ASSALAMUALAIKUM...apa khabar sahabat-sahabat?bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita masih dipertemukan .semoga kita sentiasa mendapat keredhaan dan hidayahNYA yang terhebat.ana menulis bukan niat untuk menyatakan kehebatan atau kemegahan dalam mengetahui segala-segala berkaitan ilmu ALLAH.jauh sekali ingin mengatakan bahawa ana lah yang terbaik.tidak sama sekali.apa yang ana kongsikan adalah kerana ALLAH SEMATA-MATA.dan tidak lain dan tidak bukan untuk mengingatkan diri ana terutamanya yang telah jauh menimpang.dengan coretkan ana sedikit di sini dapat sedikit sebanyak membantu ana kembali kepada ya rabbi.
ya ALLAH,
aku terlalu sedih ya ALLAH.
hanya ENGKAU yang memahami diriku lebih daripada diriku sediri kerana ENGKAU menciptakan aku.
ya ALLAH,
mampukah aku teruskan perjuangan di atas bmi milikMU ini seandainya aku jauh daripada MU..
sudah tentu tidak mampu ya ALLAH..
kerana aku akan terleka dengan keasyikan dunia yang terlalu mengasyikkan.
ya ALLAH,
mampukah aku kembali ke pangkal jalan tanpa bantuan MU.
aku tidak mampu ya ALLAH
kerana aku lemah,iman aku lemah dan nafsu aku cuba mengambil alih.
oleh itu ya ALLAH bantulah aku.
aku perlukan bantuanMU kerana aku TIDAK MAMPU hidup tanpa bantuan MU dan keredhaanMU..
setiap kali aku membayangkan seksaan yang bakal menimpa aku,hati aku menggeletar ketakutan tetapi mengapa aku tetap sanggup melanggar arahannya.aku terasa pelik kerana ada suatu masa aku terasa kuat dan yakin bahawa aku tidak akan melakukan perkara yang menimbulkan kemarahan ALLAH.setiap kali aku membaca artikel-artikel berunsurkan tazkirah,aku seolah-olah disimbah satu semangat yang berkobar-kobar untuk mmbantu agamu ku yang TERCINTA dan tidak tergamak untuk memfitnahnya tetapi mengapa aku tetap melanggarnya.semangat yang baru tadi hilang.mengapa semua ini terjadi?kadang-kadang aku terasa terlalu takut untuk melanggar segala perintahnya.bukan aku tidak percaya akan kebenaran janjiNYA tetapi aku seolah-olah gagal menyawal diriku saat godaan syaitan datang menerpa diri ku.terasa terlalu hina diriku apabila berkali-kali ku ungkapkan rasa cintaku kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG tetapi aku tetap gagal.aku yakin cintaNYA TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN DAN TIDAK PERNAH MENYAKITKAN.aku teralalu yakin bahawa cintaku akan dirbalas.semakin aku dekat dan kuat mencintainya,maka lebih kuat rasa cintanya kepadaku.tetapi aku masih gagal menunjukkan rasa cintaku dalam bentuk perlakuanku.aku terlalu hampa.adakah aku manusia yang hanya pandai berkata-kata tanpa mampu membuktikannya?cinta dan kasih sayangku hanya untukMU ,ya ALLAH.tetapi aku masih tidak mampu menangkas segala cobaan yang ENGKAU kiriMkan kepadaku untuk menduga keimanan ku.godaan SYAITAN itu sangat menyakitkan aku..berilah aku kekuatan ya ALLAH.MAMPUkah aku menghadapinya?
