Friday, December 17, 2010
pAk CiK BuRGer
SALAM SATU UMMAH...
apa khabar semua? sihat?
di sini ana ingin membawakan sebuah cerita yang pada ana menyeronokkan dan moga-moga ia boleh memberi pengajaran kepada semua ..insyaALLAH
di SEKSYEN 18,terdapat sebuah gerai burger yang sedap..
ana rasa teman-teman ana di sekolah menengah seksyen 18 pasti kenal akan gerai ini..
lagi-lagi yang gemar curi-curi outing..hehehehe
APA KELIBIHAN GERAI NI YA??
gerai ini adalah gerai kegemaran ana dan keluarga ana..
bagi ana burger mereka sangat POWER..memikat hati pelanggan..
satu lagi keistimewaan mereka yang jarang sekali ada pada gerai burger yng lain adalah KEBERKATAN itu..
pada waktu maghrib mereka tutup gerai seketika dan mula beroperasi setelah menunaikan solat maghrib..dan apabila azan isyak berkumandang dari masjid yang berhampiran,mereka akan segera pergi ke masjid itu.
tinggalkan perniagaan mereka..segala pesanan tidak akan di terima sehinggalah selesai solat isyak berjemaah..
setiap malam,gerai ini akan dipenuhi dengan pelanggan yang bukan hanya datang dari kawasan itu sahaja.
malah mereka yang jauh juga sanggup datang..seperti ana yang tinggal di SEKSYEN 26..
ana da xminat akan gerai burger lain..he~
walaupun ramai tapi mereka yang datang tidak rasa sakit hati kerja dilayan dengan ramah...
walaupin ramai tapi tidak berasa terlalu lama menunggu kerana perkhidmatan di gerai itu sangat pantas...dan pekerjanya sangat bertanggunjawab..
mungkin kerana keberkatan ALLAH itu mereka maju hingga kini..
semoga ianya berkekalan..amin3
apa yang boleh kita ambil pengajaran ialah..
islam itu sangat indah.
jika semua orang ikut setiap satu apa yang telah diajar oleh islam..
maka hidupnya pasti bahagia..
tetapi manusia namanya punya nafsu dan kehendak sendiri..jika tidak gunakan akal yang ALLAH kurniakan untuk membezakan mana yang benar dan mana yang salah..maka AWAS!!
KALAU SEMUA ORANG PUNYA JIWA SEPERTI PEKERJA DI GERAI ITU MAKA ISLAM AKAN MAJU..
dalam ekonomi,sosial,organisasi dan lain-lain
apabila kamu utamakn ALLAH dalam setiap pekerjaanmu maka kamu akan berjaya...percayalah...
LETAKLAH ALLAH YANG PALING ATAS...
ayuh kita bangkitkan dan majukan islam...wasalam
Tuesday, December 14, 2010
aPakAh CiRi-CiRi wANitA SyuRgA??
1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.
Monday, December 13, 2010
t-ShiRt LaBuH...
salam satu ummah..
di sini saya ingin membuat promosi..
siapa yang ingin membeli t-shirt labuh seperti gambar yang tertera di bawah..
sila maklumkan kepada saya secepat mungkin ..
kerana ianya terhad..
siapa cepat dia dapat..
ia hanya untuk mereka yang dekat dengan saya..
bagi memudahkan saya memberi kepadanya...
*penduduk taman bukit saga
*kawan-kawan 18
*kawan-kawan saina..
t-shirt ni berkain lembut dan sejuk..
maklumkan kepada saya dengan kadar yang segera..
sekian terima kasih..
BM03
RED
SIZE : F
chest : 16.5"; long : 32"
RM33.00*
RED
SIZE : F
chest : 16.5"; long : 32"
RM33.00*
KaEdaH mOkHdaR
SALAM
ada yang tertanya-tanya..ke manakah ana menghilangkan diri selama seminggu..ianya akan terjawab sebentar saja lagi..
ana dan adk-beradik yang lain telah mengikuti satu program kem kaedah MOKHDAR..
mungkin ada yang sudah maklum akan laedah ini dan mungkin masih ada yang tertanya-tanya apakah itu kaedah mokhdar??..ana akan terangkan serba sedikit tentang kaedah ini..ENCIK MOKHTAR ialah pengasas atau insan yang telah mencipta kaedah ini bagi membantu anak melayu supaya boleh menguasai pelbagai bidang terutamanya sains dan matematik..ada sesetengah yang sakit kepala bila membincang soal matematik atau kira-kira..insyaALLAH kaedah ini dapat membantu..di mana beliau berasa orang melayu lambat mahir dalam sifir dan lain-lain adalah kerana sebutannya yang terlalu panjang..
contohnyadua darab dua empat / dua dua empat(ia masih panjang)
tetapi
beliau telah mencipta satu kaedah yang lebih mudah dan dapat dipendekkn
wa wa pa(2 darab 2 = 4)
itu setelah dipendekkan...ukankah ia mudah
beliau telah memendekkan subutan itu..
