Wednesday, December 29, 2010

JaNgaN mEnGaLaH!!


SALAM...

tazkiyatunnafs fi sobah.."menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah bukan semudah memetik 2 jari..itu pun belum pasti bisa berbunyi..hakikatnya insan memang penuh dengan kekurangan..namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba ALLAH,teruskanlah untuk melangkah meski dalam kepayaha n..kita sebagai khalifah,mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah..sedangkan kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di JANNAH..lalu,haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk mengngis hiba..??belajarlah untuk tabah duhai hati SEORANG PEJUANG!!!tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu terus teguh menuju jalanNYA,


Monday, December 27, 2010

DuGaAn iTu aPa?

salam kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati sekalian

rasanya sudah lama ana tidak menjenguk blog ini.maaf dipinta atas kesibukan yang melanda memaksa ana mendahulukan perkara yang lebih penting.kalau ikutkan lagi berapa hari ya kita hendak mula bersekolah semula?lebih kurang 5 hari lagi bagi pelajar-pelajar kedah dan 6 hari lagi bagi pelajar-pelajar selangor..hehehe.selamat kembali ke sekolah.itu sebangai muqaddimahnya,.

kali ini ana ingin berbicara soal DUGAAN dan sekali lagi ingin ana nyata bahawa ana bukan orang yang banyak ilmu di dada.maaf atas segala kekurangan atau kesalahan.ana hanya ingin berkongsi ilmu yang halus ini.

apa yang ana kongsikan ini merupakan perkara yang ana juga baru dapat daripada seseorang yang lebih arif dalam hal ini..insayALLAH..semoga ALLAH memberkati kita semua..amin3

setiap orang pasti ada dugaannya sendiri..yang  membezakannya ialah cara kita menangani dugaan itu.kamu jangan pernah berasa gembira kerana tidak punya dugaan yang menyakitkan.ketahuilah bahawa kamu lah orang yang paling malang.

sebenarnya manusia ini telah ALLAH tentukan martabatnya,contohnya seeorang ini ALLAH letakkan martabat yang tinggi di sisinya.mungkin di sebabkan amalannya yang masih kurang menyebabkan orang itu tidak dapat mencapai martabat itu.jadi,ALLAH turunkan ujian kepadanya agar orang itu sentiasa ingat kepadaNYA.melalui ujian yang ALLAH kirimkan itulah akan membantu seseorang itu untuk mencapai martabat yang tinggi di sisi ALLAH.bukankah ujian itu menunjukkan bahawa ALLAH sayangakan hambanya.

kata ulama',
sesungguhnya manusia yang paling banyak menerima musibah(ujian) ialah para nabi dan orang-orang yang soleh.

sebenarnyamanusia ini apabila didatangi masalah,ianya berpunca daripada kehadiran syaitan dan nafsu.
di sini terdapat satu kisah di mana seorang pemuda ditanya oleh tok gurunya..jika kamu dikejar oleh anjing.apa yang akan kamu lakukan?pemuda itu menjawab,aku akan lawan.tok gurunya bertanya lagi.jika anjing itu kejar lagi?pemuda itu berkata,aku akn lawan.tok gurunya tanya lagi.jika anjing itu kejar kamu dengan lebih banyak?pemuda itu menjawab,aku akn lawan.jadi,tok guru nya berkata,kamu tidak akan mampu lawan.apa yang perlu kamu lakukan ialah mengadu kepada tuan punya anjing itu..
begitu juga dengan kita tidak mampu lawan melainkan  mengadu kepada ALLAH.cara yang terbaik ialah kita dekatkan diri kepada ALLAH..

dalam al-quran ada menyebut bahawa manusia akan terus diganggu oleh syaitan dengan apa cara sekalipun.ALLAH suka hambaNYA yang kerap mengadu masalah kepadaNYA.walaupun masalah-masalah itu,kita sudah tahu bahawa ALLAH sudah pun mengetahuinya terlebih dahulu..wallahua'lam..wasalam

Thursday, December 23, 2010

PeNgoRbAnAn SEoRAnG gUrU....

