kita nak harta itu memberikan manfaat kepada kita kelak,kita perlulah menggunakan harta itu di atas jalan dakwah iaitu dalam membantu agama ALLAH...setelah itu barulah harta itu benar-benar JADI HAK MILIK kita selamanya...

banyakkan lah melakukan amal jariah...
setelah kamu mati,bekalan apa yang kamu BAWA??
salah satunya adalah amal jariah yang telah kamu lakukan....insyaALLAH ..ia kan membantu..
waallahualam...wasalam..