salam...
semoga berada dalam keadaan yang baik kepada para peminat blog ana..
sekali lagi,mohon maaf atas segala kekurangan....
setiap apa yang ana coretkan ke dalam blog ini merupakan perkara yang tulus datang dari hati ana..
semoga mesej yang ana ingin sampaikan,dapat diterima....
dan semoga kita sentiasa di bawah keredhaannya...
kali ini,tiba-tiba ana rasa hendak bercerita soal KAWAN..
dulu,waktu ana form 1...ana selalu cuba yakinkan diri ana bahawa ana boleh hidup sorang tanpa kawan di sisi..
bukan maksudnya tidak ada kawan langsung...
maksud ana kawan yang rapat..
ana bukanlah seorang yang suka berkepit dengan seseorang ke hulu ke hilir..
apatah lagi di kongkong...
tetapi satu hari,seseorang hadir dalam hidup ana...dia yang menyedarkan ana akan kepentingan kawan itu...
dia yang banyak menyedarkan ana betapa sunyi hidup ini tanpa kawan-kawan yang setia di sisi..
banyak yang ana pelajari sepanjang persahabatan kami...
ana sangat bersyukur kerana diberi peluang sebegitu rupa..syukran..thanks to ALLAH...
setiap persahabatan itu tidak semestinya baik bukan..
kadang-kadang pasti ada juga sengketanya..itu semua biasa...
apa yang ana nak sampaikan di sini adalah...KAWAN ITU PENTING SEBENARNYA...
kerana kawan adalah orang kedua yang paling kita rapat selepas ibu bapa kita..
kadang-kadang kepada kawanlah kita luahkan derita di hati..
kerana kawanlah yang sering membantu kita ketika dalam kesusahan..
sejak kebelakangan ini,ana berasa seolah-olah kesunyian..
ana mula berasa takut kalau-kalau ana kehilangan kawan-kawan ana yang amat dikasihi..
walaupun ana sudah pindah ke sekolah lain tetapi itu tidak bermakna
persahabatan kita juga tamat..
malah walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati...
ana sayang kawan-kawan ana..
terima kasih kerana sudi menjadi kawan ana
dan ana tidak mahu kehilangan kawan-kawan yang ana kasihi...
walaupun kita tidak berjumpa setiap hari tetapi ana ingin kamu semua tahu bahawa ana sering merindui kamu semua dan semoga kita akan dipertemukan suatu hari nanti..
walaupun ana nun jauh di sana(kedah),tetapi jangan sesekali lost contact dengan ana..
begitu juga junior-junior yang amat ku kagumi..
ana suka ayat ini..
sekarang ana yang ikat kawan-kawan ana supaya tak lari =p
kita bersahabatlah hingga ke syurga..amin3
p/s : insyaALLAH ana akan buat fb selepas spm atau awal sedikit bagi memudahkan ana untuk berhubung dengan kawan-kawan ana selepas habis sekolah kelak..baik kawan-kawan di hicom,seksyen 18 atau saina..
wasalam..
No comments:
Post a Comment