SALAM SEJAHTERA....

guru...oh...guru...
siapakah kami tanpa mu..
tanpa guru,tiadalah pilot,usahawan,manager,polis,saintis,dan lain-lain..

jika hendak dibicarakan soal guru ini,tidak terkira pengorbanan mereka.kita seharusnya menghargai segala pengorbanan mereka yang sanggup membakar diri bagi menerangi kegelapan di sekelilingnya.hebat sungguh jiwa mereka.mereka yang tidak pernah kenal erti bosan atau fed up bagi terus dan terus menyalurkan ilmu kepada anak-anak muridnya.jadi,apa salahnya kita menghormati dan menjaga perasaan mereka.apabila kita berjaya,kita juga yang dapat nama dan kesenangan bukannya mreka.mereka tetap kena pergi ke sekolah yang sama pada setiap hari.cuma mereka hanya ingin menumpang kegembiraan yang kita perolehi.

begitu juga mereka yang belajar dalam bidang agama.mereka perlukan seseorang yang mahir dalam bidang tersebut yang kita kenali sebagai tok guru atau ustaz/ustazah.kalau hanya belajar melalui buku,bukannya tidak boleh tetapi kebenarannya kita kurang  pasti..sebab itu kita perlu merujuk kepada mereka yang lebih arif..

TEACHER AZAINORA

seorang guru yang sangat lemah lembut.. kasih dan sayangnya terpancar di raut wajahnya yang selalu tenang dalam melayan kerenah anak-anak muridnya yang mempunyai pelbagai jenis perangai..tetap teguh berdiri,mengatur langkah dan menggagahkan diri untuk terus maju bagi membantu anak-anak bangsa.kita semua pasti sayanginnya dan  akan merinduinya.

KEPADA PARA PELAJAR  SAINA YANG AMAT DIKASIHI SEKALIAN,(buat gempak pula)

di sini ada satu berita,teacher azainora akan berpindah sekolah di penang kerana suaminya yang tercinta bekerja di sana..pesan beliau agar semua pelajar saina khususnya f5,supaya belajar bersungguh-sungguh,jangan MALAS2 dan jangan MALU bertanya jika ada kesulitan dalam pelajaran..harap maklum..beliau juga kirim salam kepada semua..

* semoga teacher sentiasa diberkati dan dirahmati oleh ALLAH...
* bahagia di samping keluarga tercinta...terima kasih...
* selamat tinggal..kami sayang1000x teacher.. semoga jumpa lagi..=)
* doakan kejayaan kami dalam spm(9A+)2011..amin3...especially,chemistry...

wasalam..

HiDaYaH iTu ALLAH pUnYa..

salam..
apa khabar iman saudara dan saudari??
kali ini ana ingin berceritakan berkenaan hidayah.seperti yang kita semua tahu bahawa hidayah itu milik ALLAH dan tiada siapa yang dapat mengambilnya tanpa kebenaran ALLAH.misalnya,walaupun pengetua di sebuah sekolah itu memanggil seorang penceramah yang terunggul dan terhebat di MALAYSIA bagi mengubah sikap pelajar-pelajar di sekolah itu.jika ALLAH kata ia tidak berhasil maka ia tidak  akan berhasil.hanya ALLAH yang pantas memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia suka dan mengambil semula hadiyah itu daripada sesiapa yang dia suka tetapi ia tidak membawa maksud bahawa kita tidak perlu beriktiar dalam mencari hidayah.kita perlu berusaha mendapatkan hidayah itu.kita juga tidak boleh mencela seseorang yang pada kita orang itu teruk kerana mana lah tahu suatu hari nanti ALLAH ingin memberikannya hidayah.orang itu akan berubah dan jadi lebih baik daripada diri kita.itu tidak mustahil bukan?..sabda RASULULLAH:

TIDAK AKAN MATI SESEORANG YANG MENCELA ORANG LAIN SEHINGGALAH DIA MELAKUKAN APA YANG DICELANYA..

