ASSALAMUALAIKUM...apa khabar sahabat-sahabat sekalian?semoga berada dalam keadaan baiklah hendaknya.pertama sekali ingin ana ucapkan TAHNIAH kepada sahabat-sahabat yang dikurniakn keputusan yang sangat cantik.itu merupakn rezeki kurnian ALLAH.walau macam mana pun keputusn yang kita peroleh,kita perlu bersyukur kerana keputusan adalah anugerah daripada ALLAH..Dia lebih tahu tahap kemampuan kita yang sebenarnya atau pun Dia tahu perancangan kita pada masa hadapan lantas dia ingin memudahkannya lagi agar lebih mudah bagi kita mencapai matlamat yang kita harapkan..
HIDUP MESTI SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF..ALLAH pernah memberitahu kita di mana AKU sepertimana hambaku bersangka kepada KU.sahabat-sahabat sedar atau tidak,hidup yang sentiasa berfikiran baik amat menyenangkan dan TERLALU memikirkan salah dan silap orang akan menyakitkan hati dan tidak mententeramkan jiwa kerana kepala kita terlalu serabut dengan benda yang tidak penting untuk kita fikirkan.jadi untuk apa kita fikirkan perkara yang sia-sia.ianya amat meletihkan.sudahlah,hentikan daripada terus mencari kesalahan orang lain tetapi teruskan lah mencari kesalahan dirimu agar kamu sentiasa memperbaikinya ke arah yang lebih baik.
SAHABAT-SAHABAT,tahukah kalian sangat beruntung sebenarnya?saat kita sedih,kecewa,tertekan,berputus asa,perlukan semanagt dan hampir jauh kepada siapa kalian akan mengadu?ayah,mak,kawan baik,sahabat sejati,teman istemewa dan siapa lagi?berjayakah kalian mendapatkan semula kekuatan itu,ketenangan itu,kesejahteraan itu,kedamaian itu dan lain-lain?di mana silapnya?tahukah sahabat-sahabat sekalian sebenarnya kita ini terlalu beruntung?kita memiliki ALLAH YANG MAHA MEMAHAMI,PENGASIH,MENYENANGKAN dan lain-lain...semuanya sempurna,tiada sedikit pun kecacatan.percayalah kalau kita bercerita kepada manusia akan masalah kita,kita akan masih terbeban dengan masalah itu.akan tetapi kita akan berasa tenang dan bersemanagat apabila segala masalah kita ajukan kepada ALLAH terlebih dahulu.tidak percaya,cubalah!!!waallahualam...