1-tu 6-na
2-wa 7-ja
3-ga 8-ka
4-pa 9-lan
5-ma

banyak lagi kaedah yang beliau terapkan bagi memajukan bangsa melayu...kalau kalian berminat boleh sertai program beliau yang sering di ikhlan kan dalam surat khabar berita harian atau membeli bukunya..kaedah mokhdar ini telah banyak melahirkan ramai anak melayu yang hebat dan berjaya..sesiapa yang lemah juga tidak terlepas bagi menyertai program ini.beliau akan membantu mereka yang memerlukan..ia sangat membantu dan berbaloi...
pengalaman ana,sepanjang di sana ia banyak memberi manfaat yang tidak terkira...insyaALLAH..ana akan amalkan apa yang telah ana pelajari di sana...dan ia boleh diaplikasikan dalam pelajaran seperti BIOLOGY,PHYSICS,CHEMISTRY,ACCOUNT DAN LAIN-LAIN...
mokhdar memang best...cubalah...wasalam
Saturday, December 11, 2010
sEsUnGgUhNyA.....
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu
Saturday, December 04, 2010
hOLiDaYs..YekEw??
salam semua..
apa khabar iman saudara dan saudari sekalian??masih elok??
kalau sakit cepat-cepat bawa pergi jumpa doktor pakar..hehehe
erm..best ye cuti ni..banyak masa terluang untuk enjoy..
betul ke cuti itu satu perkara yang seronok??
jawapannya ya,sangat seronok...tetapi seronok yang bagaimana..
sama ada seronok dalam membazir masa dengan buat perkara2 yang tidak berfaedah..
atau pun seronak menghabiskan duit ibu bapa dengan keluar melepak dengan kawan-kawan..
atau pun SERONOK dalam bergelut dengan HOMEWORKS yang banyak...yang cikgu telah KIRIMKAN kepada para pelajar yang amat disayanginya....
jadi,SELAMAT MAJU JAYA =p
ramai yang berasa kurang selesa apabila cuti menguasai diri dan hari2 yang mendatang..
sememangnya kita perlu kuatir kerana kita tidak dapat menjangka apa yang akn kita lakukan sepanjang cuti ini..
kerana di rumah terlalu banyak godaan berbanding di asrama..
komputer,tv,radio,handphone n lain2
facebook saja pun sudah cukup membuatkan seseorang 2 lalai dan lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba ALLAH dan seorang anak..
jangan sampai disebabkan facebook kita lupa waktu yang sepatutnya pergi berjumpa dengan ALLAH tetapi kita tangguhkannya..
itu yang orang barat suka tengok umat islam lalai dalam dunia khayalan yang dibina SENDIRI
oleh itu,bagi siapa yang terlalu taksub akan FACEBOOK,twitter,myspace n lain2.....
dinasihatkan agar berjaga-jaga...oke..
islam itu agama yang mudah..
jangan nak susahkan dan jangan sesuka hati terlalu memudahkannya.
contoh..
pakai tudung sebagai adat atau hanya ikut syarat..
tutup aurat daripada kepala hingga hujung kaki tetapi ketat di bahagian punggung..
itukah pemeliharaan aurat yang diajar oleh agama yang syumul ini??
tepuk dada tanya iman..
tu namanya terlalu memudahkan peraturan ALLAH..ikut mazhab sendiri
jadi,sepanjang cuti ini,kita perlu pastikan yang iman kita sentiasa dalam keadaan baik
dan HOMEWORKS KAMU SIAP..
nnti teacher marah..hu~
ada gak yang ikuti kelas tusyen sepanjang cuti ni..bagus2..
good luck!!
apa-apa yang kamu lakukan,utamakanlah ALLAH..nescaya kamu selamat........ammiinnn
wasalam
Tuesday, November 30, 2010
hAmBa YaNG AjAiB
Pada suatu hari Abdul Wahid bin Zaid r.a berjalan-jalan dipasar tiba-tiba ia terlihat seorang hamba yang sedang dijual. Hamba tersebut melihat Abdul Wahid dengan mata yang tajam lalu Abdul Wahid teringin untuk membeli hamba tersebut untuk membuat kerja-kerja dirumahnya. Hamba ini adalah seorang yang taat dan sentiasa melakukan kerja-kerja dengan tekun sekali.
Abdul Wahid merasa hairan tentang perangai hamba ini kerana diwaktu siang ia bekerja dengan tekun manakala diwaktu malam ia tidak ada dirumah walaupun puas Abdul Wahid mencarinya sedangkan pintu rumah sentiasa tertutup dan tidak ada tanda-tanda bahawa pintu telah dibuka. Pada waktu pagi hamba tersebut telah berada kembali didalam rumah dan menyerahkan satu keping wang dirham yang terukir surah Al-Ikhlas diatasnya. Apabila ditanya oleh Abul Wahid, hamba tersebut menjawab " saya akan memberi kepada tuan setiap hari satu keping wang dirham asalkan tuan jangan bertanya kemana saya pergi". Abdul Wahid menerimanya dan tidak mengambil tahu lagi hal tersebut.
Satelah sekian lama perkara tersebut berlalu, pada suatu hari datang seorang teman Abdul Wahid dan memberi tahu bahawa kerja hambanya setiap malam adalah menggali kubur orang yang maninggal dunia. Abdul Wahid amat terkejut diatas apa yang diberi tahu oleh kawanya, tetapi dia tidak percaya. Abdul Wahid berjanji akan menyiasat perkara terlebih dahulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)