sama-samalah kita berdoa agar ALLAH memberikan hidayah kepada semua umat islam..amin3..
di sini jugalah ana ingin membawakan sebuah  cerita yang menarik..

cerita ini
berkaitan adik lelaki ana yang sorang itu,

ketika ana sibuk mengemaskan dapur,adik ana baru selesai mandi turun untuk mengambil makanan di dapur..tiba-tiba dia  ingin meminta tolong daripada ana.ana hanya mengiakannya.katanya,angah nanti ingatkan abang solat eh!..kami sekeluarga menggelarkannya abang kerana dalam adik-beradik kami dialah satu-satunya hero pujaan kami..berbalik kepada cerita..ana yang masih kurang pasti apa yang ana telah dengar,menanyakan kembali kepadanya bagi memastikan hasratnya itu..dia mengatakan perkara sama..ana berkata,kenapa tetiba ja ni??dia tidak mengendahkan soalan ana sehinggalah ana menanyakan perkara yang sama hampir 3 kali,barulah dia membuka mulut..katanya,entahlah,tetiba abang rasa takut...ingatkan abang tau!!ana mengangguk sambil bersyukur di dalam hati kerana mungkin itu hidayah ALLAH untuknya..itulah ceritanya..semoga niat murni itu berkekalan..amin3

itu sahaja yang ana ingin kongsikan..wasalam

Monday, December 20, 2010

SeMUaNyA kERnA kAWAn....

salam...
semoga berada dalam keadaan yang baik kepada para peminat blog ana..
sekali lagi,mohon maaf atas segala kekurangan....

setiap apa yang ana coretkan ke dalam blog ini merupakan perkara yang tulus datang dari hati ana..
semoga mesej yang ana ingin sampaikan,dapat diterima....
dan semoga kita sentiasa di bawah keredhaannya...

kali ini,tiba-tiba ana rasa hendak bercerita soal KAWAN..
dulu,waktu ana form 1...ana selalu cuba yakinkan diri ana bahawa ana boleh hidup sorang tanpa kawan di sisi..
bukan maksudnya tidak ada kawan langsung...
maksud ana kawan yang rapat..
ana bukanlah seorang yang suka berkepit dengan seseorang ke hulu ke hilir..
apatah lagi di kongkong...

tetapi satu hari,seseorang hadir dalam hidup ana...dia yang menyedarkan ana akan kepentingan kawan itu...
dia yang banyak menyedarkan ana betapa sunyi hidup ini tanpa kawan-kawan yang setia di sisi..
banyak yang ana pelajari sepanjang persahabatan kami...
ana sangat bersyukur kerana diberi peluang sebegitu rupa..syukran..thanks to ALLAH...
setiap persahabatan itu tidak semestinya baik bukan..
kadang-kadang  pasti ada juga sengketanya..itu semua biasa...

apa yang ana nak sampaikan di sini adalah...KAWAN ITU PENTING SEBENARNYA...

kerana kawan adalah orang kedua yang paling kita rapat selepas ibu bapa kita..
kadang-kadang kepada kawanlah kita luahkan derita di hati..
kerana kawanlah yang sering membantu kita ketika dalam kesusahan..




sejak kebelakangan ini,ana berasa seolah-olah kesunyian..
ana mula berasa takut kalau-kalau ana kehilangan kawan-kawan ana yang amat dikasihi..
walaupun ana sudah pindah ke sekolah lain tetapi itu tidak bermakna
persahabatan kita juga tamat..
malah walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati...
ana sayang kawan-kawan ana..
terima kasih kerana sudi menjadi kawan ana
dan ana tidak mahu kehilangan kawan-kawan yang ana kasihi...

walaupun kita tidak berjumpa setiap hari tetapi ana ingin kamu semua tahu bahawa ana sering merindui kamu semua dan semoga kita akan dipertemukan suatu hari nanti..
walaupun ana nun jauh di sana(kedah),tetapi jangan sesekali lost contact dengan ana..
begitu juga junior-junior yang amat ku kagumi..



ana suka ayat ini..
sekarang ana yang ikat kawan-kawan ana supaya tak lari =p
kita bersahabatlah hingga ke syurga..amin3

p/s : insyaALLAH ana akan buat fb selepas spm atau awal sedikit bagi memudahkan ana untuk berhubung dengan kawan-kawan ana selepas habis sekolah kelak..baik kawan-kawan di hicom,seksyen 18 atau saina..
wasalam..

