Friday, November 12, 2010

bEGiTu TiNgGi PeRgAnTungAnMu..

DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH..

salam kepada semua yang sudi membaca blog ini..

ana ada sebuah cerita yang pada ana sangat menyayatkan hati ana....pada tahun ini abi dan ummi pergi ke kursus haji..dengan harapan bahawa mereka berpeluang mengunjungi rumah ALLAH lantas menjadi TETAMU ISTIMEWANYA..tetapi kita hanya mapu merancang dan ALLAH yang menetapkannya..ana turut tumpang gembira atas kesungguhan yang mereka pancarkan itu..setelah selesai menyertai kursus itu...abi banyak melakukan solat sunat taubat dan hajat supaya ALLAH membantunya untuk berpeluang menunaikan haji pada tahun ini,2010..ana turut berdoa tidak putus-putus supaya mereka dapat menjejakkan kaki ke tanah suci itu..insyaALLAH..

bulan ramadhan telah tiba,semakin berdebar hati mereka menantikan keputusan kelayakkan untuk ke sana...sehingga tibanya bulan syawal,keputusan masih belum di terima..abi tunggu dengan penuh kesabaran tanpa sedikit pun rasa putus asa malah keyakinannya semakin tinggi..akhirnya,bulan syawal pergi meninggalkan semua umat islam..dalam menunggu keputusan itu,abi membuat segala persiapan dari segi mental mahupun fizikal dengan harapan menjadi insan terpilih walaupun di saat akhir...ilmu abi juga semakin bertambah.ia dapat dilihat saat abi memberi tazkirah dan nasihat kepada keluarganya...

abi tidak putus-putus  berdoa dan terus berdoa tanpa kenal erti putus asa dan penat..sungguh hebat jiwa abi..tempoh yang di sepatutnya mengumumkan keputusan itu semakin tiba ke penghujungnya..tetapi abi tetap tabah dan masih gigih dan yakin  mengatakan bahawa dia akan PERGI KE SANA..

sikap abi membuatkan ana dan ummi rasa sangat sebak dan sedih...mungkin ini bukan rezeki abi..xapa..

ana katakan kepada abi..

`papa kalau xdapat pergi tahun ini,pergilah tahun depan.angah xkisah walaupun angah spm waktu itu.malah lagi bagus kerana papa boleh doakan angah supaya dapat jawab spm dengan baik lantas dapat keputusan yang cemerlang'

ana harap kata-kata itu dapat melegakan sedikit hati abi yang ana tahu kesedihannya..tetapi abi tidak pernah tunjukkan rasa kecewanya itu malah dia sentiasa redha dan gembira semua ketentuan ilahi kepada nya....dia tahu yang ALLAH sentiasa menduga hambanya yang ingin dekat kepada NYA...semoga ABI dapat ke sana suatu hari nanti..INSYAALLAH..

WASALAM

No comments:

Post a Comment