kalau dahulu ada yang mengingatkan.kalau dahulu ada yang mengarahkan.kalau dahulu ada yang mengaturkan.kalau dahulu ada yang peduli,kalaua dahulua ada yang sanggup saling mengingati.kalau dahulu ada yang sanggup kongsi cerita dan derita.kalau dahulu ada yang sanggup menasihati tanpa kedekut dengan masanya kepada kita.itu semua terjadi saat kita dalam pengaturan sekolah.dalam persekolahan ada kenangan suka dan duka.ada yang perit,ada yang indah.semua itu akan kita lalui selagi bergelar pelajar.perbezaan antara pelajar sekolah dengan pelajar universiti adalah sangat berbeza di mana ketika kita di universiti tiada lagi yang akan mengingatkan untuk dekatkan diri kepada ALLAH.mungkin ada jika kita mempunyai sahabat-sahabat yang berhati mulia yang sentiasa akan mengingatkan.di universiti,tiada lagi yang akan mengarahkan kita seperti di sekolah di mana mata-mata cikgu berkeliaran bagi memastikan pelajar mengikuti peraturan-peraturan sekolah.di universiti,tiada lagi insan-insan istemewa yang diberi amanah untuk siapkan santapan rohani yang cukup untuk kita semua jamah.semua aktiviti disediakan dan meminta kita melibatkan diri dalam aktiviti itu.di universiti ada itu ada tetapi sejauh mana penglibatan kita dengan penuh kerelaan.di universiti,akan kerap diadakan majlis-majlis bernsurkan tazkirah malah lebih seronok berbanding di sekolah dahulu tetapi ia bergantung kepada kita untuk mengikutinya ataupun tidak kerana kita tidak dipaksa seperti di sekolah dahulu.jika kita diberi kekuatan untuk berlumba-lumba mendapatkan keredhaan ilahi nescaya kita akan diberikan sedikit kekuatan untuk menghadirkan diri ke majlis-majlis hidayah seperti itu tetapi jika kita lemah maka terkosonglah jiwa kita daripada mendapat santapan rohani yang sepatutnya.apbila jiwanya kosong maka terdoronglah untuk melakukan perkara-perkara lagha.
setiap manusia yang mencari cinta yang sejati.cintanya itu ada pada ALLAH.AYUH!berusahalah mendekati dan mendapatkannya kerana kalian tidak akan dikecewakan.iman yang ada sedikit di dada itu perlu digilap selalu agar sentiasa menginari hari-hari mendatang.iman itu boleh naik dan turun bukan?tidak mungkin orang yang sedang mencuri itu mempunyai iman di dadanya kerana seandainya imannya masih ada,sudah tentu dia tidak akan berkelakuan seburuk itu..jadi,sekiranya kita dapat mengesan penurunan dalam iman kita.kita harus segera bertindak agar iman kita berjaya diselamatkan sebelum ke peringkat yang lebih kritikal.jika kita masih beroleh keimanan di dalam diri.ketika kita melakukan sesutu perkara yang tidak betul.iman kita akan memberi tanda kepada kita seolah-olah ALLAH tidak menyukai tindakan kita itu.iman juga menimbulkan rasa takut kita kepada ALLAH.ketika kita hendak melakukan perkara yang tidak baik lantas kita teringat akan kekuasaan ALLAH dan kita takut akan azab yang bakal menimpa membuatkan kita segera meninggalkan kemungkaran itu.itulah kekuatan iman dapat menghindari kita daripada melakukan perkara yang tidak disukai ilahi.tetapi bagaiman jikalau iman kita lemah,terdayakah iman kita untuk menghalang kita daripada melakukan kemungkaran?oleh itu kita perlu persiapan iman dan taqwa kita sekuat boleh dan sekukuh yang termampu agar kehidupan kita teripandu ke arah kebaikan tanpa penipuan.
Berikut adalah antara tanda-tanda berkurangnya iman. Mari kita check sama-sama. Ada tak tanda-tanda ini pada kita?
- Terus menerus melakukan dosa dan tidak rasa bersalah.
- Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
- Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
- Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
- Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
- Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
- Berat dalam mengingat Allah.
- Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
- Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
- Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
- Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
- Berasa senang di atas kegagalan orang lain
- Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
- Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
- Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
- Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
- Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
- Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
- Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
- Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.
ayuh rawatlah segera ita tanda-tanda di atas ada pada diri kita..wallahualam wasalam
tq zut..
ReplyDeletesharing yg sgt baek..
oh bebiasa ja..
ReplyDeleteak luahkan apa yang terpendam..
tu ja..