Sunday, December 19, 2010

HaRTa yaNg sEBenARNyA....


ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA..

kali ini ana ingin menulis soal HARTA..apa yang kita faham tentang harta..ye..ye..ye...memang soal duit,wang,hak milik.dan lain-lain..

sama ada kita miskin atau kaya..itu semua xpenting...kita miskin pun satu dugaan..kita kaya juga merupakan satu dugaan..apabila kita diberi rezeki lebih daripada orang lain oleh ALLAH yang maHa kaya...kita sepatutnya bersyukur..kerana ramai antara kita  hanyut disebabkan oleh kekayaan harta itu..ditambah pula dengan sikap boros,tamak atau kedekut..itu semua penyakit bagi orang kaya..

orang miskin pula ialah ALLAH ingin menguji sejauh mana ketabahan dan kesabaran mereka dalam menempuhi dugaan ini...kesimpulannya,kita perlu mensyukuri segala nikmat yang ALLAH beri kepada kita..

selalunya,orang yang miskin nak jadi sederhana..selepas dia telah menjadi seorang yang berkedudukan sederhana,dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang yang kaya pula...selepas itu,dia akan sedaya upaya mengejar gelaran dato',Tan sri,dan lain-lain pula..maksudnya di sini,manusia tidak akan pernah berasa puas dengan apa yang dia peroleh..kalau boleh satu dunia ini hendak dimilikinya...betapa rakusnya segelintir masyarakat  kita..mereka hanya akan berhenti memburu kekayaan itu  setelah meninggal dunia..mereka tidak pernah rasa cukup dengan apa yang mereka ada..

ibu bapa sibuk bekerja sehingga anak di rumah terbengkalai ketandusan kasih sayang....langsung tidak dipedulikannya...apa yang mereka tahu adala ingin mengejar kekayaan di luar sana..ya betul..ianya untuk kesenangan anak-anak mereka tetapi mereka pun punya hati yang perlu dijaga..

ramai antara masyarakat kita tidak sedar akan perkara ini,satu hari nanti,semua yang hidup pasti akan mati cuma tarikh dan watunya yang berbeza-beza...oleh itu,adakah harta-harta kita itu akan kita bawa sekali bagi menghadap ALLAH...tidak bukan..

harta yang bagaimanakah yang akan kita bawa menghadap ilahi...bukankah harta yang disedekahkan seikhlasnya kepada mereka yang berhak menerimanya sebagai amal jariah yang kita lakukan....itu kan yang sebetulnya..bayangkan,kita penat-penat kerja siang dan malam bagi mendapatkan harta itu tetapi apabila kita mati kelak harta itu langsung tidak memberi manfaat kepada kita malah diserahkan pula kepada waris... penat lelah  kita bekerja,orang lain pula yang dapat hasilnya..oleh itu,kalau kita nak harta itu memberikan manfaat kepada kita kelak,kita perlulah menggunakan harta itu di atas jalan dakwah iaitu dalam membantu agama ALLAH...setelah itu barulah harta itu benar-benar JADI HAK MILIK kita selamanya...

banyakkan lah melakukan amal jariah...
setelah kamu mati,bekalan apa yang kamu BAWA??
salah satunya adalah amal jariah yang telah kamu lakukan....insyaALLAH ..ia kan membantu..
waallahualam...wasalam..

Friday, December 17, 2010

TeMAn AtAu SaHabAt AtAu kAwAn



ASSALAMUALAIKUM.....kepada mereka yang tidak jemu2 membaca blog ana yang serba kekurangan ini..

..terima kasih..

pejam..celik..pejam..celik...
tuuup..tuup

dah nak form 5..
terasa tua + xlayak..
dah nak habis sekolah dah..waaarghh
rasanya baru semalam buat pendaftaran form 1..hehe..over pula..=p
masa bergerak sangat pantas
secara x sedar  usia kita makin meningkat...ajal semakin dekat dan dugaan semakin besar..
ketabahan dan kesabaran amat diperlukan..

SUDAH BERSEDIAKAH KAMU UNTUK MELANGKAH KE DUNIA LUAR YANG PENUH DENGAN DUGAAN DAN SENGKETA??

kalau dekat asrama,
kita sentiasa diingatkan mana yang terlupa,ditegur mana yang salah..
disayangi oleh teman-teman..
dijaga oleh guru-guru 

tetapi kalau dekat luar nanti,
siapa nak ingatkan kita,siapa nak tegur kita,
siapa nak sayangi kita dan siapa yang mahu menjaga kita...

KALAU BUKAN DIRI KITA SENDIRI...!!!

di asrama mungkin solat FARDHU itu dititik beratkan..
tetapi kalau di universiti kelak adakah perkara itu akan sentiasa diingatkan..
tidak bukan
siapa  solat..ALHAMDULILLAH
siapa tidak solat...siapa nak marah dan peduli..

kalau bukan dari sekarang kita kukuhkan akidah kita agar tidak tergelincir dari landasannya??
bila lagi..??
kita perlu segera bersiap untuk menempuhi dugaan di luar sana yang penuh dengan penipuan..
sekali kita salah dalam membuat pilihan..
maka kita akan sesat..
dan untuk berpatah balik amatlah sukar..remember that!!



oleh itu,cara memilih teman amat lah penting....
kalau baik teman kita itu maka selamatlah kita..
*mungkin dia boleh membantu kita dalam menempuh dugaan ini
* mungkin dia boleh menemani kita dalam pengembaraan mengenali erti sebuah kehidupan
*yang ada saat kita ketawa dan sedih
*yang boleh rawat luka di hati..
*yang sanggup membantu dalam kesusahan..
*sanggup menyambut tangan kita yang hampir terjatuh ke dalam lubang kehinaan..
itu gunanya kawan..
SAHABAT NAMANYA..

apa beza sahabat,kawan,teman??
semuanya sama tetapi ada perbrzaan sedikit sahaja..
sahabat mereka yang rapat dengan kita..sentiasa ada bersama kita tidak kira susah atau senang..
kawan pula mereka yang juga rapat dengan kita tetapi tidak kerap bersama
malah teman pula mereka yang mengenali kita tetapi tidak rapat..


konklusinya,semuanya sama dan ianya tidak penting
apa yang penting ialah persahabtan itu dijalinkan hanya kerana ALLAH..
teman memang ramai dan mudah untuk dicari tetapi untuk mencari seorang sahabat amatlah sukar..
cubalah cari sahabat yang sukar itu..


hendak lihat macam mana diri kita,lihatlah sahabat kita..
macam mana sahabat kita..macam itulah kita
.oleh itu cari sahabat yang baik..
wasalam..



pAk CiK BuRGer


SALAM SATU UMMAH...

apa khabar semua? sihat?
di sini ana ingin membawakan sebuah cerita yang pada ana menyeronokkan dan moga-moga ia boleh memberi pengajaran kepada semua ..insyaALLAH

di SEKSYEN 18,terdapat sebuah gerai burger yang sedap..
ana rasa teman-teman ana di sekolah menengah seksyen 18  pasti kenal akan gerai ini..
lagi-lagi yang gemar curi-curi outing..hehehehe

APA KELIBIHAN GERAI NI YA??

gerai ini adalah gerai kegemaran ana dan keluarga ana..
bagi ana burger mereka sangat POWER..memikat hati pelanggan..
satu lagi keistimewaan mereka yang jarang sekali ada pada gerai burger yng lain adalah KEBERKATAN itu..
pada waktu maghrib mereka tutup gerai seketika dan mula beroperasi setelah menunaikan solat maghrib..dan apabila azan isyak berkumandang dari masjid yang berhampiran,mereka akan segera pergi ke masjid itu.
tinggalkan perniagaan mereka..segala pesanan tidak akan di terima sehinggalah selesai solat isyak berjemaah..
setiap malam,gerai ini akan dipenuhi dengan pelanggan yang bukan hanya datang dari kawasan itu sahaja.
malah mereka yang jauh juga sanggup datang..seperti ana yang tinggal di SEKSYEN 26..
ana da xminat akan gerai burger lain..he~

walaupun ramai tapi mereka yang datang tidak rasa sakit hati kerja dilayan dengan ramah...
walaupin ramai tapi tidak berasa terlalu lama menunggu kerana perkhidmatan di gerai itu sangat pantas...dan pekerjanya sangat bertanggunjawab..
mungkin kerana  keberkatan ALLAH itu mereka maju hingga kini..
semoga ianya berkekalan..amin3

apa yang boleh kita ambil pengajaran ialah..
islam itu sangat indah.
jika semua orang ikut setiap satu apa yang telah diajar oleh islam..
maka hidupnya pasti bahagia..
tetapi manusia namanya punya nafsu dan kehendak sendiri..jika tidak gunakan akal yang ALLAH kurniakan untuk membezakan mana yang benar dan mana yang salah..maka AWAS!!

KALAU SEMUA ORANG PUNYA JIWA SEPERTI PEKERJA DI GERAI ITU MAKA ISLAM  AKAN MAJU..

dalam ekonomi,sosial,organisasi dan lain-lain

apabila kamu utamakn ALLAH dalam setiap pekerjaanmu maka kamu akan berjaya...percayalah...

LETAKLAH ALLAH YANG PALING ATAS...


ayuh kita bangkitkan dan majukan islam...wasalam

Tuesday, December 14, 2010

aPakAh CiRi-CiRi wANitA SyuRgA??


1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan  pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Monday, December 13, 2010

t-ShiRt LaBuH...

salam satu ummah..

di sini saya ingin membuat promosi..
siapa yang ingin membeli t-shirt labuh seperti gambar yang tertera di bawah..
sila maklumkan kepada saya secepat mungkin ..
kerana ianya terhad..
siapa cepat dia dapat..

ia hanya untuk mereka yang dekat dengan saya..
bagi memudahkan saya memberi kepadanya...

*penduduk taman bukit saga
*kawan-kawan 18
*kawan-kawan saina..

t-shirt ni berkain lembut dan sejuk..
maklumkan kepada saya dengan kadar yang segera..
sekian terima kasih..




BM03
RED
SIZE : F
chest : 16.5"; long : 32"
RM33.00*

KaEdaH mOkHdaR

 SALAM

ada yang tertanya-tanya..ke manakah ana menghilangkan diri selama seminggu..ianya akan terjawab sebentar saja lagi..

ana dan adk-beradik yang lain telah mengikuti satu program kem kaedah MOKHDAR..

mungkin ada yang sudah maklum akan laedah ini dan mungkin masih ada yang tertanya-tanya apakah itu kaedah mokhdar??..ana akan terangkan serba sedikit tentang kaedah ini..ENCIK MOKHTAR ialah pengasas atau insan yang telah mencipta kaedah ini bagi membantu anak melayu supaya boleh menguasai pelbagai bidang terutamanya sains dan matematik..ada sesetengah yang sakit kepala bila membincang soal matematik atau kira-kira..insyaALLAH kaedah ini dapat membantu..

di mana beliau berasa orang melayu lambat mahir dalam sifir  dan lain-lain adalah kerana sebutannya yang terlalu panjang..
contohnya
          
dua darab dua  empat / dua dua empat(ia masih panjang)
tetapi
beliau telah mencipta satu kaedah yang lebih mudah dan dapat dipendekkn

wa wa pa(2 darab 2 = 4)

itu setelah dipendekkan...ukankah ia mudah
beliau telah memendekkan subutan itu..

1-tu                               6-na
2-wa                              7-ja
3-ga                               8-ka
4-pa                               9-lan
5-ma                                      


banyak lagi kaedah yang beliau terapkan bagi memajukan bangsa melayu...kalau kalian berminat boleh sertai program beliau yang sering di ikhlan kan dalam surat khabar berita harian atau membeli bukunya..kaedah mokhdar ini telah banyak melahirkan ramai anak melayu yang hebat dan berjaya..sesiapa yang lemah juga tidak terlepas bagi menyertai program ini.beliau akan membantu mereka yang memerlukan..ia sangat membantu dan berbaloi...

pengalaman ana,sepanjang di sana ia banyak memberi manfaat yang tidak terkira...insyaALLAH..ana akan amalkan apa yang telah ana pelajari di sana...dan ia boleh diaplikasikan dalam pelajaran seperti BIOLOGY,PHYSICS,CHEMISTRY,ACCOUNT DAN LAIN-LAIN...

mokhdar memang best...cubalah...wasalam

Saturday, December 11, 2010

sEsUnGgUhNyA.....



Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Saturday, December 04, 2010

hOLiDaYs..YekEw??



salam semua..
apa khabar iman saudara dan saudari sekalian??masih elok??
    kalau sakit cepat-cepat bawa pergi jumpa doktor pakar..hehehe


erm..best ye cuti ni..banyak masa terluang untuk enjoy..
betul ke cuti itu satu perkara yang seronok??
jawapannya ya,sangat seronok...tetapi seronok yang bagaimana..
sama ada seronok dalam membazir masa dengan buat perkara2 yang tidak berfaedah..
atau pun seronak menghabiskan duit ibu bapa dengan keluar melepak dengan kawan-kawan..
atau pun SERONOK dalam bergelut dengan HOMEWORKS yang banyak...yang cikgu telah KIRIMKAN kepada para pelajar yang amat disayanginya....
jadi,SELAMAT MAJU JAYA =p

ramai yang berasa kurang selesa apabila cuti menguasai diri dan hari2 yang mendatang..
sememangnya kita perlu kuatir kerana kita tidak dapat menjangka apa yang akn kita lakukan sepanjang cuti ini..
kerana di rumah terlalu banyak godaan berbanding di asrama..
komputer,tv,radio,handphone n lain2

facebook saja pun sudah cukup membuatkan seseorang 2 lalai dan lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba ALLAH dan seorang anak..
jangan sampai disebabkan facebook kita lupa waktu yang sepatutnya  pergi berjumpa dengan ALLAH tetapi kita tangguhkannya..
itu  yang orang barat suka tengok umat islam lalai dalam dunia khayalan yang dibina SENDIRI
oleh itu,bagi siapa yang terlalu taksub akan FACEBOOK,twitter,myspace n lain2.....
dinasihatkan agar berjaga-jaga...oke..

islam itu agama yang mudah..
jangan nak susahkan dan jangan sesuka hati terlalu memudahkannya.
contoh..
pakai tudung  sebagai adat atau hanya ikut syarat..
tutup aurat daripada kepala hingga hujung kaki tetapi ketat di bahagian punggung..
itukah pemeliharaan aurat yang diajar oleh agama yang syumul ini??
tepuk dada tanya iman..
tu namanya terlalu memudahkan peraturan ALLAH..ikut mazhab sendiri

jadi,sepanjang cuti ini,kita perlu pastikan yang iman kita sentiasa dalam keadaan baik
dan HOMEWORKS KAMU SIAP..
nnti teacher marah..hu~
ada gak yang ikuti kelas tusyen sepanjang cuti ni..bagus2..
good luck!!
apa-apa yang kamu lakukan,utamakanlah ALLAH..nescaya kamu selamat........ammiinnn
wasalam